Tuesday, January 20, 2009

ish binatang betul la!

aku nak pergi jogging tadi. tengah jalan2 warming up, tetiba hujan la pulak. haishh... aku pun pergi la berteduh kat bawah taxi stand. lepak jap, tunggu hujan reda.

ok, dah reda. tapi masih renyai. but that is not gonna stop me from running. dalam
renyai tu, aku masih berlari. tengah lari2 kat burhanuddin helmi, "trett trett" (bunyi macam solid snake dalam metal gear solid dapat msg) fon aku berbunyi. sambil lari aku baca SMS tu. adoiyayy... aku punya la tersenyum, macam kerang basi pun ada juga. pastu, sambil berlari (gila tere aku ni), aku balas balik: "tgh jog ni. ttyl later k".

lari punya lari, hujan start lebat sikit. hmmm... aku continue juga la. tapi dalam hati macam nak berhenti. berapa banyak bus stop aku lalu. sebab semangat punya pasal, aku peduli apa la kan. truskan!! gambate!!

sampai la kat taman lembah kiara (usual spot aku la). macam biasa arr, round kat sana. aku ingat aku solo je sana. ada juga hardcores yang lain jog juga. bagus arr macam ni kan, ada juga teman berlari. taman ni mmg fames utk populasi monyet nyer. tgh aku lari lari tu.....



....kena sergah la pulak ngan bapak segala monyet kat situ! aku serious tak kacau dia ke, keluarga dia ke, gundik dia ke. aku minding my own business ok. bukan la aku takut ngan monyet. tapi aku takut kena gigit ngan monyet, boleh kena rabies ok. dia corner aku, pastu siap tayang2 gigi lagi, nak gigit aku. aku takleh la nak lari, takut dia kejar pastu lompat kat aku kan. ada abang tu, dia tgk, dia pun dah risau. bila aku tgk monyet tu dah tak hiraukan aku, aku pecut la. sekali aku dengar abang tu jerit. aku pandang belakang, aku tgk monyet tu kejar aku lagi!!!

nasib arr ada abang tu, tgh aku pecut tu, bila dia nampak monyet tu kejar aku, dia tolong halau monyet tu. aku tak sempat la nak patah balik nak cakap thanks kat abang tu. bukan apa, aku takut kena kejar lagi. aku sebenarnya nak seround lagi kat taman tu, tapi takpe arr... len kali la kott.

memang macam binatang la monyet ni.

moral: jangan berlari dalam hujan kerana ketika itu monyet tengah gila.

7 comments:

Nadia said...

lucky i tak follow u jogg. kih3 :P

redSeptember said...

ala.....

hotness, monyet tu jadi camtu sebab hujan la tu. dia sewel sket.

len kali you join i k. tak pun kita gi taman lain ;)

@xiM said...

bukan kah monyet itu binatang?hehe

redSeptember said...

axim,
itu line yang REd curi from my atok.

dia kalau marahkan si tompok kat umah tu.....

"binatang betul la kucing ni!!"

AB said...

oh! i love your header :D

Peeps said...

aah red. header u cantik la!

hik*

redSeptember said...

peeps, hang toksah lo'laq naa...

perhatian semua: header tu, encik peeps yang buat.

sekian.

hehehehe