Sunday, January 11, 2009

high school musical

nak cakap aku ni budak baik masa sekolah dulu, tak juga. nak cakap aku budak jahat masa sekolah dulu, tak juga. nak cakap aku budak popular masa sekolah dulu, harapan la. masa sekolah dulu, aku ni kira budak average la. takde apa2 yang special pun. cuma, disebabkan aku, ada satu cikgu kat sekolah tu, terus dendam sama kazens aku yang masuk lepas aku ciao dari sekolah tu. jap lagi aku cerita k. apa yang penting, byk gila memori best masa high school dulu. ni REd nak share sikit.


aku start masuk high school kat SMK (P) Sri Aman, PJ. kenapa aku chose sekolah tu? aku ikut kawan. masa tu, mana la aku reti nak pilih sekolah. tau tau kawan baik aku masuk sana, aku ikut je la. kami dua dari SRK Sri Petaling, PJ. bila masuk sri aman, jumpa lak ngan budak2 Kampung Tungku. sejak dari tu, geng sampai sekarang la. ain selalu cerita kat aku satu kisah yang terjadi masa kami form 2. aku tak berapa nak ingat sangat. but she remembered it as if it happened just yesterday.

kisah ni la yang membuat pn. azura benci naa kat aku sama kazens aku yang junior.

pn. azura ajar maths. dia juga cikgu homeroom kami. masa tu ada satu surat sekolah ni. parent kena sign. aku tak pasti la kenapa aku tak bawa surat tu kan. it is something yang 'wajib' kena sign. ala2 memaksa la juga. biasa la, sekolah kerajaan kan. mama rasa tak perlu tu semua. so, aku pergi sekolah, tangan kosong la. then pn. azura bising la. ugut nak call mak aku la apa la. aku ngan muka selamba: "cikgu, mak saya kata tak payah ni semua. mak saya kata kalau cikgu nak call, call lah". terus tergamam budak dalam klas. pn. azura punya muka masa tu, macam baru terbakar ke apa. aku, lepas cakap tu, duduk balik, buat bo.

tu kisah pertama.

kisah kedua pulak masa waktu maths. belajar menggunakan anu dalam maths. dia soh aku jawap. aku diri la jawap: "2x + 11y - 5z" .jawapan aku betul tapi pn. azura tak puas hati: " ok, jawapan tu betul. tapi bukan 'zii' ye, 'zett' ". e eh, gila ke apa? aku sebut huruf "Z" macam mana pun, boleh jadi masalah? lepas pada tu, bila dia soh aku jawap, aku tetap cakap 'zii' instead of 'zett'. bukan aku nak melawan dia. dah aku sebut macam tu. apa salahnya?

kan ke nama aku ada "Asha'ari". nama kazens aku pun ada juga sebab tu family name kami. bila aku dah naik tahun, and my kazens masuk, she picked on them pula. serious kesian budak2 tu. tapi nasib la dia ajar them for one year each aja. mmg sah cikgu tu saiko.

then masa form four, aku pindah sekolah.


aku pindah masuk KOLEJ TUANKU JA'AFAR, N9. cuba tengok gambar tu, teka mana aku. ehehhe



kenapa aku pindah? aku pindah sebab mama nak aku be mor independent. sebenarnya dia nak hantar aku gi PERTH masa aku form 2. dah register, dah bayar, tapi last minit aku cakap aku tak nak pergi. burn arr semua :P. bukan apa, masa tu aku takut nak tinggalkan umah maa... tapi bila dah masuk form 4, i was like: "why not kan?" so, masuk la KTJ.


aku wakil sekolah untuk girls' soccer. tak tere langsung....


masa form 5, aku jadi house prefect. kat KTJ ada school prefects (untuk budak A-levels aja), and ada house prefects (form 5 and above). kerja house prefects ni is menjaga keamanan house la kiranya. aku masa tu dalam jawahir house. KTJ ni sekolah yang sangat seronok la. selalu ada house competition, activity yang menarik, dance night, games, macam macam la.

ada sekali tu ada house musical competition. of course la setiap house nak menang kan. malam tu, kami kena practice kat hall, mengikut slot masa yang telah diberikan pada setiap house. ini supaya one house does not know what the other house is doing for the competition later. so, masa tu slot kami dah sudah. turn naquiyuddin house lak nak rehearse. but kami ni kan ke kepoh, nak juga tgk how was their performance going to be. sebab aku ni house prefect, aku menyalahgunakan kuasa aku untuk stay out of house, walaupun dah masa untuk balik ke house. aku salahgunakan kuasa bukan untuk buat jahat. tapi untuk jadi spy leman. aku gi spy house2 yang tgh rehearse. then aku report la kat team aku. gila arr. dalam gelap, nyorok kat belakang bush supaya housemaster tak nampak. lari across field bawah cahaya bulan la. macam macam....

last2, tak memang juga. adoiyayy......

rindu gila masa sekolah dulu.

5 comments:

miao_jo said...

no offence.. but cikgu kat sekolah kerajaan ni memang banyak yg narrow minded..SOME are PSYCHO..u r so lucky to have transferred to KTJ..

alhaqimi said...

haha...sronok la zaman skola!!

redSeptember said...

someone has to break that tradition kan...?

eliea said...

ain should read this entry!! KRS ruless hehe

redSeptember said...

tu la pasal! she pames maa kat sini heheheh