
dah dua kali kereta ni park macam ni kat hospital.
seriously, mana pergi otak driver tu? kalau ambulance nak lalu macam mana? dah la mengahalang pemandangan kereta lain because tempat tu crossroad. kalau kereta lain accident sebab dia macam mana?
yang lagi best tu, takde pula annoucement yang suruh alihkan kereta ni.
apa punya bangang la.
Sunday, November 22, 2009
kurang hajar
dialled by
redSeptember
at
7:18 PM
11
missed call(s)
found under: caught on camera, makes me wonder
my silent smile

this place looks gorgeous. will you take me there someday?
promise?
thank you for making today a better day....
dialled by
redSeptember
at
7:13 PM
3
missed call(s)
found under: gift
Saturday, November 21, 2009
kisah setokin

tadi baru balik dari jogging kat taman jubilee. sangat best. berpeluh macam baru lepas mandi kolam air panas. habis rambut basah macam baru lepas kena cuci kat salun. sampai2 rumah, ingatkan nak melepak (tidur balik sebab ngantuk), tapi takde perasaan ke arah itu pula. jadi, sebab teringat ada kena buat laundry, aku pun mengorak langakah untuk pergi menyelesaikan masalah laundry aku tu.
sila ambil perhatian: sekarang ni aku hand-wash all my clothes diatas sebab2 tertentu.
macam2 aku cuci tadi: baju kurung, seluar sports, baju superman, setokin, baju luar, baju dalam, semua ada la. biasanya air bilasan tu, aku buat basuh tandas and basuh lantai toilet aku. iye la, kan ke nak save the environment. jadi buat apa nak membazir air, basuh sekali je la kan.
by the way, you all ada kenal sesiapa yang kudung kaki sebelah? rasa macam nak bersedekah pula pada mereka.
p/s: apakah nerakanya setokin yang aku basuh sepasang dah tinggal sebelah? sebelah lagi terjatuh dalam lubang tandas..... [T_T]
dialled by
redSeptember
at
11:51 AM
2
missed call(s)
found under: my life
Friday, November 20, 2009
Oh My Gucci!!
tahniah!!
this is one of the GOOD locally produced malay filem that i have ever watched. all the characters were well played and i love Bella and Intan that were acted by Maya Karin and Fazura. you guys did a great job!!
this is a must watch.....
dialled by
redSeptember
at
3:29 PM
2
missed call(s)
found under: recommended
makcik oh makcik


lihat makcik ni. sian dia makan sorang2 kat restaurant bf aku tu, Hussain. masa tu baru lepas OSCE, so aku bawa arul sama saras and perkenalkan mereka ngan boyfriend aku tu.
aku tengok makcik tu makan, adoiyayy... comot2 mulut dia. nak aja aku tolong amikkan tissue and lapkan mulut dia. tapi dia macam garang sket cause bila anne tu tak datang amik order air dia, dia tinggi suara dah neh. tak berani aku nak tolong lapkan mulut dia. silap haribulan, kudung tangan aku kena gigit ngan makcik ni nnt.
ni pulak pinggan kosong arul dan saras. tandanya mmg derang lapar gila. iye la, bertahan perut sampai petang sebab nak pergi makan kat restaurant bf aku tu kan. Hussain kan ke masak sedap.
p/s: apa barang orang melayu makan macam orang putih, orang india makan macam orang melayu?
dialled by
redSeptember
at
3:03 PM
2
missed call(s)
found under: caught on camera
Thursday, November 19, 2009
inilah sebabnya
petang kelmarin mama aku call dari Wien. lama aku tak borak ngan dia, dengar suara dia. gila rindu. ngan adik2 aku pun sama. dah lama tak chat ngan derang pun. tapi yang penting, i am in their hearts and they are very well in mine....
sorry, ter-emo kejap.
anyway, obviously mama aku tahu pasal what had happened to me 2 nights ago. my horrifying encounter with that invinsible thing that wanted to control my body. time and again mama dah nasihatkan aku supaya buat itu, buat ini, supaya benda2 macam ni tak ikut kita or insya'Allah takkan kacau kita. tapi aku ni biasalah, masuk telinga kiri kuar jadi kentut. memang aku dengar je, but buatnya tidak.
and mama knows me way too well. dia tahu sangat aku ni yang jenis kalau balik dari mana2, and aku terlalu penat/malas, aku akan terus tidur atau baring atas katil dengan baju yang aku keluar tu tadi. kadang2 balik dari camping pun aku boleh terus panjat katil and tido, tak kisah nak salin baju ke apa. maklum lah, penat. kerja kat hospital ni lagi la. macam2 "benda" halus ni yang ada kan. bila balik waktu tengah hari, dengan baju kurung aku, dengan tak buka tudung aku, dengan tag aku, kadang2 dengan sthetoscope aku pun, terus aku baring and nap kejap. lepas tu, terus bangun and pergi campus untuk afternoon session. senang. takyah nak kalut2 nak salin2 baju, kan?
tapi akibatnya, maybe ada la benda yang mengikut. tu yang aku kena "attack" malam tu.
so, hari ni, aku ikut nasihat mama. aku balik tgh hari tu, aku buka kurung aku, aku berkemban sambil tunggu waktu nak pergi campus. aku internet kejap, minum kopi, facebook, biasalah.... sedar tak sedar, dah hampir masa untuk pergi campus. aku pun cepat2 amik kurung aku and bersiap. aku kuar rumah, berjalan ke campus.
lepas ni, serious aku tak nak salin baju kalau ada afternoon session.
p/s: apa kes kalau dah sampai kat depan pintu medical building baru aku sedar yang baju kurung aku terbalik?!?!?!?
dialled by
redSeptember
at
7:54 PM
6
missed call(s)
Wednesday, November 18, 2009
Paranormal activity: fighting for my own body
i can't quite remember what time it was very early in the morning today. i am pretty sure it was already past 1 in the morning. i was already in bed trying to get some shut eye. nothing significant had occured that night. it was the same as any other night. nothing at all. it wasn't raining, i didn't feel weird. i was just tired and i wanted to get some sleep.
as i lay in bed drifting my mind away from the thoughts of that day, something happened. i could feel that my whole body was pressed down by a really heavy something. i knew already what was that. that was "it", the thing that has been following me all these while but i chose to ignore it. this kind of situation occurs every now and then. it used to be not that often, but nowadays, as i remember, it is coming to me, EACH month. somehow, i got used to it. i read a few verses from the Qur'an, get myself detangled from that thing and then as soon as i am free, i will switch on the Qur'an reading from my laptop, and then the night just flow to morning without anything weird happening.
but not this morning.
it came again. that really heavy invinsible mass that i cannot tell what it is. i could breath properly, no problem with that. but my whole body was pressed down that i can't move at all. i started to recite some verses from the Qur'an, but it still was holding me down. i could feel my hands moving, trying to free myself from its angey grasp, i really could. but the weirdest thing is, my eyes were open and i cannot see my hands moving at all. it was as if i was pinned down on my bed. at one point, i was somewhat out of my body because i can see me lying there motionless but i am moving, trying to fight this thing away.
no, this is not a dream.
the thing wanted to enter my body but i didn't allow it. i was somehow fighting it, while at the same time reciting the holy Qur'anic verses. after what seems like a good five minutes, the thing just disappears into thin air and i am back into my physical body. i immediately put on the readings from the Qur'an on my laptop and tried to discard all the images from my mind of what had just happened.
it never became this bad. now i really don't know what it wants.
help.
dialled by
redSeptember
at
1:35 PM
1 missed call(s)
found under: scary
Tuesday, November 17, 2009
perkenalkan, boyfriend aku, Hussain
hari tu aku ada propa nama Hussain kat dalam mukabuku. wah... kecoh kejap la. semua nak tahu saperkah jejaka idaman aku yang bernama Hussain ini. meh, aku nak kenalkan.
Hussain ni pandai la sangat masak. aku memang setiap minggu berdating ngan Hussain. kalau tak pergi jumpa dia, tak lengkap minggu aku itu....huhhuh....
Hussain punya ABC is to die for mengikut kata kawan aku. aku tak suka ABC, so aku tak tahu la. but we all dah merata tempat, and dia cakap mmg ABC yang Hussain buat is da bomb!
ni masakan kegemaran aku, Hussain pun tahu. tandoori chicken. sangat lembut didalam, rangup di luar. and yang paling best, the tandoori chickens are made fresh petang tu juga, bukan stock brought forward dari hari lepas. ni aku sendiri yang tengok ok.
agak-agak la sket. apa ke hal la senget pulak gambar neh??? adoiyayy.... ok ok, tandoori set dia comes with nan. kau pilih la nan apa, cheese ada, plain ada, kashmir ada, dan macam2 ada. aku pilih plain aja. kuah dal dia best, aku memang boleh makan kuah tu macam minum soup, seyes!!
kuah ni kalau makan, kena hati2 sebab dia ada "the magical seeds" in it. boleh high 3 hari woo lepas makan ni. kuah ni dihidang sama capati. capati dia ok, tebal dan besar. tapi aku tak suka sangat kuah ni. it feels too heavy for me.
the golden strings: ni mmg da bomb! roti jala dia. aku tak pernah tengok arr hidang macam ni. tak berminyak langsung and sangat crispy! dihidang sama kari ayam. aku tak makan pun kari tu. aku rasa the roti jala je. sangat sedap ok.
ok, sekarang dah kenal saper Hussain kan? nak jumpa dia pulak ke? dia ada satu je. dekat ngan kawasan Billion kat Sungai Petani. datang arr. tapi jangan ngorat dia ok. aku yang punya :P. kim salam sayang sama Hussain kalau korang gi jumpa dia.
p/s: harga dia sangat berpatutan ok. mamak lain memang takleh nak tanding harga. and dia adalah kawasan larang merokok and they don't sell cigs. siap ada WiFi lagi. best!
dialled by
redSeptember
at
7:12 AM
5
missed call(s)
found under: the F word


