Monday, November 30, 2009

sanggup tak?


satu cawan air ni berharga 1rupee. aku tak pasti berapa sen la. tapi soalan yang penting di sini adalah: korang nak minum ke?

warna macam air teh. mungkin juga air teh-o. tapi air kecing pun warna macam air teh.

tak sanggup aku.

Wednesday, November 25, 2009

nana, jangan tengok ni.

petang tadi ada skills lab practice. practice nak insert continuous bladder drainage cathether and also practice buat per rectal examination. since aku pernah buat per rectal kat real patient, aku pun pergi la meronda satu lab tu.

sedang aku ronda, mata aku ternampak sesuatu di satu sudut....


nampak tak?


oh my gucci!! aku lebih rela oncall dalam bilik mayat dari nak stay over kat clinical skills lab neh!

tengok la facial expression dia, sangat scary kan?

Paranormal activity: the kettle.

i woke up this morning and did my routine activities. i went to the kitchen to make some hot oats. so, i boiled some water in the RICE COOKER. then nature called for me to take a piss. i left the kitchen and went to the toilet.

that morning, there were only me and YY. the other person was not home.

after i had finished with my business, i went back to the kitchen to check on the water in the RICE COOKER. i sensed something really weird before i entered the kitchen because i heard the sound of water boiling from the electrical kettle.

yes, water was boiling in the electrical kettle.

no, YY was still sound asleep as i did not hear her coming out from her room. see, her door creaks like hell and i would know if she had woken up to put the kettle on. no, i did not use the kettle at all. i did not fill it up, i did not put it on. but it was on when i went to the kitchen for the second time. no, the other person did not just come back to put the kettle on. she was still not home.

so, my question is, who did?

Tuesday, November 24, 2009

buah, membahayakan kesihatan


semua orang yang kenal aku memang tahu yang aku ini suka sangat makan buah. apa jenis buah pun aku suka. cuma buah yang paling aku tak gemar adalah buah durian sebab aku tak tahan bau dia, buah manggis pun aku tak berapa nak minat. buah yang paling aku anti sekali adalah buah mulut kaki penjaga tepi kain orang. buah yang aku paling minat, selain dari buah hati aku, cuba korang teka buah apa?

kisah ini telah berlaku 2 hari lepas ketika aku menghadiri majlis pertunangan kakak kawan aku di alor setar. aku tak pernah tengok majlis pertunangan orang india dan obviously, aku tak tahu menahu tengtang selok belok upacara tersebut. apa yang aku tahu, adalah ia mempunyai persamaan dengan majlis orang melayu, iaitu mempunyai hantaran.

kalau nak dicomparekan dengan hantaran orang melayu, hantaran mereka adalah sangat simple. hanya terdiri dari beberapa buah dulang yang berisi kuih-muih di dalam bungkusan, buah-buahan, dan beberapa kotak hadiah yang aku sendiri pun tak pasti ada apa di dalamnya. kalau majlis pertunangan melayu, hantaran dari kedua2 belah pihak diletakkan bersama2 ketika majlis tersebut berlangsung. tetapi pada majlis pertunangan orang india, hantaran mereka adalah satu pertukaran di mana hantaran pihak wanita hanya akan diberi ketika pihak lelaki ingin pulang.

aku takde la interested sangat pun pasal ini semua.

masa tu aku bersama raj dan saras sedang lepak di ruang legar. kelihatan ada buah2an di atas meja. kawan aku yang tuan punya rumah tu pun kata: "just help yourselves to anything". setelah mendengar itu, kami pun selamba je la. aku capai grapes yang ada atas meja. raj siap minta setandan grapes lagi dari aku. aku ambil dan beri padanya. tetiba, ada nenek ni datang, sibuk sungguh mengeluarkan barang2 hantaran dari pihak lelaki kemudian mengisi semula dulang2 tersebut dengan barang hantaran pihak perempuan.

sementara menunggu untuk pulang, nenek tu memang pandang macam nak makan orang je terhadap kami, especially aku dan raj.

p/s: apa kes tengok grapes dah tinggal sikit. nak dibuat hantaran pun tak cukup quota. mana la kami tahu. lain kali letak la label: "ini hantaran. sila jangan sentuh"

Sunday, November 22, 2009

kurang hajar


dah dua kali kereta ni park macam ni kat hospital.

seriously, mana pergi otak driver tu? kalau ambulance nak lalu macam mana? dah la mengahalang pemandangan kereta lain because tempat tu crossroad. kalau kereta lain accident sebab dia macam mana?

yang lagi best tu, takde pula annoucement yang suruh alihkan kereta ni.

apa punya bangang la.

my silent smile


this place looks gorgeous. will you take me there someday?

promise?

thank you for making today a better day....

Saturday, November 21, 2009

kisah setokin



tadi baru balik dari jogging kat taman jubilee. sangat best. berpeluh macam baru lepas mandi kolam air panas. habis rambut basah macam baru lepas kena cuci kat salun. sampai2 rumah, ingatkan nak melepak (tidur balik sebab ngantuk), tapi takde perasaan ke arah itu pula. jadi, sebab teringat ada kena buat laundry, aku pun mengorak langakah untuk pergi menyelesaikan masalah laundry aku tu.

sila ambil perhatian: sekarang ni aku hand-wash all my clothes diatas sebab2 tertentu.

macam2 aku cuci tadi: baju kurung, seluar sports, baju superman, setokin, baju luar, baju dalam, semua ada la. biasanya air bilasan tu, aku buat basuh tandas and basuh lantai toilet aku. iye la, kan ke nak save the environment. jadi buat apa nak membazir air, basuh sekali je la kan.

by the way, you all ada kenal sesiapa yang kudung kaki sebelah? rasa macam nak bersedekah pula pada mereka.

p/s: apakah nerakanya setokin yang aku basuh sepasang dah tinggal sebelah? sebelah lagi terjatuh dalam lubang tandas..... [T_T]

Friday, November 20, 2009

Oh My Gucci!!



tahniah!!

this is one of the GOOD locally produced malay filem that i have ever watched. all the characters were well played and i love Bella and Intan that were acted by Maya Karin and Fazura. you guys did a great job!!

this is a must watch.....

makcik oh makcik























lihat makcik ni. sian dia makan sorang2 kat restaurant bf aku tu, Hussain. masa tu baru lepas OSCE, so aku bawa arul sama saras and perkenalkan mereka ngan boyfriend aku tu.

aku tengok makcik tu makan, adoiyayy... comot2 mulut dia. nak aja aku tolong amikkan tissue and lapkan mulut dia. tapi dia macam garang sket cause bila anne tu tak datang amik order air dia, dia tinggi suara dah neh. tak berani aku nak tolong lapkan mulut dia. silap haribulan, kudung tangan aku kena gigit ngan makcik ni nnt.


ni pulak pinggan kosong arul dan saras. tandanya mmg derang lapar gila. iye la, bertahan perut sampai petang sebab nak pergi makan kat restaurant bf aku tu kan. Hussain kan ke masak sedap.

p/s: apa barang orang melayu makan macam orang putih, orang india makan macam orang melayu?

Thursday, November 19, 2009

inilah sebabnya

petang kelmarin mama aku call dari Wien. lama aku tak borak ngan dia, dengar suara dia. gila rindu. ngan adik2 aku pun sama. dah lama tak chat ngan derang pun. tapi yang penting, i am in their hearts and they are very well in mine....

sorry, ter-emo kejap.

anyway, obviously mama aku tahu pasal what had happened to me 2 nights ago. my horrifying encounter with that invinsible thing that wanted to control my body. time and again mama dah nasihatkan aku supaya buat itu, buat ini, supaya benda2 macam ni tak ikut kita or insya'Allah takkan kacau kita. tapi aku ni biasalah, masuk telinga kiri kuar jadi kentut. memang aku dengar je, but buatnya tidak.

and mama knows me way too well. dia tahu sangat aku ni yang jenis kalau balik dari mana2, and aku terlalu penat/malas, aku akan terus tidur atau baring atas katil dengan baju yang aku keluar tu tadi. kadang2 balik dari camping pun aku boleh terus panjat katil and tido, tak kisah nak salin baju ke apa. maklum lah, penat. kerja kat hospital ni lagi la. macam2 "benda" halus ni yang ada kan. bila balik waktu tengah hari, dengan baju kurung aku, dengan tak buka tudung aku, dengan tag aku, kadang2 dengan sthetoscope aku pun, terus aku baring and nap kejap. lepas tu, terus bangun and pergi campus untuk afternoon session. senang. takyah nak kalut2 nak salin2 baju, kan?

tapi akibatnya, maybe ada la benda yang mengikut. tu yang aku kena "attack" malam tu.

so, hari ni, aku ikut nasihat mama. aku balik tgh hari tu, aku buka kurung aku, aku berkemban sambil tunggu waktu nak pergi campus. aku internet kejap, minum kopi, facebook, biasalah.... sedar tak sedar, dah hampir masa untuk pergi campus. aku pun cepat2 amik kurung aku and bersiap. aku kuar rumah, berjalan ke campus.

lepas ni, serious aku tak nak salin baju kalau ada afternoon session.

p/s: apa kes kalau dah sampai kat depan pintu medical building baru aku sedar yang baju kurung aku terbalik?!?!?!?

Wednesday, November 18, 2009

Paranormal activity: fighting for my own body

i can't quite remember what time it was very early in the morning today. i am pretty sure it was already past 1 in the morning. i was already in bed trying to get some shut eye. nothing significant had occured that night. it was the same as any other night. nothing at all. it wasn't raining, i didn't feel weird. i was just tired and i wanted to get some sleep.

as i lay in bed drifting my mind away from the thoughts of that day, something happened. i could feel that my whole body was pressed down by a really heavy something. i knew already what was that. that was "it", the thing that has been following me all these while but i chose to ignore it. this kind of situation occurs every now and then. it used to be not that often, but nowadays, as i remember, it is coming to me, EACH month. somehow, i got used to it. i read a few verses from the Qur'an, get myself detangled from that thing and then as soon as i am free, i will switch on the Qur'an reading from my laptop, and then the night just flow to morning without anything weird happening.

but not this morning.

it came again. that really heavy invinsible mass that i cannot tell what it is. i could breath properly, no problem with that. but my whole body was pressed down that i can't move at all. i started to recite some verses from the Qur'an, but it still was holding me down. i could feel my hands moving, trying to free myself from its angey grasp, i really could. but the weirdest thing is, my eyes were open and i cannot see my hands moving at all. it was as if i was pinned down on my bed. at one point, i was somewhat out of my body because i can see me lying there motionless but i am moving, trying to fight this thing away.

no, this is not a dream.

the thing wanted to enter my body but i didn't allow it. i was somehow fighting it, while at the same time reciting the holy Qur'anic verses. after what seems like a good five minutes, the thing just disappears into thin air and i am back into my physical body. i immediately put on the readings from the Qur'an on my laptop and tried to discard all the images from my mind of what had just happened.

it never became this bad. now i really don't know what it wants.

help.

Tuesday, November 17, 2009

perkenalkan, boyfriend aku, Hussain

hari tu aku ada propa nama Hussain kat dalam mukabuku. wah... kecoh kejap la. semua nak tahu saperkah jejaka idaman aku yang bernama Hussain ini. meh, aku nak kenalkan.

Hussain ni pandai la sangat masak. aku memang setiap minggu berdating ngan Hussain. kalau tak pergi jumpa dia, tak lengkap minggu aku itu....huhhuh....

Hussain punya ABC is to die for mengikut kata kawan aku. aku tak suka ABC, so aku tak tahu la. but we all dah merata tempat, and dia cakap mmg ABC yang Hussain buat is da bomb!


ni masakan kegemaran aku, Hussain pun tahu. tandoori chicken. sangat lembut didalam, rangup di luar. and yang paling best, the tandoori chickens are made fresh petang tu juga, bukan stock brought forward dari hari lepas. ni aku sendiri yang tengok ok.


agak-agak la sket. apa ke hal la senget pulak gambar neh??? adoiyayy.... ok ok, tandoori set dia comes with nan. kau pilih la nan apa, cheese ada, plain ada, kashmir ada, dan macam2 ada. aku pilih plain aja. kuah dal dia best, aku memang boleh makan kuah tu macam minum soup, seyes!!


kuah ni kalau makan, kena hati2 sebab dia ada "the magical seeds" in it. boleh high 3 hari woo lepas makan ni. kuah ni dihidang sama capati. capati dia ok, tebal dan besar. tapi aku tak suka sangat kuah ni. it feels too heavy for me.


the golden strings: ni mmg da bomb! roti jala dia. aku tak pernah tengok arr hidang macam ni. tak berminyak langsung and sangat crispy! dihidang sama kari ayam. aku tak makan pun kari tu. aku rasa the roti jala je. sangat sedap ok.


ok, sekarang dah kenal saper Hussain kan? nak jumpa dia pulak ke? dia ada satu je. dekat ngan kawasan Billion kat Sungai Petani. datang arr. tapi jangan ngorat dia ok. aku yang punya :P. kim salam sayang sama Hussain kalau korang gi jumpa dia.


p/s: harga dia sangat berpatutan ok. mamak lain memang takleh nak tanding harga. and dia adalah kawasan larang merokok and they don't sell cigs. siap ada WiFi lagi. best!

Sunday, November 15, 2009

orang tua yang terperangkap

masa aku mula2 nampak orang tua ni dari jauh, aku rasa sangat kesian pada dia.





tapi bila aku datang tengok dekat2, aku kesian kat diri aku sendiri.

p/s: aku kena tipu hidup2

TG, your ass is too hot!!

i stumbled upon these 2 signages in 2 different states:





this is just way too weird!!

Friday, November 13, 2009

jumaat yang 13 dan aku punya premonition (maaf, aku tak tahu apa bahasa melayu dia).



ini adalah kisah benar yang telah berlaku 2 malam lepas. bukanlah rekaan semata2 atau setelinga2. harap maklum.

dua malam lepas, aku sms kawan aku untuk meminta tolong cari some information for my exam the next day. since kawan aku tu ada kena mengena dengan district health office, and exam aku pula ada sangkut dengan hal-hal community medicine, dia lah orang yang paling afdal untuk aku tanya.

sungguh aku tak perasan, aku terlelap setelah beberapa lama lepas aku sms tu.

aku tau masa tu aku bermimpi. aku ada sms dia tentang satu hal. then dia balas balik. dia kata "sori, baru sampai rumah tapi terpaksa kuar balik. kawan call, ada emergency". memang aku tahu sebelum aku tido tu bahawa dia takde kat rumah, tapi masa tu dia tengah on the way nak balik.

pastu, aku terjaga. ntah kenapa.

cepat2 aku sms dia. aku tanya: "betul ke that you jes arrived but you had to go out immediately because your friend called due to an emergency?". dia tak balas, then aku tertido balik.

dalam pukul 0130 hours, dia call aku.

aku tanya dia kat mana?
"i am at the hospital"

kenapa?
"kawan tetiba susah nak nafas, dia call suruh bawa gi hospital"

omg....

then dia tanya aku: "kenapa sms macam tu tadi? kawan sy ada call awak ke?". aku kemudian explain kat dia that nobody called me and i got that premonition in my dream. dia terkejut bila dengar cerita tu and aku pun sama2 share the shock.

serious sangat pelik kan?


p/s: seingat aku la, benda macam ni tak pernah berlaku antara aku ngan kawan2 aku.

Thursday, November 12, 2009

cubalah kalau tak caya

aku baru dapat tahu:

susah gila nak kencing puas-puas masa tengah ketawa.


p/s: jangan masuk toilet dengan kawan yang kepala sama gila ngan ko.

Tuesday, November 10, 2009

aku boleh survive?



sabtu = exam MUET

Isnin = Exam Introduction to Entrepreneurship

selasa = midterm English for Specific Academic Purposes

Rabu = continuos assesment Objectively structured clinical examination (pen & paper)

khamis = continous assesment objectively structured clinical examination (active stations)

selasa minggu depan = midterm english for specific academic puposes (comprehension)

dalam batch aku, aku sorang je yang mempunyai jadual exam macam ni. sebabnya adalah aku budak transfer yang tak complete university subjects lagi. budak lain tak mempunyai jadual xm macam ni. bagus kan?

p/s: kalau ada dengar berita pasal otak cair keluar dari telinga, tu aku lah tu... RAM pun pandai nak panas. ni kan otak aku....

Monday, November 9, 2009

apakah nerakanya yang sedang berlaku hari ini?

siang tadi aku ada xm subject yang langsung takde kena mengena dengan profession aku sekarang: INTRODUCTION TO ENTREPRENEURSHIP (sila semak. ejaan aku memang betul).

seperti mana-mana university, kami perlu mengambil slip peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan itu. tak kisah la peperiksaan subject LAN atau peperiksaan university, slip peperiksaan adalah tiket untuk melepasi pintu masuk dewan peperiksaan. tarikh xm telah dikonpemkan semenjak awal minggu lepas lagi. pada hari khamis minggu lepas, aku dah sedia dengan slip peperiksaan di dalam pegangan aku. aku letak slip tu dalam folder aku yang berisi segala important papers yang berkenaan.

2 malam lepas, aku check, slip itu masih elok terselit dalam folder aku.

tengah hari tadi, kawan2 aku yang lain sibuk menyoal antara satu sama lain: "have you taken your xm slip?" . aku senyum lebar macam kerang baru lepas kena rebus (uisshhh, kempunan makan kerang rebus/bakar neh. lama gila aku tak makan). iyelah, bangga la, aku dah amik xm slip awal2 lagi. yang lain agak kalut, nak amik slip lagi, nak revise lagi. bukan la aku takyah revise, tapi nanti2 la, aku nak lepak jap. aku pun pergi la melepak kat cafeteria.

dalam pukul 12.30 tgh hari, aku bergerak ke xm hall.

aku tgk mereka masih revise. aku pun ajak la revise sama. sementara mereka belek2 nota, aku buka folder untuk mengeluarkan xm slip kebanggaan aku itu. selak2 kertas2 yang ada dalam folder itu untuk mencari xm slip aku.

apakah nerakanya?!?!?!

xm slip ntah kemana. aku pulak yang start kalut. sekarang ni waktu lunch, office semua kosong. tapi dengan fikiran yang positif, aku menuju ke xm division dan memberitahu masalah aku. setelah pung-pang-pung-pang, aku disuruh MENULIS SURAT RASMI kepada dean of my school and get his signature then go back to xm division and get my slip. macam haram.

aku call arul yang tadi tengah revise sama aku dan aku meminta dia tuliskan surat tu sementara aku berjalan ke arahnya. at least boleh save masa. setelah aku diperlakukan macam bola ping pong di bawah terik matahari (disuruh berulang alik dari satu building ke satu building) untuk selesaikan masalah ini, akhirnya aku dapat slip xm tu.

p/s: macam celaka. takde saper pun yang periksa xm slip tu masa tengah xm tadi.

aku sekadar menolong

badan2 ini bukan untuk loan kahwin ye, harap maklum.



MARA Scholarship Programs
http://www.mara.gov.my/english/division/BPP/default.htm

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://ptptn.gov.my/

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/v5/astrolife/scholarship/

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_Abt_Community.shtm

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/

ABM 50th Merdeka Scholarship
http://www.abm.org.my/

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin.edu.my/

The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships
http://www.nottingham.edu.my/students/MISC/High%20Achievers%20Scholarship%202006-July06.pdf

HELP University College
http://www.help.edu.my/scholarships/index.php

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.international.adelaide.edu.au/future/scholarships/ug/

Curtin University of Technology Scholarship
http://www.emaac.org/

Charles Darwin University Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/www.cdu.edu.au/engineering/scholarships_ug_int_eng.htm

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/

Leeds University Scholarships
http://scholarships.leeds.ac.uk/

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/

MAAC Scholarship - La Trobe University 2006
http://www.latrobe.edu.au/international/courses/ug.html

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/admissions/undergrad/scholarship/nus_asean.htm

UCL Pathfinder Scholarships
http://www.ucl.ac.uk/

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/entry.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/

Nanyang Technological University Scholarship
http://www.ntu.edu.sg/oad/scholarships/nanyang..htm

Tasmanian International Scholarships
http://www.international.utas.edu.au/documents/internationalApplication.pdf

University of Malaya Fellowship Scheme
http://ips.um.edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak Scholarship
http://www.unimas.my/

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery Scholarship)
http://apply.embark.com/kaust/discovery/

Universiti Malaysia Sabah Scholarship
http://www.ums.edu.my/pasca

Sunday, November 8, 2009

i lost it all

i lost ALL the data, phone numbers, emails, addresses, account numbers on my phone. my Chokia has been with me for the past 4 years, and now, it has alzheimer's and also going haywire on me.

so please. if you wish to be in touch with me, please put in your details and phone numbers here. or, you can also email me at ginger_punye [at] hotmail [dot] com.

please....


so so so so so so so so so so SAD.....

Friday, November 6, 2009

kopy-kat

first of all, i would like to thank farhana for giving me the heads-up on this guy. thanks so much dear!!


does this entry ring a bell? click here


ok, what about this one? see here


read the "self-introduction" part and compare it with the one from
here

almost exactly the same except for some minor tweaks here and there, eh?

this guy (whatever his name is) has been busy copy-pasting entries from various blogs to make them his own. i don't know how many bloggers has he been following to copy their entries, but i am one of them as well as farhana. omg!! seriously?!?! what is the point of having a blog if you are just taking entries from others? i mean, if you want to take the ideas but put it in your own words, that'd be fine. but COPYING???

where are your brains dude? or that space between your ears is actually filled with balls? you know what i mean.

i wanted to comment on his blog but he disabled the comment moderation which means that the comments will be published only after his approval. so, what is the point of commenting if he ain't gonna publish it. he doesn't even have the guts to put up his email. so, there's no way for me to get in touch with him. once he wrote in his blog sometime in june this year, he advises others to have their own blog and "CARI IDENTITY SENDIRI". dude, dabel-yu-ti-eff!!

dude, why don't you copy-paste this entry and put it up your blog? i know you want to.

p/s: thanks to djambu sayang for teaching me how to "print screen". ok, i am computer illeterate. shoot me.

Thursday, November 5, 2009

ok la tu....

ah ye, memang ok je, yang tak ok sebenarnya adalah engkau, harap maklum ye.

siapa yang aku maksudkan di atas adalah S/N batuapi (pada sesiapa yang tak tahu cerita, sila click pada tag "mr. pelik & s/n batuapi" kat panel kiri aku tu). hari ni dah genap 5 hari aku dalam ward surgery, second cycle. aku maintain dengan pakaian kemas, iaitu baju kurung dan kasut yang tertutup (kasut crocs apple green aku tu).

pada hari pertama, aku memang ada rasa kurang senang sikit. takut bertembung ngan mr. pelik dan s/n batuapi. aku tak boleh bayangkan apa lagi masalah mereka nak cari ngan aku. tapi, mr. pelik tengah cuti sekarang. honeymoon barangkali. yang ada hanya s/n batuapi. masa aku lalu kat nurses' station, aku nampak s/n batuapi, tapi aku buat bodo macam sardine masak bodo aku tu. dia pun tegur aku.

mak aihh... terkejut aku....

tanya aku bila aku habis la, apa la. yang paling best lagi, sampai driver taxi aku yang aku naik dulu pun dia kenal. siap dia cerita driver taxi yang sama hantar anak dia pergi sekolah la, cat kereta la, apa la. seriously, i don't want to know. tapi aku tak nak tunjuk kurang hajar. mak aku tak besarkan aku macam tu. aku layan dia ngan baik, walau macam mana hina nya dia buat aku suatu ketika dulu. then aku pun minta diri sebab aku nak jumpa doktor aku.

hari ni pulak, tengah aku sibuk clerk patient, dia datang dari nurses station. aku tak perasan dia datang ke arah aku. tetiba aku tengok kawan aku yang ada disebelah aku bergerak jauh dari aku. s/n batuapi berdiri sebelah aku dan tanya: "dah pandai dah ke pasal benda ni?"

aku senyum dan jawap selamba: "takde la pandai sangat. masih kena belajar lagi, medicine bukan senang"

dia pun continue and tanya bila aku habis la (bukan dah tanya ke hari tu?), next year aku kat mana la, dan macam macam ada.... seriously, what else yang dia mahu dari aku?

p/s: kawan aku kata: "i was shocked that she came looking for you. i thought what la she wants. i think she is feeling bad about what she did to you before. she wants to show that she is good"

whatever.....

one four three





I love you.
It's not a weight you must carry around.
I love you.
It's not a box that holds you in.
I love you.
It's not a standard you have to bear.
I love you.
It's not a sacrifice I make.
I love you.
It's not a pedestal you are frozen upon.
I love you.
It's not an expectation of perfection.
I love you.
It's not my life's whole purpose (or yours).
I love you.
It's not to make you change.
I love you.
It's not even to make you love me.
I love you.
It's as pure and simple as that.

Wednesday, November 4, 2009

bowl swing (Sila guna Google Translator)



beberapa sebab kenapa aku TAK AKAN makan kat restoran ini:

  1. memang sah TIDAK HALAL
  2. nama yang sungguh tak commercial
  3. apa barang nak letak sampai 2 signboard? aku rasa dia mempertikaikan kecerdikan customer dia sampai nak kena repeat signboard neh.
  4. just across the road ada resto yang lagi super bestest ("anne!! tay-wo-wais satu!")

p/s:restoran "Hayun" mana?

jika anda berumur 18 tahun ke bawah, sila jangan baca.

"sayang, mengiring la ke kiri. sayang relax aja ye" bisik aku manja kepadanya. dia tidak langsung melawan permintaan ku. hanya mampu angguk dan merelakan dirinya untuk ku. dia mengalihkan pandangannya dari ku dan terus membelakangkan aku, just exactly the way i told him to. nafasnya tenang.

aku melonggarkan kain pelikat yang dipakainya, sambil2 memerhati raut wajahnya yang tenang. aku senyum manja dan meneruskan misi aku. perlahan... lahan.... dengan penuh lemah gemalai, aku menyelak kain pelikatnya ke bawah. dia masih lagi membelakang kan aku.

aku menyentuh kulitnya. ahhh... sangat warm. sangat selesa untuk hari yang sejuk seperti hari ini. hati ku rakus ingin terus memasuki tubuhnya. tetapi aku dihalang oleh suara yang memberitahu aku akan cara2 yang sebenar untuk memuaskan nafsu ku ini. aku tersentak. aku mengikut bisikan suara itu. aku tidak lagi gelojoh, aku bergerak perlahan...

setelah melihat pembukaan kulit yang suam2 kuku itu, aku membasahkan diri aku. aku memasuki tubuhnya. sedikit demi sedikit. aku tahu, mungkin dia tak biasa. aku tidak mahu memaksanya. aku tidak mahu dia membenci aku. makin aku masuk, makin ketat, makin aku masuk, makin ketat. dia mengerang. aku tidak pasti samada itu adalah tanda sakit atau tanda gembira. aku cuma ingin meneruskan misi aku.

owh sungguh panas.... sungguh lembut.... sungguh basah di dalam tubuhnya.

kurang dari 2 minit, diriku sudah selesai. aku mengucapkan terima kasih padanya kerana memberi aku peluang itu.

p/s: today, aku telah buat pertama kalinya memasukkan jari aku dalam bontot orang untuk per rectal examination bagi abdominal patient. lepas ni saper salam tangan doctor, sila ingat, mesti ada sekali yang jari dia masuk dalam bontot orang ye.

Tuesday, November 3, 2009

karma tu bukan sejenis makanan. tapi kurma tu baru la sejenis makanan.

dalam beberapa hari yang lepas ini, aku diganggu dalam email oleh seorang yang takde benda lain nak buat dalam hidup dia tetapi mengganggu aku. macam2 tomahan, tuduhan, dan ketidak puas hatian yang dibentangkan dalam email. aku dah sampai tahap meluat dan malas nak layan. jadi aku fikir kalau last email aku dibalas, aku cuma akan tulis..... **rahsia la, mana leh kasi tau kat sini**

tapi aku tak kisah. apa orang nak buat kat aku, buat la. yang penting aku tak kacau orang. hidup aku sangat simple sekarang. aku cuma nak cuba sentiasa berfikiran positif dan juga melakukan sesuatu ke atas orang lain, hanya bila aku nak perkara yang sama terjadi pada aku. maknanya kalau aku nak orang buat baik kat aku, haruslah aku sendiri berbuat baik kepada orang. kalau aku buat jahat kat orang, jahatlah yang akan menimpa diri aku nanti. betul tak?

so, macam mana orang nak berkelakuan pada aku, aku akan cuba sabar. tapi bila aku nak react terhadap kelakuan orang itu, aku akan fikir: kalau aku dah kutuk perangai hina dia yang dia lakukan pada aku, takkan la aku nak balas dengan perangai hina yang sama? iye tak? i mean, takkan aku nak jatuhkan tahap aku sampai tahap pencacai macam dia? so, i don't do whatever yang dia buat pada aku. infact, aku just be cool and try to calm down (with help from my momma of course).

anyway, cerita nya macam ni. kalau kita buat baik, tak semestinya dan dan tu, baik akan datang balik pada kita. owh no... no.. no... kita kena ada patience sikit and also, kita jangan berharap sangat. kita mesti ikhlas masa kita buat baik tu. tadi tgh hari, aku pergi kedai runcit sementara kawan2 aku yang lain pergi kedai makan. aku tak pernah pergi kedai tu. so, aku beli2 barang sikit. then makcik tu tanya: "tak makan lagi dik?". aku cakap nanti la. kawan2 aku tgh makan kat sana. dia kata kedai makan tu kedai orang india. aku memang tau pun. aku cakap takpe, aku bukan nak makan sangat pun.

time aku dah nak pergi jumpa kawan2 aku kat kedai makan tu, makcik tu panggil aku. dia masa tu tengah masak bubur kacang hijau untuk diri dia sendiri. dia insist nak kasi aku makan sebab dia kesian that aku tak nak makan kat kedai tu. aku cakap takpe la, takyah. tapi dia kata dia nak juga kasi. dia tak nak duit dia kata. siap kasi aku dalam mangkuk beralas semua. aku nak aja lepak kat kedai runcit tu, makan kat situ but makcik tu suruh aku join kawan2 aku, at least kat sana ada meja nak duduk katanya.

aku tak tahu nak cakap apa. bukan senang untuk orang nak berbaik dengan kita. and bila benda random macam ni terjadi, aku percaya: setiap tindakan kita mesti ada balasannya. bila baik, baiklah jadinya.

p/s: bubur kacang makcik tu sedap. serious esok nak pergi buat2 beli benda kat kedai dia lagi. anak teruna dia pun boleh tahan comelnya. ahaks!!

anemia kah aku? cancer kah aku?

nauzubillah himinzalik..... selisih malaikat 44.

tapi kan, symptom orang yang ada anemia dan/atau ada cancer adalah bone pain. dalam bahasa melayunya, sakit tulang. sakit yang sama seperti sengal, atau dalam bahasa inggeris nya, dull, aching pain.

aku hari2 pergi hospital carpool sama kawan aku. nama dia boon ping (sebut seperti ini: bun-peng). kalau sebut banyak kali, sama juga bunyinya dengan "bone pain".

sila lihat ayat dibawah:

"i go to the hospital everyday with boon ping"

kalau aku cakap macam ni kat doctor, silap hari bulan, boleh kena tahan dalam ward tau. doctor sure risau..... ada anemia dan/atau cancer ke budak neh....

p/s: pada siapa yang tak faham, sila abaikan entry ini.