Tuesday, June 30, 2009

dua-dua buat aku PANAS. tetapi kenapa aku begitu tidak adil dan memilih hanya satu?

betul atau tidak bahawa in one way or another, durian dan cili akan membuatkan badan anda rasa hot semacam. macam nak lempang laju-laju je orang yang berada di sebelah anda tanpa dia membuat apa2 kesalahan pada anda mahupun kucing kesayangan anda? kan? kan?

namun begitu, aku mempunyai sikap yang agak pilih kasih bila antara dua2 tumbuhan makanan ni, aku tak suka salah satu darinya.

aku serious tak suka durian.

iye, mesti dalam hati korang: "apa punya anak malaysia la macam ni kalau tak suka durian!". "eleh matsalleh sangat la tu, tak suka durian konon!". "pegi dahhh!"

tapi sebelum anda semua berkata2 hikmat sebegitu, meh sini aku nak kasi penerangan awam, kenapa dan mengapa dan bagaimana kisahnya aku tak suka durian, tapi aku suka cili, macam rasa makan cili tu diibaratkan makan ice cream ben and jerry's pula.

kenapa aku tak suka durian:
-bukan aku semenjak azali tak suka durian, aku suka, malah sangat suka.
-tapi, ada tragedi yang telah menimpa aku yang membuatkan aku terus phobia kepada durian, lantas menjadikan aku tak suka langsung kat durian.
-masa aku balik dari Russia dulu, masa tu musim durian kat malaysia. macam biasa la, aku kan ke hantu durian. so, aku dibelanja sebiji durian yang berkualiti paling top la, hanya untuk aku seorang. bayangkan la, satu biji besar tu, untuk aku makan sorang!! patut la aku macam marshmallow man tayar michellin tu.
-aku makan punya makan punya makan, sampai *burrppppp..... alhamdulillah, habis satu biji durian dalam masa 13 minit.
-gendang gendut tali kecapi, durian dah masuk perut, aku super happy.
-kan ke durian tu buat badan panas. masa tu pulak malaysia tengah panas. dan aku pula baru balik dari tempat yang tak pernah nak panas. habis temperature aku naik malam tu. sampai aku terjaga dari tidur la. dan bila aku buka mata, aku tengok satu bilik benar2 berputar, tak tipu neh! kepala aku dah pusing macam blender kat dapur tu. aku dah mula rasa macam lauk2 malam tadi nak terkeluar balik dari mulut aku. aku bangun, masuk toilet, terus...... berpelukan bersama mangkuk tandas. muntah semua benda yang aku makan malam tu. kira, kurus sket la aku masa muntah tu.
-lepas pada tu, aku salahkan kejadian ngeri itu kepada durian.
-aku tak tahan bau dia.
-aku pening bila aku hidu dia.
-dah 5 tahun aku tak makan durian. apa rasa dia, aku dah lupa.





on the other hand, walaupun ia mempunyai ciri yang sama seperti durian, iaitu membuatkan aku "hot" seketika, aku tak boleh hidup tanpa cili. macam kurang uummpph la kalau makan takde cili ni.

tak ke korang setuju?

padahal, cili ni takde rasa apa pun. dia cuma pedas, dah la buat kita berpeluh, mulut terbakar, perut memulas. tapi, kita masih nak makan cili. kalau tak makan benda bercili satu hari, macam tak lengkap lak hari tu kan. kenapa ye? apa punya jampi serapah la cili ni dah buat pada kita?

kenapa aku suka cili:
-aku mmg dah diexpose untuk makan benda pedas sejak aku kecil lagi. ingat tak aku cerita pasal nasi lemak bibik kat tepi longkang monsun tu? sambal dia, pedas tahap kesatria tu.
-aku kalau setakat makan maggi ke, mee ke, apa je la, cili padi tu, aku gigit2 je macam makan cokelat.
-aku rasa cili ni dia macam ada effect sama dengan makan chocolate. it releases endorphins in our brain that stimulates the happy (award) center of the brain.
-kalau nak tahu cili tu cukup pedas ke tak, sila lihat hidung aku. kalau pedas dia dah level 5, mesti hidung aku berair. kalau tak, maknanya tak cukup power la cili tu.
-masa aku duduk oversea, cili kering adalah salah satu bahan catuan dan barang yang aku sorok, takut kena pow dengan budak lain. macam tu punya sayang aku kat cili.
-aku boleh gerenti, aku takkan benci cili.


jika diberi pilihan, benda "hot" mana yang anda akan ketepikan?

aku boleh rasa gayat nya

semalam aku bermimpi. mimpi tu sangat pelik. aku mendaki tebing yang sangat tinggin dan sangat curam. aku bersama seorang kawan/teman/kenalan. aku pasti bahawa orang itu adalah seorang lelaki. aku tak berapa nak pasti siapa dia. masa daki tu, memang senang. tapi bila sampai satu level tu, kami terpaksa berhenti sebab nak pasang equipment. masa dia tengah sibuk pasang equipment, aku melihat ke arah bawah. masa tu aku betul2 berada di hujung tebing tu, as if aku akan jatuh anytime soon. memang rasa gayat menyelubungi diri aku.

nota kaki lima: aku bukan jenis yang ada fear of heights

nota kuku kaki: aku pernah dengar yang mimpi jenis ni ada maknanya yang tersirat, tapi apa ye?

nota kakitangan: korang boleh tak tolong tafsirkan mimpi aku neh? plis?

Monday, June 29, 2009

everywhere i go, you are with me too

has it been a good 3 months or 4, that i have not seen my mammy?

i am not too sure. but the time seems slow, when i count the days till we meet again.

but nevertheless, where ever i go, whatever that i am doing, there must be those some little things that will find its way to slip into my daily doings, just to give me a little reminder of my mammy.

my mammy, she is a durianophile, if there were such a word in the dictionary, the immediate meaning will be: REd's mammy. she loves durian. the smell of it makes her tremble and palpitate in anticipation to get those soft fleshy little darlings into her mouth to excite her tastebuds.

i can't stand durian. even the sight of it makes me heat up.

i used to hate it when she'd buy them by the baskets and bring them home. the whole house will be making me feel faint. i will pull a long face, just because i can't stand the whiff that haunts every little space in the house.

it is durian season now. it is everywhere, by the roadside, on the trees, in TESCO, on lorries, EVERYWHERE. what i would give to bear that spiky parcel of joy for my mammy, so that she'd come back for a short trip here.


my mammy, eventhough she trots the globe, used to live in major hotels because of her work, and is the king of BEJEWELED, her modern lifestyle will never take her fancy away from the simple "dapur arang". she loves cooking on this dapur instead of the modern hotplate or gas stove that is readily available.

don't ask me why, i have no idea.

even in our old house, we have 2 kitchens: the modern, and then the traditional, where she installed the dapur arang kitchen top, just so she can satisfy her cooking dreams. she will huff and puff and cook using the dapur arang only. with her sweat dripping, her clothes smelling of smoke, there was always a smile on her face. the sign of satisfaction. her happiness fulfilled, just by using the dapur arang.

my neighbour's mother was around for the weekend. she brought the dapur arang to cook meals for him since he does not even have a functioning kitchen to begin with. as soon as i saw the mother starting the fire, my mammy stood there beside me. not literally though. i could feel her. the smell of smoke reminds me of how she will be smelling like as soon as the meal was done and we were seated at the table to enjoy her cooking.


and yesterday, while i was in Sultanah Bahiyah, at the hydrotherapy room, there she was again, not her exactly, but that tiny duckling, that reminds me of her.

why the duck, you ask?

well, mammy's hubby calls her that. her "nama manja" that he coined for her. everyone, even her friends and my aunts know that she is the duckling. most of her gifts are with somekind of duckling motif.

and there it was, a duckling, singled out from the other water toys that i was looking at at the hydrotheraphy room.

really mammy, everywhere i go, there you are too, in my heart.

Sunday, June 28, 2009

wahai lelaki, kalau anda diberi pilihan sebigini rupa, biar aku teka, sure kau pilih yang mana buat mata kau kenyang, tapi perut kau lapar kan?

aku baru je terima email ni dari doctor feveret aku, mr. sweetheart. tak sangka la dia ni kaki sempoi juga. ok, mari ke mari minah kumari, kita tengok siapa yang kena apa isi kandungan empat bulan email ini ye.


di sini kita dapat lihat F1 Queens yang mempromosi kereta ferarri serta barangan limited edition dari team ferrari. tapi aku kurang pasti sebenarnya, dia promosi ferrari ke, dia promosi body ke? sebab pada aku, aku tak faham konsep menjatuhkan martabat wanita ni. kena ke pakai skimpy macam ni nak jual benda? apa, tak cukup bagus ke brand FERRARI tu, sampai nak attract customers kena buat macam ni bagai?

pelik arr.


sini pulak kita tengok Lomak Queens yang mempromosi lorry kia. tak tahu la ni gimmick ke, nak buat lawak ke, apa ke. tapi concept dia sama la, nak mempromosi jualan brand Kia. ermm.... tak tahu nak cakap apa la kan. badan tu dah macam tu, sanggup la pulak derang ni diperlakukan begini. kadang2 aku tak tahu what goes on their minds....

adoiyayy.

on the other hand, soalan aku, apa yang menjadi pilihan anda kalau diberi choice antara dua brand di atas?

kalau aku, senang je jawapan nya. aku pasti akan pilih lori pikap KIA tu. dah la murah, boleh pikap berapa punya banyak orang/barang. pakai diesel (murah), silap, minyak cap kapak pun boleh buat bahan api, mana tau. tak le aku berlapar akhir tahun, bila aku habis bayar duit lori tu kan.

soalan sipi lain untuk oh! lelaki: antara F1 Queens VS Lomak Queens, korang prefer yang mana actually? adakah fizikal itu lagi penting dari segala?

tolong la jawap...

Saturday, June 27, 2009

puh-leeessssss.....

oiii! (haaa... kan ke aku dah ada bibit2 kuang hajaq sikit neh)

plis

jangan la berpura2 macam kura2 nak bercakap ngan aku. serious la. selama ni kau tak kisah pun aku hidup ke, mati ke, happy ke, sedih ke, apa ke. tetiba kau nak cakap ngan aku seperti takde that hiatus antara kita lak.

plis

aku tau kau dalam alam kau sendiri sekarang. kau lupa pada orang2 yang ada di belakang kau dulu. masa kau tak stabil, masa kau rasa diri kau tak guna, masa kau rasa dunia ni tak fair pada kau. tapi bila kau dapat benda baru, kau tak ingat pada yang lama.

plis

aku tak dengki kat kau pun. aku memang nak kau happy. tapi bila dah sampai tahap macam ni, aku dah tak kisah pun. kau buat la apa kau nak. yang penting, bila kau nak aku tolong kau atau nak aku jadi your safety net, just know, aku di sini aja. tak ke mana.

but plis

takyah la kau nak berpura2 depan orang.

geli arr...

plis ye

aku tak terasa. aku bosan je ngan perangai macam tu.

Friday, June 26, 2009

kalau anda perasan, blog aku ni dah mula nak bersawang. tapi kalau anda tak perasan, maknanya tinggal 40 hari je la tu.

**mmmm.... sedapkan lauk harian aku?

iye, pada sesiapa yang tak perasan bahawa blog ni ada kelembapan udara sikit, sila cepat2 tulis surat wasiat ye. kalau nak shopping kain kapan, sila ke kedai kain Alamoda, Sungai Petani. mereka tengah ada sale gila2 ni. 85% off!! kat mana lagi ada offer macam ni? hang kasi tau kat ceq?

sebenarnya, aku senyap sikit ni mungkin ada 3 sebab:
1- aku tak sihat, atau
2- aku tak sihat, atau
3- aku kurang sihat.

aku rasa jawapan nombor 2 tu yang paling tepat la kott.

lagi satu, kalau korang membaca ntah berapa entry yang lepas, kan ke ada berita tentang kemasukan aku ke hospital sebab system pemakanan aku dah haywire? ok, episode tu masih belum selesai lagi. aku masih lagi on medications sebab sakit yang ada kat usus besar aku tu, masih on and off lagi. hari tu bila aku jumpa doc, kena buat ultrasound scan la pulak sebab dia nak make sure that the cause is purely dari usus aku, dan bukan dari luar. so, for that one, the diagnosis is: ileitis, mild erosion of gastric lining, and internal hemorrhoid.

tu dia!!!

tapi, takyah nak risau, aku masih ok. masih boleh berfungsi macam biasa walau kadang2 tu rasa macam nak tercabut usus aku sebab sakit dia tak tahan punya. lain pada tu, aku masih aku. masih gila2 remaja. masih vogue (ececececece....). masih gagah macam lady gaga.

pastu, ntah apa angin monsun timur tengah, 3 hari lepas, aku mula batuk2. aku ingat apa la kan, saje je tekak ni gatal nak batuk. so, aku buat bo je la. aku ni pun bukannyer jenis yang kuat demam. immune system aku jenis sama level ngan transformers punya. aku batuk aja, takde symptom lain. next day, makin teruk. tekak dah mula sakit. batuk makin kerap. petang tu, fever sampai 38c! gila apa?!?! boleh panaskan nasik tu kalau letak periuk atas kepala aku.

aku tunggu malam, nak tgk surut ke tak temperature. tak juga. kepala pun dah mula pening. aku dah la sorang2 kat umah, bebudak lain dengan pasangan masing2. aku amik kereta, aku pergi kecemasan. kawan2 aku dah risau kalau2 aku kena H1N1. lepas pung pang pung pang pong dengan doctor, dia kata aku ada bacterial infection. dia kasi ubat, suruh makan and wait for 4 days, kalau tak surut juga symptoms aku, aku kena datang balik.

esoknya, dengan demam macam tu, aku masih lagi pergi hospital, ada assessment, takkan nak miss kot. aku pergi jawap soalan sambil pakai surgical mask. aku bertanggungjawap, tak nak orang lain berjangkit. sambil2 tu, batuk tak henti. batuk punya batuk punya batuk, ada kahak la pulak. adoiyayy... setiap hari, tambah lagi satu symptom. temperature naik lagi sampai 38.1c!! tapi aku tak buka kipas pun. panas2 cuaca, aku duduk dalam bilik tak buka kipas, aku tak tahan. badan rasa sejuk.

and finally hari ni. berkat aku makan ubat mengikut jadual dan sukatan scala Richter, symptoms2 aku dah berkurangan sikit. temperature tak naik, tekak kurang sakit. batuk tu tetap ada, kahak tetap ada. takpe, nampak macam beransur ok.

kita tunggu esok (hari ke-4). harap2 korang boleh baca updates on my blog la ye. kalau takde, sedekah la Al-Fatihah (sangat Drama Queen ok!! alah, aku belajar dari Apei).

pada sesiapa yang nak beli ubat, aku bukan kedai farmasi ye, walaupun stok ubat yang aku kena makan adalah lagi banyak dari stok ubat kat Klinik Muthulingam di Bedong.

Thursday, June 25, 2009

kenapa ye....

orang pandai suka buat2 bodo,

pasti orang kurang pandai suka buat2 pandai.

nak kena lempang laju2 ke apa?

Tuesday, June 23, 2009

habis semua cerita dalam kain boleh keluar bila guna TWITTER, sampai orang yang suka jaga tepi kain orang lain pun dah takde kerja.

semalam aku dengar radio. ada orang dah kena assault, physically. mengikut cerita sampai injured dan berdarah la. whoa!! tu memang dah kes emergency la namanya tu kan? tapi yang peliknya, sambil2 darah dia mengalir dan mungkin dia akan kehilangan banyak darah yang akan membuatkan dia bertekanan darah rendah, dia boleh lagi TWIT kat page dia. dia kata kat semua "folowers" dia yang dia baru kena assaulted by Will.I.AM dan keadaan dia sangat teruk. dia meminta followers dia tolong panggil polis dan emergency rescue team untuk datang merawat dia. orang yang aku maksudkan ini adalah Perez Hilton, celebrity gossip monger. tgk arr zaman la ni, jadi tukang gossip pun boleh buat duit woo...

kan ke bingai. dari dia sibuk TWITTING tu, kan ke lebih afdal kalau dia cuma perlu call 911 dan minta bantuan? serious attention seeker. or maybe, just plain STUPID.

aku pelik la. sekarang ni macam2 jenis social networking website yang wujud kat alam siber ni. mula2 dulu MySpace, lepas tu datang pulak Friendster. kemudian FaceBook, dan yang paling terkini, TWITTER. mungkin ada lagi la other websites yang aku tak mention kan. aku mana tau, tak ambil port sangat pun.

berbanding dengan yang lain, kira TWITTER adalah yang paling advance la. apa benda yang anda buat setiap saat, anda boleh TWIT and announce kat anda punya "followers". biar la masa tu anda tengah makan ke, jogging ke, melepak ke, bercucuk tanam ke, masa mandi pun kau boleh nak TWIT. adoiyayy...

seriously, perlu sangat ke nak beritahu orang apa yang kau lakukan setiap saat? please la, kau ingat kau tu hebat sangat ke sampai semua orang pun nak tahu gerak geri kau? habis gossipers nanti sampai takde kerja la. dah semua melekat punggung kat atas kerusi mengadap komputer nak baca TWITTER. tak ke naik bill letrik nanti? kalau kat office ke, kat sekolah ke, kat Makbul ke, takpe la juga. ni bantai on komputer 24/7 kat umah. hmmm... jawapnyer makan kertas la hujung bulan kan.

kalau ada orang sibuk nak jaga tepi kain kau, kau kata la macam2 pasal orang tu. kau cakap invasion of personal space la, kau cakap kau punya privacy dah dicabul la, apa la. tapi apa beza kalau kau TWIT your life on the web every second. silap2 berapa kali kau bernafas pun kau nak kasi tau sama orang.

please la, get a life.

buat masa sekarang ni, the only www yang aku active is FaceBook. Friendster aku pun dah berabuk. hari2 aku dapat mail ada orang add aku la, ada birthday la, ada kenduri kahwin la, kat Friendster tu, tak pernah pun aku nak buka. kalau aku buka FB pun sebab aku nak tengok gambar2 family aku kat sana. iye la, dah aku solo kat sini, mesti la rindu kat derang kan.

lepas ni, akak2, abang2, makcik2, pakcik2 yang dok melepak mengutuk sana sini, mesti kurang dosa derang kan?

bagus juga ada TWITTER ni kalau difikir2kan balik.

Monday, June 22, 2009

panggilan dari kekasih lama yang masih confuse samada dia sayang ke tidak kekasih terkini dia. tapi dia ada cakap yang dia rindu kat aku.

kalau fon aku bunyi, pastu caller display tulis "Private No." memang aku takyah nak fikir dua kali, mmg sah2 yang call itu adalah Yuki. dah lama dah Yuki tak call, tapi ntah apa angin dia hari ni, dia call aku. aku saspek dia terkena angin El Nino kott. maklum la sekarang ni kan ke ada ura2 yang El Nino nak bertiup lagi.

aku jawap fon macam biasa je. tapi masa tu aku agak tengah rushing sket. so aku cakap kalau dia nak borak, call lain la. aku sangka dia tak nak call. sekali mana tau, dia call aku balik. dan bermulalah perbualan kami.

cerita aku ngan Yuki sangat complicated. tapi, walau macam mana, banyak benda pasal Yuki yang aku ingat. paling tak best sekali, geng yang kami kenal, saling know each other. jadi, kalau aku tak update dia pasal aku, dia akan diupdate oleh orang lain. kadang2 tu, Yuki siap update aku lagi pasal kawan2 yang lama aku tak berkecimpung dengan. yang paling pelik, Yuki ngan aku bukan la sama sekolah, kolej, atau uni. kami kenal secara tak sengaja.

so, tadi Yuki called. dia kata dia rindu kat aku and masih sayang kat aku. dia kata aku macam dah berubah, tak macam dulu. dulu aku agak snobby and ada attitude. but sekarang bila bercakap ngan aku, Yuki cakap aku macam dah lembut and makin tenang. dia dah berapa kali ajak aku keluar, tapi aku tak pernah nak temui permintaan itu.

and everytime Yuki calls, dia akan kasi tau aku status dia sama kekasih terkini dia, iaitu kawan aku juga. mereka ni sangat pelik, kejap break, kejap kaple, kejap break. ntah apa apa ntah. and yang paling takleh terima akal, kawan aku tu tak kasi Yuki berkawan ngan aku, risau yang Yuki ngan aku akan kembali together. alahai.... aku tak terfikir ke arah tu pun.

Yuki masih panggil aku "sayang". but aku panggil dia "dude". apa jadah aku nak panggil dia "sayang" kan? walaupun dah lama kami tak bersama, birthday dia aku masih ingat lagi. and he was like so touched. "because of this la i sayang you, you tau tak?" errrr..... tak.

ntah arr... kadang2 aku kesian kat Yuki pun ada juga because dia mcam stuck in a relationship that he is not sure of. tapi sebelum aku end the call, aku pesan kat dia:

"dude, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. so, you decide la"

Yuki nak jumpa aku masa aku balik cuti nnt. tgk arr....

Sunday, June 21, 2009

kantoi



dia mmg best. saper tak kenal zee avi, sila pergi terjun tingkap ye.

wanita yang melahirkan anda itu namanya Emak, bukan Embak. Embak tu neng yang kau employ untuk buat kerja rumah.

kelmarin aku keluar dari rumah aku. kat aku punya lane ni, kira students' lane la. bukan macam Whisteria Lane dalam cerita Desperate Housewives tu ye. kebanyakan yang menyewa rumah kat sini adalah students from uni aku. lane lain ada yang campur budak UiTM Merbok.

biasa la kan, rumah students. ada macam rupa rumah tinggal pun iye juga. kalau geng pencari aktivity paranormal nak buat coverage, boleh tersilap rumah la sebab ingat rumah yang derang nak serbu tu rumah kosong ke apa, sekali tengok, ada pulak bebudak yang tinggal kat rumah tu. tak kira la rumah girls ke, guys ke, aku tengok dia punya upkeep, mmg macam haram.

tapi tak all the students' houses are like that. ada yang boleh tahan kebersihannya (seperti contoh, rumah aku... ehem...ehem....). ada tu, kau boleh tgk lalang lagi tinggi dari bumbung rumah. sampah atas lantai depan laman pun takleh nak kutip. tin2 minuman keras pun kadang2 bersepah. tu rumah ke atau tempat pelupusan sampah?

masa aku jalan keluar tu, aku terpandang satu kelibat ni. nampak gaya tengah menyapu laman rumah. srett.....srett....srett.... bunyi gesek penyapu atas lantai laman tu. aku perhati lagi. nak kata student, tak la student, tua naa. nak kata tu rumah family, aku tau mmg student yang tinggal situ. baru aku sedar, itu adalah ibu kepada salah seorang student yang dok kat situ.

mmg menjadi kebiasaan la phenomena ni. sometimes, once a month, ada je Emak student akan datang ke rumah students ni and BERSIHKAN rumah mereka. macam haram. i mean, come on la. bukan aku nak kata aku jeles ke, mak aku tak datang sini untuk bersihkan rumah aku kan? as it is, rumah aku takde la sepah macam rumah seting garden atau rumah tinggal. masing2 dah besar panjang kan, kemas la rumah tu sendiri. siap ada tu, buat kan laundry anak dia lagi. dah la terang2 derang ni takde washing machine. jadi kau bayangkanlah mak tu handwash laundry yang dah terkumpul untuk sebulan.

ntah apa apa ntah.

gambar hiasan. Mama aku rock kan? (^_^)

apa2 pun, aku tak buat mak aku macam tu ok. kalau aku balik rumah family pun, aku lebih suka kemas rumah tu. tapi aku punya personal space, aku suka biarkan dalam keadaan "as is". iye la, my mess is what keeps me sane heheheh... kalau kemas sangat, kang orang ingat aku ni skema ke apa. tu yang selalu menjadi kata2 hangat pada telinga aku ketika mak aku berkata: "alia, please clean your mess!!"

ishh... biar le...

anyway, sempena hari bapa ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada Mama aku yang telah memegang tugas sebagai Emak, Ayah, dan kawan kepada anak2nya selama ini.

i love you ma.

Saturday, June 20, 2009

sekarang ni musim jerebu teruk. tapi ini adalah entry tentang hujan. rasanya kalau aku tulis entry ni, hujan akan turun tak?

korang suka tak main hujan? saper tak suka, bukan orang la maksudnya kan. kalau hujan je, orang merungut. tapi kalau salji, nak je semua pakai tebal2 main salji kat luar tu. pelik arr. apa beza salji ngan hujan? dua2 pun molekul air juga, iaitu 2 molekul hidrogen bercantum dengan satu molekul oxygen. serious nampak double standard kat situ. ntah apa apa ntah.

biasanya, kalau hujan, itu mmg aku rasa happy la. tapi kalau masa tu hujan and aku ada plan aktiviti luar, aku kurang happy arr. ye la kan, dah excited nak bbq ke picnic ke, tetiba basah je kat luar tu. kayu api pun lembab macam kura2, mau tak mau keracunan makanan akibat makan lauk bbq yang tak masak.

ada satu perkara yang mmg wajib aku lakukan tanpa sedar, masa hujan turun. tak kira la lebat ke tak ke, tapi kalau hujan, macam automode la, aku mesti mau letak tangan aku bawah rintik hujan tu. aku akan kumpul air hujan dalam muatan takung tangan aku. sambil2 tu, aku berfikir. banyak hal la yang aku fikir. dari hal hidup, hal belajar, hal kawan, hal limunan (eh ada ke?), semua arr aku fikir. paling rare, fikir pasal stok exchange kat NYSE. haaa, jangan main kau! sampai ke arah tu la hujan boleh buat aku berfikir.

tak tahu la, aku rasa macam therapy lak bila aku rasa rintik2 hujan tu jatuh dalam genggaman aku. dengan sejuknya, dengan angin sepoi2 bahasanya. complete. rasa macam aku dalam kepompong aku sendiri yang hanya leh di kacau kalau aku dipanggil. sama la macam aku bawa kereta. kalau aku buka tingkap, mesti aku nak keluarkan tangan aku and buat macam aksi ombak bergerak (alah macam dalam cerita mukhsin tu). tak tahu la, mmg habit.

aku ingat lagi masa sekolah menengah. masa tu aku masih lagi kat sekolah public. waktu tu tengah hari, baru je habis rehat. jadi kami kena beratur untuk apa ntah, aku pun tak berapa nak ingat. aku masa tu galak (bukan A.Galak ye) berborak sama kawan2 aku. macam 17 hari tak jumpa je. padahal tadi baru dok makan yoke mee kat kantin sekolah sama2.

aku dengar bunyi rintikan air jatuh. mula la aku punya konsentrasi beralih ke arah rintikan itu. tangan aku secara auto dihulur keluar untuk menadah rintikan air itu. sambil2 tu, aku masih lagi bercakap bersama kawan2 aku, walaupun isi bualan aku dah kurang sebab aku dah mula masuk kepompong aku. gila best rasa masa tu....

-------------------------------------------------------------------------------------

"iee alia, you buat apa tu?"

"huh?"

"babe, yucks!!! cuba you tengok apa benda yang you tadah tu"

aku mendongak ke tingkat dua.

omg..... budak2 detention tengah cuci tandas. air yang penuh aku tadah dalam tangan aku tu adalah air dari aliran cucian itu.

serious, masa tu, aku bukan saja samak tangan aku, aku siap berfikir nak lalukan tangan aku kat pembakar bunsen (bunsen burner) untuk mensucihama (ni perkataan yang djambu ajar kat aku ye. dia siap gelak kat aku tadi neh. takpe...takpe...) kuman yang ada kat tangan aku.

lepas pada tu, aku lebih berhati2 dalam menadah hujan. aku kena make sure aku kat open space baru aku mulakan aktiviti itu.

Friday, June 19, 2009

kalau kipas takde bilah, adakah masih dipanggil kipas atau diubah nama kepada lipas?

soalan macam tak logik. tapi itulah persoalannnya. aku ramal, budak STPM kalau dapat soalan ni, tentu takkan dapat 4 flat punya. nak dapat pointer CGPA 2.3 ke atas pun blom tentu lepas lagi.

tapi itulah dia. pagi2 lagi dah malapetaka alam gumpita macam ni. aku baru je nak susun bilik elok2. letak kipas atas meja. baru on. dia pusing, punya pusing, punya pusing, ntah macam mana, dia buat terjun tiruk dari atas meja.

bilah dalam dia dah patah daa.....

nak aku karate, macam takde makna. nak aku gigit, kang gigi aku lak patah. so, aku amik Chokia "tett tett tett tett....tett tett tett"

"babe, pinjam kipas, kipas i patah la"

jap lagi aku nak pergi cari bilah kipas. rasa2nya kat tesco ada tak?

Thursday, June 18, 2009

pernah tak anda hilang barang pastu anda buat bodoh, pastu tetiba barang tu muncul balik?

*ini adalah gambar hiasan, sila jangan ambil berat. aku sendiri yang snap tu. tere tak?

aku ni jenis yang kerap benar la hilang barang. bukan hilang la actually, misplace, is the more appropriate term. banyak la benda yang aku selalu misplace. tapi ada juga benda yang terus hilang entah kemana.

mama aku selalu cakap, kalau it was meant to be, it will be back in your hands. kalau benda tu memang ditakdir menjadi milik kita, ia takkan kemana. serious, ayat ni boleh apply, bukan saja pada benda material, tetapi pada apa jua aspek dalam hidup (haaa... amik ko! sekali ayat skema aku guna).

dalam tak sampai 2 hari ni, aku dah "ter"hilang sesuatu ni sampai dua kali. kali pertama tu, aku mmg sedar la benda tu dah hilang masa masa tu juga. but kali kedua, aku baru sedar bila aku tengok benda tu dah takde kat tempat dia. macam nak selongkar satu beg, satu kereta, satu hospital, rasanya hanya untuk cari benda tu.

tapi berbekalkan nasihat mak aku, hati yang sabar, dan skill backtrackking aku yang amat tere ni (yes, aku tere bab ni), aku jumpa dah balik benda tu. aku jumpa dalam pocket labcoat aku yang aku pakai lepas aku keluar dari operation theater tadi.

alhamdulillah.....

kalau aku tak jumpa, mau aku pergi cari ahli nujum ni. ada juga terfikir ke arah tu la tadi masa dalam proses mencari.

Wednesday, June 17, 2009

ini bukan entry belas kasihan, tetapi ini entry ikhlas dari hati.

aku ada seorang bapa yang aku panggil "papa". adoiyayy, statement aku serious macam bingai. mana ada orang yang ada dua, tiga bapa. takpe, abaikan. di sini aku nak berkisah tentang papa aku dan seorang hamba Allah, sempena hari bapa sedunia hari ahad ni.

Pa,
how are you doing over there? i hope you are fine with the rest of the team: aunty, leya and baby A. gila lama i tak dengar khabar pasal you. please don't say that i don't try, you know i do. i call you dah nak sampai pendek jari ni, but you tak nak answer. nasib la i sms aunty hari tu dia ada balas, and as according to her, you all are well. alhamdulillah.

ermm, i don't even know where to begin. it's been awhile since we last met.but i always sms you, especially on occasions just to let you know that you are not forgotten although you somehow tend to forget that we are still your children. anyway, tak berapa nak kisah pun. i mean, i think it has been like 14 years kott that i totally am away from a father figure. not to say that we don't interact or meet, but it is just that you are there physically, as a person, as someone in the family, but i don't see you as a father.

i see my friends with their fathers, sangat rapat, sangat manja, sangat best. i always wonder how it felt like. too many things were occuring in our lives. maybe because of that, you forgot to become the father. but you were there, did some of your duties for us, no doubt.

you know pa, i cry sometimes. but i never cried for you. not that you don't mean anything to me, of course you do. but as i grew up, i never learned how to respect you, instead, i feared you. i don't remember the last time i said "i love you". honestly i don't. i don't even remember the last time i hugged you.

what i do remember is the last time i fought with you. the last time you hurt me. the last time you made my mother cry. the last time you walked away with vendetta in your mind.

bt you are not all that bad. if it weren't for you, i would not learn how to be tough. i would not learn how to be independent and take some responsibilities. you have your good points. like you are meticulous in cleaning the house. you are always on time. you don't tolerate nonsense. you always bring me to our local haunt for maggie goreng. i remember the good times too. do you?

anyway, father's day is this sunday. i never fail to wish you every year. but this year, ntah la.... should i?

instead, i've been thinking. this person, who is related to me, not by blood, is taking over your place that you have left empty for more than 14 years now. he may not come from the same background, same race, but he has the heart of gold.

although i don't call him "dad" or "papa" or anything of that sort, and i call him by name, he doesn't mind. at least, instead of fearing him, i am learning to respect him, as a person, and more over, as a father-figure.

ok, maybe he doesn't do that father-daughter things. but what he does is way more than that. he makes my mother happy, that is the most important part. he supports all of us, like we were his own flesh and blood. he worries about us as much as my mother does, and let me tell you, when mama worries, she WORRIES.

so i guess it is just appropriate for me to turn the cards now. show him that we all appreciate his presence and we are happy to have him in the family. he never had a father's day greeting, i guess.well, there is always the first time for everything, right?

so here goes....

SAA, this goes out to you: HAPPY FATHER'S DAY.

seriously, i don't know how to do this but it is sincerely from my heart :)

kotak hitam

sure korang tau apa tu kotak hitam kan? alah, menatang yang ada kat dalam aeroplane tu la. untuk store memory pasal plane tu punya status, speed, ntah apa menda lagi ntah. aku bukannya doctor aeroplane, aku doctor manusia.

anyway, kotak hitam ni will store memories from the beginning of the maiden voyage of the aeroplane. sampai la dia berhenti berkhidmat atau dia crash (nauzubillah). tere juga la capacity kotak hitam ni.

bila dah masuk clinical years ni, punya la banyak posting that we have to go through. macam2 jenis patient yang kita jumpa. certain patient yang stood out from memory, senang la nak ingat. but sometimes, tu pun kita boleh lupa.

and patients ni bukannyer pergi satu clinic je. they clinic-hop. dari psychiatry leh ke orthopedic, dari O&G boleh ke Ophthalmology, dan sebagainya. and when they come around, they kenal us. but, we tak berapa nak kenal them because we have met one too many patients.

kadang, aku rasa bersalah sangat bila aku pass a patient but i can't tell who they are and they tegur aku: "iee doctor, takkan tak ingat saya". mmg serious tak ingat. tapi kena buat2 ingat la. siap hulur tangan, tanya khabar and all that. aku hanya mampu senyum meleret and tanya apa masalah derang currently.

kalau la otak aku ada kotak hitam, at least aku takkan kecewakan patients aku. because dalam line ni, to get cured, it is all a hollistic approach. physically, mentally, spiritually, psychologically, and emotionally. bila doctor get down and more to a personal level, the patients will cure better and faster. rasa macam tak logik, tapi itulah hakikatnya.

at least aku minta otak aku jadi kotak hitam, bukan otak kuning.

Tuesday, June 16, 2009

kenapa aku sayang dia neh

....because he brought "seksa" back....

huhuhuh


dia ni kan, mmg tahu yang aku akan letak gambar dia dalam blog neh. infact, dia macam nak la pulak sebab dia yang gigibiru gambar dia ni kat aku.

apa motif dia, serious aku tak tahu.

tapi inilah raj. dia suka berposisi pelik2 dan self potrait dia mmg ngalahkan paris hilton punya collection. aku sayang dia neh sebab dia neh lawak, and aku tak pernah tgk dia marah. happy go untung aja....

kadang, apa yang dia buat, bleh naik marah juga. tapi... takkan terlepas marah aku kat dia.

serious boleh kena pukau ngan dia neh.

dulu dan sekarang

dulu masa aku dengar orang cakap: "makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena", aku rasa geli geleman satu badan. ntah apa apa ntah. poyo. bercinta bagai nak rak la konon. rak buku pun tak sampai tahap tu la.

tapi sekarang lain la pulak.

terkena kat batang hidung sendiri.

baru aku faham apa rasanya makan tak kenyang (kes aku lain, macam takde selera pun iya juga. tapi bila lapar.... bantai!), mandi tak basah (ok kalau nak ikut literally tak la kan. tapi kalau nak ikut perasaan, rasa mcam tak lengkap je kerja aku buat tu), tidur tak lena (iya, mmg serious walau aku penat macam mana, aku tidur tak lena. bukan kerana insomnia, itu adalah issue lain, tapi kerana.....).

seksa arr macam ni....haissshhh....

pernah dengar apa tu Caisson's disease tak? ala, something to do with scuba divers yang dive dalam laut pada kedalaman yang agak dalam (hai, berapa banyak "dalam" daaa), then dia resurface secara mendadak. apa yang dia akan alami adalah what we call Caisson's disease. jadi untuk mengelakkan ini dari berlaku, dia kena sesuaikan pressure dalam badan dia sama pressure luar badan dia secara berperingkat dan slowly untuk kembali ke tahap normal dan seimbang. dalam erti kata lain, dia undergo decompression, slowly la.

ni yang aku tengah lakukan... cuba nak decompress diri sendiri. ntah berapa lama la masa untuk aku nak sesuaikan diri.

sampai jumpa nanti....

Monday, June 15, 2009

hidung tak mancung, pipi, takyah cakap arr.....

mari belajar cara menggunakan apparatus di ENT clinic.

di sini kita lihat 2 kegunaan headlight yang canggih tu ye.


first, guna untuk check hidung. sila lihat tukang cek pun tekan hidung aku, yang specialist pun tekan hidung aku. dah la hidung aku ni tak mancung. di buatnya lagi gaya tu. adoiyayy....


tapi nasib baik hidung bersih. kalau hidung mengalahkan lombong bijih timah suatu ketika dulu, tak ke malu. pastu, hidung aku terkaku kejap dalam posisi piggy tonyok. tapi jangan risau, aku piggy tonyok stok HALAL punya arr....


kegunaan kedua: untuk check bahagian dalam dan belakang mulut. dah terjelir lidah aku macam tu, semua2 pula que nak take a look. adoiyayy, kejung mulut aku kejap. nak kata kancing gigi, haaa... ni adalah exact opposite: kangkang mulut.

apa2 pun, at least aku dapat check-up free :)

Sunday, June 14, 2009

the next step

before i went to sleep last nite, i left a small crack at the window for ventilation. i remembered this.

and at 5 in the morning, i was awake. i heard some noises outside my window but i didn't even dare to look. i was afraid that i might see a person outside my window. i cannot take the shock that early in the morning.

so, i decided to back to sleep...sometime around 6am.

and when i woke up again, i realised something: the crack actually has gotten bigger. this means that someone has slide my window open from outside, while i was asleep.

now, he dares to do this. a step further from just peeping in.

what i am afraid of, is he a person, or is he "orang minyak"?

aku belajar sesuatu....

wahai rakyat jelata sekalian....eh.... sowiee.... sowiee.... terpengaruh lak ngan cerita nujum pak belalang yang aku tgk hari tu hehehe.... maaf ye. ok ok, ehem, wahai rakan2 yang membaca, maaf la ye. kalau dihitungkan tambah tolak kali bahagi, dah 3 hari aku tak tulis apa2 dalam blog aku ni. jangan korang ingat aku ada thought block la pulak... oh, tidak. tapi macam2 yang berlaku masa 3 hari ni dan macam2 yang aku learn from.

aku belajar sesuatu: lain kali secure tiket awal2. be aware of public or school holidays. kalau tak, terima arr naik bus yang bukan2.

aku belajar sesuatu: jangan pakai baju kurung masa terik matahari menyinar. kalau korang macam aku yang kuat berpeluh, nasib arr. habis lencun kurung aku. buat malu je. nasib baik takde BO :P

aku belajar sesuatu: time management kena elok sikit. ni kucar kacir macam apa. apa yang aku nak buat, tak dapat buat. tapi apa yang aku tak nak buat, terjadi la pulak :)

aku belajar sesuatu: kebanyakan kawan2 aku mmg berfikiran "aku nak kahwin". bagus arr mungkin seru masing2 dah sampai kan. aku disoal, takkan aku tak nak kahwin kan? ermm... blom lagi nak ke arah itu pemikiran aku.

aku belajar sesuatu: hidup ini kena banyak bersabar dan berfikiran positif. mungkin apa yang kita nak, kita takkan dapat dan dan tu juga. tapi kalau kita bersabar, menggunakan 'law of attraction', believe that all good things come in the end, insya'Allah..... lagi sekali, thanks mammy....

aku belajar sesuatu: sila jangan minum red bull banyak2, walaupun yang less sugar tu. serious, tenaga tak ingat punya.

aku belajar sesuatu: laksa kat R&R tak sedap sangat. mahal je lebih. pastu macam lori garam tumpah ke apa. baik makan angin. lagi kenyang dan puas hati kott.

aku belajar sesuatu: aku pandai masak spaghetti. saper nak try, meh arr... hehehehe

aku belajar sesuatu: aku rindu kat family aku and sangat cemburu ngan keadaan sebab aku takde cuti. aku pun nak gi jogging kat lake sama mereka. waaaaa!!!! huhuhuh

Thursday, June 11, 2009

he is back

semalam mmg aku tido dari pukl 0400hrs sampai 0500hrs je. lain tu, aku tak tidur sebab aku ada kerja nak selesaikan and nak kena send dan dan tu juga.

bila aku terjaga kul 0500hrs tu, aku buat routine pagi, gosok baju, buat breakfast, pergi bank, dan sebagainya. pada aku, everything seemed normal.

tapi bila aku nak kuar pagi tadi, aunty depan rumah dah tahan aku. apa hal nak tahan2 orang pepagi hari ni. aku pun mendengar penjelasannya:

"moi, you ada keluar ka dalam pukul 6 pagi tadi?"

"takde aunty, kenapa?"

"oh takde arr? my husband arr ada nampak orang berdiri depan lu punya tingkap loo.. dia macam intai2 macam tu. then arr, my husband panggil i la suruh pergi tengok, mungkin dia nampak silap maa. i pun tgk la. by the time i tgk arr. orang itu sudah keluar dari you punya kawasan rumah then berdiri dekat dengan rumah i maa. you ada buat laundry kan semalam? you check sama ada all your laundry ada sana tak"

"owhh...."

aku check aku punya lingeries: all are still there.

"thank you arr aunty"

aunty tu siap pagi2 tebang pokok buah depan rumah dia supaya next time she can get a better view if she nampak orang kat rumah aku.

yes, the sex psycho is back. and mangsa kali ini ialah aku. dia dah mula pandai masuk dalam kawasan gate rumah and mengintai tingkap bilik aku. and aku punya tempat tidur is bebetul sebelah tingkap. bagus kan?

pagi tadi masa aku jalan ke rumah kawan aku sebab kami carpool to hospital, aku rasa macam sex psycho tu ada aja di situ tgh perhatikan pergerakan aku. aku mmg takut, takut sangat. sambil duduk kat tembok longkang besar tu, menunggu tuan kereta kuar rumah, mata aku melilau mencari2, mana tau ada kelibat sex psycho tu.

serious aku takut.

Monday, June 8, 2009

kutil jerawat

pernah tak korang dengar leteran dari mak korang ke, nenek korang ke, pasal habit kutil jerawat neh? aku biasa sangat dengar dah sampai bingit telinga ni. ye la, aku mengaku, masa dulu, aku mmg bermasalah kulit. sikit2 naik jerawat. nak pergi merewang ngan kawan2 pun naik malu. seperti mahu pakai paperbag sarung kat kepala.

tapi kini tidak lagi... kulit aku dah better.

yang sedey tu... berparut arr... sebab aku suka naa kutil jerawat. adoiyayy.

anyway, kadang2 kan, KADANG-KADANG la....hheheheh nasihat mak ni kita patut dengar. mesti ada sebab punya kenapa dia cakap sesuatu tu. aku ni biasa la. degil macam lahanat. nak dengar kata, mmg tak serasi ngan aku. aku lebih kepada dengar kata hati, iaitu memberontak selagi boleh. haiii, apa punya anak la aku ni....

jadi di sini, aku nak buat kelas tambahan sikit arr. aku nak cakap kat korang, kalau mak kata jgn kutil jerawat kat hidung tu, atau kat atas bibir tu.... jgn le. lain la kalau korang mau mati cepat, atau mau plan nak hidup terseksa, haa, sila la kutil. kalau tak, jgn la ye.

tengok gambar model yang aku songlap dari WikiPedia tu. nampak segitiga kaki sama tu? kalau tak nampak 40 hari lagi akan mati la tandanya tu. ok, kawasan tu dipanggil dalam bahasa omputihnya "dangerous area of the face", atau nama melayunya "kawasan merbahaya di muka". bukan sebab kalau tenung kawasan tu, kita dalam bahaya. oh, tidak sama sekali. tapi sebab aliran darah di kawasan itu.

ok, korang tau tak apa tu jerawat? kalau tak tahu, aku pendekkan kata, jerawat tu benda kotor la kan. pastu yang tangan dok suka kutil jerawat tu pun bukan nyer bersih, walau la kita dah cuci beberapa kali. bila kita kutil jerawat, kuman akan berkumpul kat situ and the next thing you know, kalau kita tak cuci muka kerap, tumbuh balik jerawat tu. macam buang karan je mengutil kan?

kat kawasan bahaya tu, aliran darah akan terus mengalir ke otak. bila kita kutil jerawat yang berada di kawasan tu dan nasib tak baik pulak, jerawat tu naik radang (infected), kuman yang menyebabkan infection tu akan masuk ke dalam saluran darah. kemudian kuman2 ni akan mengalir masuk ke dalam otak. bila benda ni berlaku, kuman akan bermastautin kat dalam otak dan mula beranak pinak dalam otak. ini akan menjadikan infection dalam otak. ye, infection dalam otak adalah amat bahaya dan amat cepat membawa kepada maut.

so, bila ada jerawat kat kawasan tu, sila buat bodo je la ye. kalau kena gelak, sila gunakan ilmu di atas dan ajar kawan2 anda yang jahil tu tentang perkara ini. secara automatik kawan2 anda akan rasa anda super pandai dan tidak akan gelak kan anda lagi, walaupun anda mempunyai jerawat sebesar batu belah batu bertangkup di muka anda.

ok, tutorial hari ini tamat.

Sunday, June 7, 2009

hitam itu emas

sebagai cucu perempuan pertama belah ayah aku, aku mmg teramat manja sama Atok aku. tapi sayang, Atok aku sama Nek Picai aku dah selamat kembali ke Rahmatullah. Atok aku meninggal waktu aku umur 3 tahun dan Nek Picai aku meninggal waktu aku kat Russia. itu mmg news yang amat mengejutkan la. marilah kita sama sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah Ibrahim Ismail dan Salbiah.... Al-Fatihah.....

***

seperti aku cakap tadi la, aku memang manja sama Atok aku. dia la yang bela aku masa aku kecik2 sementara mak ayah aku pergi kerja. Atok aku masa tu dah tak kerja sebab tiap kali pun, dia ada kat rumah. pagi2 mak ayah aku akan hantar aku dan abang aku pergi rumah Atok kat Kelana Jaya. sementara abang aku sibuk menimba ilmu kat Tadika Kemas yang terletak kat padang taman perumahan tu, aku tinggal di rumah bersama Atok. Nek Picai pun takde sebab dia pergi kerja. Nek Picai aku kerja tukang masak kat Hospital Pergigian yang kat Bangsar tu. mana tak jadi kanak2 obese aku ni. dah la dia masak sedap dan rumah tu memang tak lekang dengan makanan dan rezeki. alhamdulillah.....

Atok aku, dia rugged punya style. dok rumah pakai t-shirt pagoda putih sama kain pelikat. dia kurang percaya kepada pemakaian benda2 dalaman. katanya nak kasi "angin" baekk punya. ini makin dikonpemkan bila aku tengok jemuran yang dia bawa keluar, memang takde langsung kelibat seluar kecik kaum adam. Atok aku memang sempoi la. dia tak suka sangat tengok TV, dia lebih kepada melayan karenah aku.

petang2 sebelum Nek Picai aku pulang, kami melepak kat port kami. Atok aku masak air, buat teh-o kaww punya. serious, teh dia yang paling sedap ok, mamak kat simpang depan pun takleh nak lawan. sambil duduk kat kerusi malas yang jenis otai2 cina je guna tu, kami layan minum teh-o. Aku minum guna botol, Atok aku minum dari cawan. apa tebiat dia nak minum pakai botol?

Atok aku sama Nek Picai, dua2 hisap rokok. memang rockers habis la. aku ingat lagi rokok apa derang hisap. zaman la ni dah takde dah jenis rokok tu. pernah dengar Perilly's? (mungkin aku salah eja) ok la, maybe korang tak ingat. pernah dengar tag line "hitam itu emas"? haaa... tu la dia. apa barang nak hisap rokok daun? derang tak main tu semua. rokok tu derang share sekotak. bila dah habis, pergi kedai Andak beli lagi.

walaupun aku terdedah pada aktivity merokok ni sejak kecil, alhamdulillah, aku tak mengikut. tapi aku ni manusia yang jenis amat curious. semua benda aku nak tahu. walaupun la aku baru nak umur 3 tahun, macam2 benda aku boleh ingat dan aku ingin mencari punca setiap benda itu. nak dijadikan cerita, suatu tengah hari, Atok aku tengah tidur siang. aduhhh sangat comel rupa dia. macam teddybear. aku tak tahu nak buat apa, sebab sebelum tu aku buat2 tido supaya Atok tido sama. kalau tak, dia akan berjaga. nanti macam mana aku nak jalankan aktivity2 belakang tabir. cilik tak aku? cilik kan?

krooohhhhh.....krohhhhh....krrrooohhhh.....

ok, confirm Atok aku dah jauh dalam alam mimpi di siang hari. aku pun amik bedak. aku main bedak. tell me la, budak mana tak main bedak? memang tak maju la kalau budak tak main bedak. aku bedak kan satu muka dia. dah rupa opera cina pun iye juga. dia sedap je lena. aku dah mula bosan. aku simpan balik bedak, aku nampak kotak hitam ada lining emas. ahhhhh... tu yang aku nak tu....

aku capai kotak rokok tu, aku amik port baik depan pintu rumah. setau aku, masa tu dah nak petang dah tu. aku buka kotak tu perlahan2, aku tarik satu batang rokok keluar. aku belek, aku tengok, aku kaji. apa la sedapnya rokok ni yang sampai leh habis sekotak dua dalam satu hari? ada gula-gula ke kat tengah-tengah rokok ni yang buat dia addictive sangat? ke dia rasa macam rendang ayam yang Nek Picai aku masak masa raya puasa? aku pun mula la kajian aku. mula2 aku koyakkan kertas batang rokok tu. bersepai tembakau jatuh atas lantai. aku tarik lagi satu batang rokok. aku patahkan pulak. tarik lagi.... hancurkan.... tarik lagi.... dari 16 batang, tinggal 1 batang je rokok dalam tu. tak sempat aku nak habiskan kajian aku, dah nampak kelibat Nek Picai turun teksi, baru balik kerja.

aku dah tak tahu nak buat apa. muka Nek Picai dah macam cuka. lagi2 dia nampak aku nyer kerja. belum dia jejak masuk, dia dah bersuara. aku mula cuak. Atok aku pun dah terjaga mendengar leteran Nek Picai. Nek Picai terus ke dapur nak amik rotan. Atok aku dah bingkas bangun. Nek Picai kejar aku. aku berlari2 anak. tapi menyebabkan aku terlalu "comel" stamina pun takde, aku takleh nak lari laju, lari jauh lagi la tak boleh. aku panik, tak tahu nak pergi mana. aku tau kalau dapat ni, memang rotan la yang jadi lauk aku petang tu. nasib la aku ni pantas berfikir. aku lari ke arah Atok aku, dan Nek Picai dah takleh buat apa dah.

--------------------------------------------------------------------------------------
soalan yang sentiasa menghantui aku pabila kami sekeluarga bersama cousins and aunty aku mengimbas kembali masa silam:

"lynn, you nampak apa masa you menyorok dalam kain Atok tu?"

yang aku boleh confirmkan, memang system "peng-anginan" yang diamalkan oleh Atok aku, amat cemerlang dan efektif.

I miss you sooooo much Atok.

you are in my prayers and my heart and my mind, every single day, even till today.

Saturday, June 6, 2009

ular dalam wira aeroback Abah aku

masa tu aku kat dalam kereta. tengah hari rasanya. aku tak berapa nak perasan saper yang drive dan saper yang dok kat depan. yang aku ingat, aku dalam kereta tu bersama ahli keluarga aku. aku dok kat seat belakang. kereta wira aeroback warna brown serupa macam kereta Abah aku kat segamat. aku dok kat tengah. sebelah kiri aku ntah saper ntah, sebelah kanan aku, Yah, adik aku. masing2 tak pakai tali pinggang keledar. ni budget line clear la ni. kalau ada polis kat depan buat roadblock, baru la menggelupur nak tarik seatbelt. ye arr... mana mampu nak bayar rm300 sorang. duit raya yang terkumpul secara bersekutu pun tak cukup nak bayar. kalau zaman kanak2 riang dulu boleh la duit raya masyukk sampai rm500 ke atas untuk seorang. ni, kalau dpat rm50 pun dah kira untung.

ntah macam mana, ada lak seekor ular lidi (jenis ular halus la) berkeliaran dalam kereta tu. dah pasti semua pun geli ngan ular kecuali aku. aku mmg suka ular. siap nak bela lagi. tu cuba tengok list present yang aku nak untuk tahun ni (pada belah kiri column ye). ada aku minta nak ular kan? haa... macam tu la aku suka nak bela binatang ni.

so bila ular tu merayau kat carpet kereta tu, semua dah pakat menjerit. mau pekak telinga aku jadinya. aku pun amik initiatif untuk tangkap ular tu. apa jadah driver (seorang lelaki yang aku tak pasti siapa) dah menjerit macam mak nyah. habis bingit ke arah 180dB la.

warna ular tu unik (bukan macam kumpulan nasyid 'Unic' ye). cantik pun ye juga. satu badan dia warna silver, jenis yang berkilat punya. then kat kat ngan kepala dia ada calit merah dan kuning. sesekali aku terfikir: ular ni penyokong kuat pasukan bola selangor ke atau ular ni asal dari selangor ke? haishh... ntah la...

akhirnya, aku berjaya tangkap ular tu. aku usap2 kepala dia, konon nak jadi Snake Whisperer la. mula2 tgk dia macam tgh high aja. Yah yang dok sebelah aku dah mengukut macam kena senggugut. budget geli la tu. yang orang belah kiri aku pun dah mengesot mendekati pintu kereta. kalau boleh dia nak senggayut kat tingkap kereta tu sebab dia geli ngan ular. sedang aku asyik ngan ular tu, tetiba dia patuk aku la. adoiyayy... apa hal la pulak memberontak tetiba ni.

ular tu patuk kat tangan kanan aku. habis bengkak arr. dia sedap je lekat kat tangan aku. aku tarik pun tak dapat nak lepas dari patukan dia. tapi bila dah mula sakit, aku ketuk la kepala ular tu beberapa kali. last2 ular tu jadi arwah.

-------------------------------------------------------------------------------------
"Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi"

bunyi Chokia aku.

aku bermimpi rupanya.....

ok, pada siapa yang tere, sila tolong tafsir mimpi aku ni ye. bab2 mimpi pasal ular ni, macam ada tanda2 je.

aku mimpi ni pagi tadi.

Thursday, June 4, 2009

Hospital Pantai Utara


the last time i was in a private hospital, i remembered that i was put in a suite, with my own sitting area for my guests, my own flat screen, my own toilet, my own everything. my brother and sisters who are always there to keep me company even brought the PSII to play and some DVDs as well as the room has its own DVD player.

that is my impression of a private hospital.

but this, this is totally new. i mean, regardless that i was placed in a 4-beds room, the furniture were so damn old! i mean, even HSAH has better furnitures. look at the bed! i can't believe that Pantai is like this. even the chair for PAPs in HSAH are cushioned and big enough to be comfortable. but here, they only provide plastic chairs.

when i first came in, i saw the OPD clinics and i was impressed. you know why? because that area is newly renovated and everything was lovely, exactly how a private hospital should be. but when i got to the old wing (Pantai actually bought over this hospital from Strand) for admission, i was shocked. not many has changed from the old set up.

even the toilet can't be flushed properly. you'd have to crank the level like a gazillion times before it is fully working. and to think that they didn't even change the toilet tiles to new ones. i was like... what?!?!?! plus, i had to be good friends with the toilet as taking in the FLEET meds made me do so. please, don't let me even begin my trauma in the toilet....

thank God i uber love my doctor. he is such a darling. and thank God that most of the nurses and staffs are friendly. but apart from that, Pantai has to do something before no one goes there. i mean come on, if i were in HSAH, the procedure that i went through has to be done in the operation theater. but in HPU, it was done in a former VIP room that was meant to accomodate a patient. and the waiting area for PAPs. it was just a tiny measly room that has torn down couches and no ventilation.

and we are paying for what actually? the price is the same as the privates in KL, which is by the way, alot better!!

2 nightmares, and i wasn't sleeping

so, i have been admitted to the hospital for 2 days now. first day was because of 2 scheduled procedures and the second day was because of a repeat of the same procedure that had gone bad the first time done. not the doc's fault. blame it on my bowels. the procedures that i am talking about are OGDS and colonoscopy.

the OGDS however, went well. but the colonoscopy, that is what i am gonna share with you guys.

yeah, i was given sedatives for when the procedure took place. i was totally out during the OGDS. didn't even realized anything. but when it came to the colonoscope, i actually woke up in the middle of the procedure and God, the pain that i felt, was undescribable. see, the procedure only requires sedatives to be administered, not anaesthetic drugs. it is just to hasten the procedure and make it easy for the patient and the doctor.

but in my case, i actually woke up. have you heard stories of people who actually woke up in the middle of an operation but couldn't do anything because they were under general anaesthesia? well, thank God that i was still able to talk and move. as soon as i realized the pain that i was going through and actually felt the scope moving in my bowels, i told them to stop and i was almost fighting it. but they held me down and told me that it will be for a little bit more. as my bowels weren't clear for the first time, they had to internally flush my guts and that was excruciatingly painful. finally i got knocked out because i can't stand the pain. and the next thing i knew, i was already in the ward bay.

today was a repeat of the colonoscopy. i was hoping that nothing will happen as i diligently cleared my bowels as much as i could. dr. teddybear (ohhhh... i wish i could hug him) administered the sedatives and i went off. the procedure began without me realizing it. but again, in the middle of the procedure, i woke up again. the pain was not as bad as yesterday. but this time, they pushed in another dose of sedatives. but i was still awake. awake till i felt that they pulled out the scope from my @$$.

but thank God it went well on the investigation side. no more repeat of it i hope.

Wednesday, June 3, 2009

3 generasi



mammy - pott - rayyan

grandmother, father, son

sebijik, sebojok, sepampan kan?

ok, sekarang, sila ambil perhatian. walaupun aku baru je jadi aunty, aku akan ajar baby Ray panggil aku kakaklin ye, bukan aunty/makcik/cik....apa kelas.... sekian terima kasih.

tak cukup dari atas, kat bawah pun nak kena sula

apa pelik punya manusia la aku ni. mengikut kadar manusia normal, lepas makan FLEET, seseorang itu akan pergi ke tandas and purge everything out macam paip pecah. tapi, aku, aku lain sikit, macam biasa arr.... kan ke aku ni special :P

satu malam aku tunggu nak pecahkan paip. tapi what happened was, aku rasa sakit yang amat sangat. bukan sakit memulas nak pergi toilet, tapi sakit yang sangat colicky pada aku nyer ascending colon. rasa macam ada orang buat grip ala2 pegang bola rugby kat aku nyer usus besar tu. aku ni jenis yang leh tahan sakit nyer. my threshold of pain is really high. but the pain that i experienced yesterday, mmg melampaui kepala batas. duduk pun dah macam orang nak lahirkan anak. nak gelak pun payah, nak bernafas pun payah. so aku panggil nurse. haaa... amik kau.... satu shot kena kat @$$ belah kiri.

then aku lepak lagi....

10minit kemudian, the pain datang lagi. still same intensity, tapi makin lama pulak sakitnya. aku tak tahan. aku panggil nurse. dia call doctor on the phone and doctor kasi instruction. "give her pethidine shot". kali ni kat @$$ belah kanan lak. aku tahu strength drug ni. aku pernah tgk patients aku kena sedas dua. mmg pastu, mereka macam.... lalok.......high.... di awan biru.....(pinjam line FANTASIA BULAN MADU)...

5 minit pas kena pethidine, aku dah mula lalok dah. aku tgh cakap kat fon pun dah serupa macam budak baru belajar nak bertutur. apa jadah orang yang cakap ngan aku asyik2 tanya: "haaa? apa dia? what is it?". dari aku nak buang kredit, aku cakap, takpe arr... kasi aku tido. aku lelap.... baeeekkkkk punya.

pagi ni, masih takde khabar berita tentang paip pecah. takde pun aku pergi tandas. dah dua botol FLEET tu aku teguk, masih nothing. then dr. teddybear datang. dia tanya aku memacam. aku cakap la pasal sakit tu. dia tekan2 abdomen aku, still sakit. so, dia order blood test, IV set up, IV drip, and paling tak tahan, ENEMA. tak sampai 10minit, aku dah berkawan baik sama mangkuk tandas. serious....

aku cakap kat doctor, nasib baik la there are only 2 ways to get in. kalau tak, kat mana lagi nak kena probe untuk kasi clear aku nyer bowels neh....

adoiyayy.....

nota segitiga kaki sama: mammy, yah, kawan2, saper2 yang kisah, i am in pain, but i am still handling it. scope will be done in an hours time.

Monday, June 1, 2009

bontot bocor


budak neh kalau pasal kasi nama "manja" kat orang, dia memang expert. tadi we were bantering each other (like always) and ntah mana idea bernas dia, dia panggil aku "bontot bocor" sebab aku kena go through a procedure. adoiyayy.....

mulut takde insurance betul hehehehe.

kalau nak tengok bontot bocor yang tulen lagi asli....

sila lihat ini:


ni kalau pergi tandas ni, nak target lubang jamban pun tak lepas ni. banyak naa bocor dia.

what mum wants

they say they want nothing.
but in a perfect world,
they want everything.

which is it???

sheesshh!!

enjoy this video. "mum's mind made easy to decipher" by Anita Renfoe.

[so true :P]



Get up now
Get up now
Get up out of bed
Wash your face
Brush your teeth
Comb your sleepy head
Here's your clothes
And your shoes
Hear the words I said
Get up now
Get up and make your bed
Are you hot?
Are you cold?
Are you wearing that?
Where's your books and your lunch and your homework at?
Grab your coat and your gloves and your scarf and hat
Don't forget you got to feed the cat
Eat your breakfast
The experts tell us it's the most important meal of all
Take your vitamins so you will grow up one day to be big and tall
Please remember the orthodontist will be seeing you at three today?
Don't forget your piano lesson is this afternoon
So you must play
Don't shovel
Chew slowly
But hurry
The bus is here
Be careful
Come back here
Did you wash behind your ears?
Play outside
Don't play rough
Would you just play fair?
Be polite
Make a friend
Don't forget to share
Work it out
Wait your turn
Never take a dare
Get along
Don't make me come down there
Clean your room
Fold your clothes
Put your stuff away
Make your bed
Do it now
Do we have all day?
Were you born in a barn?
Would you like some hay
Can you even hear a word I say?
Answer the phone
Get Off the phone

Don't sit so close
Turn it down
No texting at the table
No more computer time tonight
Your iPod's my iPod if you don't listen up
Where you going and with whom and what time do you think you're coming home?
Saying thank you, please, excuse me
Makes you welcome everywhere you roam
You'll appreciate my wisdom
Someday when you're older and you're grown
Can't wait 'til you have a couple little children of your own

You'll thank me for the counsel I gave you so willingly
But right now
I thank you NOT to roll your eyes at me
Close your mouth when you chew
Would appreciate
Take a bite
Maybe two
Of the stuff you hate
Use your fork
Do not you burp
Or I'll set you straight
Eat the food I put upon your plate
Get an A, Get the door
Don't get smart with me
Get a Grip
Get in here I'll count to 3
Get a job
Get a life
Get a PhD
Get a dose of...
I don't care who started it
You're grounded until your 36
Get your story straight
And tell the truth for once for heaven's sake
And if all your friends jumped off a cliff
Would you jump too?
If I've said it once, I've said at least a thousand times before that
You're too old to act this way
It must be your father's DNA
Look at me when I am talking
Stand up straight when you walk
A place for everything
And everything must be in place
Stop crying or I'll give you something real to cry about
Oh!
Brush your teeth
Wash your face
Get your PJs on
Get in bed
Get a hug
Say a prayer with Mom
Don't forget
I love you
**KISS**
And tomorrow we will do this all again because a mom's work never ends
You don't need the reason why
Because
Because
Because
Because
I said so
I said so
I said so
I said so
I'm the Mom
The mom
The mom
The mom
The mom
Ta-da


nota tungku kaki tiga: I LOVE you mammy :)