Sunday, June 21, 2009

wanita yang melahirkan anda itu namanya Emak, bukan Embak. Embak tu neng yang kau employ untuk buat kerja rumah.

kelmarin aku keluar dari rumah aku. kat aku punya lane ni, kira students' lane la. bukan macam Whisteria Lane dalam cerita Desperate Housewives tu ye. kebanyakan yang menyewa rumah kat sini adalah students from uni aku. lane lain ada yang campur budak UiTM Merbok.

biasa la kan, rumah students. ada macam rupa rumah tinggal pun iye juga. kalau geng pencari aktivity paranormal nak buat coverage, boleh tersilap rumah la sebab ingat rumah yang derang nak serbu tu rumah kosong ke apa, sekali tengok, ada pulak bebudak yang tinggal kat rumah tu. tak kira la rumah girls ke, guys ke, aku tengok dia punya upkeep, mmg macam haram.

tapi tak all the students' houses are like that. ada yang boleh tahan kebersihannya (seperti contoh, rumah aku... ehem...ehem....). ada tu, kau boleh tgk lalang lagi tinggi dari bumbung rumah. sampah atas lantai depan laman pun takleh nak kutip. tin2 minuman keras pun kadang2 bersepah. tu rumah ke atau tempat pelupusan sampah?

masa aku jalan keluar tu, aku terpandang satu kelibat ni. nampak gaya tengah menyapu laman rumah. srett.....srett....srett.... bunyi gesek penyapu atas lantai laman tu. aku perhati lagi. nak kata student, tak la student, tua naa. nak kata tu rumah family, aku tau mmg student yang tinggal situ. baru aku sedar, itu adalah ibu kepada salah seorang student yang dok kat situ.

mmg menjadi kebiasaan la phenomena ni. sometimes, once a month, ada je Emak student akan datang ke rumah students ni and BERSIHKAN rumah mereka. macam haram. i mean, come on la. bukan aku nak kata aku jeles ke, mak aku tak datang sini untuk bersihkan rumah aku kan? as it is, rumah aku takde la sepah macam rumah seting garden atau rumah tinggal. masing2 dah besar panjang kan, kemas la rumah tu sendiri. siap ada tu, buat kan laundry anak dia lagi. dah la terang2 derang ni takde washing machine. jadi kau bayangkanlah mak tu handwash laundry yang dah terkumpul untuk sebulan.

ntah apa apa ntah.

gambar hiasan. Mama aku rock kan? (^_^)

apa2 pun, aku tak buat mak aku macam tu ok. kalau aku balik rumah family pun, aku lebih suka kemas rumah tu. tapi aku punya personal space, aku suka biarkan dalam keadaan "as is". iye la, my mess is what keeps me sane heheheh... kalau kemas sangat, kang orang ingat aku ni skema ke apa. tu yang selalu menjadi kata2 hangat pada telinga aku ketika mak aku berkata: "alia, please clean your mess!!"

ishh... biar le...

anyway, sempena hari bapa ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada Mama aku yang telah memegang tugas sebagai Emak, Ayah, dan kawan kepada anak2nya selama ini.

i love you ma.

No comments: