Tuesday, June 30, 2009

dua-dua buat aku PANAS. tetapi kenapa aku begitu tidak adil dan memilih hanya satu?

betul atau tidak bahawa in one way or another, durian dan cili akan membuatkan badan anda rasa hot semacam. macam nak lempang laju-laju je orang yang berada di sebelah anda tanpa dia membuat apa2 kesalahan pada anda mahupun kucing kesayangan anda? kan? kan?

namun begitu, aku mempunyai sikap yang agak pilih kasih bila antara dua2 tumbuhan makanan ni, aku tak suka salah satu darinya.

aku serious tak suka durian.

iye, mesti dalam hati korang: "apa punya anak malaysia la macam ni kalau tak suka durian!". "eleh matsalleh sangat la tu, tak suka durian konon!". "pegi dahhh!"

tapi sebelum anda semua berkata2 hikmat sebegitu, meh sini aku nak kasi penerangan awam, kenapa dan mengapa dan bagaimana kisahnya aku tak suka durian, tapi aku suka cili, macam rasa makan cili tu diibaratkan makan ice cream ben and jerry's pula.

kenapa aku tak suka durian:
-bukan aku semenjak azali tak suka durian, aku suka, malah sangat suka.
-tapi, ada tragedi yang telah menimpa aku yang membuatkan aku terus phobia kepada durian, lantas menjadikan aku tak suka langsung kat durian.
-masa aku balik dari Russia dulu, masa tu musim durian kat malaysia. macam biasa la, aku kan ke hantu durian. so, aku dibelanja sebiji durian yang berkualiti paling top la, hanya untuk aku seorang. bayangkan la, satu biji besar tu, untuk aku makan sorang!! patut la aku macam marshmallow man tayar michellin tu.
-aku makan punya makan punya makan, sampai *burrppppp..... alhamdulillah, habis satu biji durian dalam masa 13 minit.
-gendang gendut tali kecapi, durian dah masuk perut, aku super happy.
-kan ke durian tu buat badan panas. masa tu pulak malaysia tengah panas. dan aku pula baru balik dari tempat yang tak pernah nak panas. habis temperature aku naik malam tu. sampai aku terjaga dari tidur la. dan bila aku buka mata, aku tengok satu bilik benar2 berputar, tak tipu neh! kepala aku dah pusing macam blender kat dapur tu. aku dah mula rasa macam lauk2 malam tadi nak terkeluar balik dari mulut aku. aku bangun, masuk toilet, terus...... berpelukan bersama mangkuk tandas. muntah semua benda yang aku makan malam tu. kira, kurus sket la aku masa muntah tu.
-lepas pada tu, aku salahkan kejadian ngeri itu kepada durian.
-aku tak tahan bau dia.
-aku pening bila aku hidu dia.
-dah 5 tahun aku tak makan durian. apa rasa dia, aku dah lupa.





on the other hand, walaupun ia mempunyai ciri yang sama seperti durian, iaitu membuatkan aku "hot" seketika, aku tak boleh hidup tanpa cili. macam kurang uummpph la kalau makan takde cili ni.

tak ke korang setuju?

padahal, cili ni takde rasa apa pun. dia cuma pedas, dah la buat kita berpeluh, mulut terbakar, perut memulas. tapi, kita masih nak makan cili. kalau tak makan benda bercili satu hari, macam tak lengkap lak hari tu kan. kenapa ye? apa punya jampi serapah la cili ni dah buat pada kita?

kenapa aku suka cili:
-aku mmg dah diexpose untuk makan benda pedas sejak aku kecil lagi. ingat tak aku cerita pasal nasi lemak bibik kat tepi longkang monsun tu? sambal dia, pedas tahap kesatria tu.
-aku kalau setakat makan maggi ke, mee ke, apa je la, cili padi tu, aku gigit2 je macam makan cokelat.
-aku rasa cili ni dia macam ada effect sama dengan makan chocolate. it releases endorphins in our brain that stimulates the happy (award) center of the brain.
-kalau nak tahu cili tu cukup pedas ke tak, sila lihat hidung aku. kalau pedas dia dah level 5, mesti hidung aku berair. kalau tak, maknanya tak cukup power la cili tu.
-masa aku duduk oversea, cili kering adalah salah satu bahan catuan dan barang yang aku sorok, takut kena pow dengan budak lain. macam tu punya sayang aku kat cili.
-aku boleh gerenti, aku takkan benci cili.


jika diberi pilihan, benda "hot" mana yang anda akan ketepikan?

5 comments:

Heidi Shafiq said...

red.. dua2 benda ni aku suka..
aku mmg jenis org tolak batu n kayu..
yg lain sume aku bedal xde kesian nye..
hahaha..
dulu aku hantu cili mcm ko..
skg aku dh blaja xnk mkn cili dh..
takot ulcer la red..

mrblind said...

gua pula makan cili semata-mata nak kasi sedap bila hisap rokok..

redSeptember said...

@ heidi: tu la pasal. REd pun dah melarat ke arah tu actually.

@ mrblind: hang memang tak senonoh

djambu puadovich said...

ini ialah bukti hidup teori refleks bersyarat oleh Pavlov :)

yg akan ditolak ialah HAWTNESS a.k.a nadia. hahaha :P

nurkhairah said...

dude, i know you. aq pun x ske mkn durian. bila nenek aq bwk durian mse makan, aq siap duduk bersila makan nasi bwh meja lg. bkn smua anak melayu sayang durian.

cili tu pulak...well, aku x mkn raw la tp.