Wednesday, June 3, 2009

tak cukup dari atas, kat bawah pun nak kena sula

apa pelik punya manusia la aku ni. mengikut kadar manusia normal, lepas makan FLEET, seseorang itu akan pergi ke tandas and purge everything out macam paip pecah. tapi, aku, aku lain sikit, macam biasa arr.... kan ke aku ni special :P

satu malam aku tunggu nak pecahkan paip. tapi what happened was, aku rasa sakit yang amat sangat. bukan sakit memulas nak pergi toilet, tapi sakit yang sangat colicky pada aku nyer ascending colon. rasa macam ada orang buat grip ala2 pegang bola rugby kat aku nyer usus besar tu. aku ni jenis yang leh tahan sakit nyer. my threshold of pain is really high. but the pain that i experienced yesterday, mmg melampaui kepala batas. duduk pun dah macam orang nak lahirkan anak. nak gelak pun payah, nak bernafas pun payah. so aku panggil nurse. haaa... amik kau.... satu shot kena kat @$$ belah kiri.

then aku lepak lagi....

10minit kemudian, the pain datang lagi. still same intensity, tapi makin lama pulak sakitnya. aku tak tahan. aku panggil nurse. dia call doctor on the phone and doctor kasi instruction. "give her pethidine shot". kali ni kat @$$ belah kanan lak. aku tahu strength drug ni. aku pernah tgk patients aku kena sedas dua. mmg pastu, mereka macam.... lalok.......high.... di awan biru.....(pinjam line FANTASIA BULAN MADU)...

5 minit pas kena pethidine, aku dah mula lalok dah. aku tgh cakap kat fon pun dah serupa macam budak baru belajar nak bertutur. apa jadah orang yang cakap ngan aku asyik2 tanya: "haaa? apa dia? what is it?". dari aku nak buang kredit, aku cakap, takpe arr... kasi aku tido. aku lelap.... baeeekkkkk punya.

pagi ni, masih takde khabar berita tentang paip pecah. takde pun aku pergi tandas. dah dua botol FLEET tu aku teguk, masih nothing. then dr. teddybear datang. dia tanya aku memacam. aku cakap la pasal sakit tu. dia tekan2 abdomen aku, still sakit. so, dia order blood test, IV set up, IV drip, and paling tak tahan, ENEMA. tak sampai 10minit, aku dah berkawan baik sama mangkuk tandas. serious....

aku cakap kat doctor, nasib baik la there are only 2 ways to get in. kalau tak, kat mana lagi nak kena probe untuk kasi clear aku nyer bowels neh....

adoiyayy.....

nota segitiga kaki sama: mammy, yah, kawan2, saper2 yang kisah, i am in pain, but i am still handling it. scope will be done in an hours time.

3 comments:

@xiM said...

get well soon okeh!!

amerbourdon said...

get well soon jgk...

redSeptember said...

hopefully.... :(