Monday, June 8, 2009

kutil jerawat

pernah tak korang dengar leteran dari mak korang ke, nenek korang ke, pasal habit kutil jerawat neh? aku biasa sangat dengar dah sampai bingit telinga ni. ye la, aku mengaku, masa dulu, aku mmg bermasalah kulit. sikit2 naik jerawat. nak pergi merewang ngan kawan2 pun naik malu. seperti mahu pakai paperbag sarung kat kepala.

tapi kini tidak lagi... kulit aku dah better.

yang sedey tu... berparut arr... sebab aku suka naa kutil jerawat. adoiyayy.

anyway, kadang2 kan, KADANG-KADANG la....hheheheh nasihat mak ni kita patut dengar. mesti ada sebab punya kenapa dia cakap sesuatu tu. aku ni biasa la. degil macam lahanat. nak dengar kata, mmg tak serasi ngan aku. aku lebih kepada dengar kata hati, iaitu memberontak selagi boleh. haiii, apa punya anak la aku ni....

jadi di sini, aku nak buat kelas tambahan sikit arr. aku nak cakap kat korang, kalau mak kata jgn kutil jerawat kat hidung tu, atau kat atas bibir tu.... jgn le. lain la kalau korang mau mati cepat, atau mau plan nak hidup terseksa, haa, sila la kutil. kalau tak, jgn la ye.

tengok gambar model yang aku songlap dari WikiPedia tu. nampak segitiga kaki sama tu? kalau tak nampak 40 hari lagi akan mati la tandanya tu. ok, kawasan tu dipanggil dalam bahasa omputihnya "dangerous area of the face", atau nama melayunya "kawasan merbahaya di muka". bukan sebab kalau tenung kawasan tu, kita dalam bahaya. oh, tidak sama sekali. tapi sebab aliran darah di kawasan itu.

ok, korang tau tak apa tu jerawat? kalau tak tahu, aku pendekkan kata, jerawat tu benda kotor la kan. pastu yang tangan dok suka kutil jerawat tu pun bukan nyer bersih, walau la kita dah cuci beberapa kali. bila kita kutil jerawat, kuman akan berkumpul kat situ and the next thing you know, kalau kita tak cuci muka kerap, tumbuh balik jerawat tu. macam buang karan je mengutil kan?

kat kawasan bahaya tu, aliran darah akan terus mengalir ke otak. bila kita kutil jerawat yang berada di kawasan tu dan nasib tak baik pulak, jerawat tu naik radang (infected), kuman yang menyebabkan infection tu akan masuk ke dalam saluran darah. kemudian kuman2 ni akan mengalir masuk ke dalam otak. bila benda ni berlaku, kuman akan bermastautin kat dalam otak dan mula beranak pinak dalam otak. ini akan menjadikan infection dalam otak. ye, infection dalam otak adalah amat bahaya dan amat cepat membawa kepada maut.

so, bila ada jerawat kat kawasan tu, sila buat bodo je la ye. kalau kena gelak, sila gunakan ilmu di atas dan ajar kawan2 anda yang jahil tu tentang perkara ini. secara automatik kawan2 anda akan rasa anda super pandai dan tidak akan gelak kan anda lagi, walaupun anda mempunyai jerawat sebesar batu belah batu bertangkup di muka anda.

ok, tutorial hari ini tamat.

8 comments:

AZANI said...

payahnya nak bukak kotak komen ni...anyway, kalau setakat ada parut kecil ni, ada orangkata pakai krim gamat.

Lang Legar said...

er memang serius ka fakta nie?

redSeptember said...

@ azani: terima kasih kerana mencuba sedaya upaya :) krim gamat tu mujarab ke?

@ lang: iye lang, ini fakta medical. buat apa REd nak tipu sama lang....

CHEDEM said...

huhuhu a horror fact.

merahitujambu said...

th xpe..tu laa yg terjadi kat sy..huk2..ketagih laa..

YUSRIE MOHD YAMIN said...

dengar2.,,pencuci muka OXy bagus utk muka berminyak...

dengar2 la...bkn aku yg pkai

redSeptember said...

ntah arr yusrie, it depends on the person actually.

REd sekarang guna products from AIKEN. bagus juga la

Lang Legar said...

owh sibbek mmg xske usik2 jerawat nie..
tapi dengar2 lau pakai Oxy nanti muka ade parut jerawat la..
slalu pakai Clean n Clear nye pimple gel je kalo ade yang tetibe membesar bagaikan juara hehe..