Friday, June 26, 2009

kalau anda perasan, blog aku ni dah mula nak bersawang. tapi kalau anda tak perasan, maknanya tinggal 40 hari je la tu.

**mmmm.... sedapkan lauk harian aku?

iye, pada sesiapa yang tak perasan bahawa blog ni ada kelembapan udara sikit, sila cepat2 tulis surat wasiat ye. kalau nak shopping kain kapan, sila ke kedai kain Alamoda, Sungai Petani. mereka tengah ada sale gila2 ni. 85% off!! kat mana lagi ada offer macam ni? hang kasi tau kat ceq?

sebenarnya, aku senyap sikit ni mungkin ada 3 sebab:
1- aku tak sihat, atau
2- aku tak sihat, atau
3- aku kurang sihat.

aku rasa jawapan nombor 2 tu yang paling tepat la kott.

lagi satu, kalau korang membaca ntah berapa entry yang lepas, kan ke ada berita tentang kemasukan aku ke hospital sebab system pemakanan aku dah haywire? ok, episode tu masih belum selesai lagi. aku masih lagi on medications sebab sakit yang ada kat usus besar aku tu, masih on and off lagi. hari tu bila aku jumpa doc, kena buat ultrasound scan la pulak sebab dia nak make sure that the cause is purely dari usus aku, dan bukan dari luar. so, for that one, the diagnosis is: ileitis, mild erosion of gastric lining, and internal hemorrhoid.

tu dia!!!

tapi, takyah nak risau, aku masih ok. masih boleh berfungsi macam biasa walau kadang2 tu rasa macam nak tercabut usus aku sebab sakit dia tak tahan punya. lain pada tu, aku masih aku. masih gila2 remaja. masih vogue (ececececece....). masih gagah macam lady gaga.

pastu, ntah apa angin monsun timur tengah, 3 hari lepas, aku mula batuk2. aku ingat apa la kan, saje je tekak ni gatal nak batuk. so, aku buat bo je la. aku ni pun bukannyer jenis yang kuat demam. immune system aku jenis sama level ngan transformers punya. aku batuk aja, takde symptom lain. next day, makin teruk. tekak dah mula sakit. batuk makin kerap. petang tu, fever sampai 38c! gila apa?!?! boleh panaskan nasik tu kalau letak periuk atas kepala aku.

aku tunggu malam, nak tgk surut ke tak temperature. tak juga. kepala pun dah mula pening. aku dah la sorang2 kat umah, bebudak lain dengan pasangan masing2. aku amik kereta, aku pergi kecemasan. kawan2 aku dah risau kalau2 aku kena H1N1. lepas pung pang pung pang pong dengan doctor, dia kata aku ada bacterial infection. dia kasi ubat, suruh makan and wait for 4 days, kalau tak surut juga symptoms aku, aku kena datang balik.

esoknya, dengan demam macam tu, aku masih lagi pergi hospital, ada assessment, takkan nak miss kot. aku pergi jawap soalan sambil pakai surgical mask. aku bertanggungjawap, tak nak orang lain berjangkit. sambil2 tu, batuk tak henti. batuk punya batuk punya batuk, ada kahak la pulak. adoiyayy... setiap hari, tambah lagi satu symptom. temperature naik lagi sampai 38.1c!! tapi aku tak buka kipas pun. panas2 cuaca, aku duduk dalam bilik tak buka kipas, aku tak tahan. badan rasa sejuk.

and finally hari ni. berkat aku makan ubat mengikut jadual dan sukatan scala Richter, symptoms2 aku dah berkurangan sikit. temperature tak naik, tekak kurang sakit. batuk tu tetap ada, kahak tetap ada. takpe, nampak macam beransur ok.

kita tunggu esok (hari ke-4). harap2 korang boleh baca updates on my blog la ye. kalau takde, sedekah la Al-Fatihah (sangat Drama Queen ok!! alah, aku belajar dari Apei).

pada sesiapa yang nak beli ubat, aku bukan kedai farmasi ye, walaupun stok ubat yang aku kena makan adalah lagi banyak dari stok ubat kat Klinik Muthulingam di Bedong.

1 comment:

CHEDEM said...

wei doktor yg tak sehat sila rehatkan diri. Dah la susah nak trained doktor sekarang ni.Take care