Sunday, June 14, 2009

aku belajar sesuatu....

wahai rakyat jelata sekalian....eh.... sowiee.... sowiee.... terpengaruh lak ngan cerita nujum pak belalang yang aku tgk hari tu hehehe.... maaf ye. ok ok, ehem, wahai rakan2 yang membaca, maaf la ye. kalau dihitungkan tambah tolak kali bahagi, dah 3 hari aku tak tulis apa2 dalam blog aku ni. jangan korang ingat aku ada thought block la pulak... oh, tidak. tapi macam2 yang berlaku masa 3 hari ni dan macam2 yang aku learn from.

aku belajar sesuatu: lain kali secure tiket awal2. be aware of public or school holidays. kalau tak, terima arr naik bus yang bukan2.

aku belajar sesuatu: jangan pakai baju kurung masa terik matahari menyinar. kalau korang macam aku yang kuat berpeluh, nasib arr. habis lencun kurung aku. buat malu je. nasib baik takde BO :P

aku belajar sesuatu: time management kena elok sikit. ni kucar kacir macam apa. apa yang aku nak buat, tak dapat buat. tapi apa yang aku tak nak buat, terjadi la pulak :)

aku belajar sesuatu: kebanyakan kawan2 aku mmg berfikiran "aku nak kahwin". bagus arr mungkin seru masing2 dah sampai kan. aku disoal, takkan aku tak nak kahwin kan? ermm... blom lagi nak ke arah itu pemikiran aku.

aku belajar sesuatu: hidup ini kena banyak bersabar dan berfikiran positif. mungkin apa yang kita nak, kita takkan dapat dan dan tu juga. tapi kalau kita bersabar, menggunakan 'law of attraction', believe that all good things come in the end, insya'Allah..... lagi sekali, thanks mammy....

aku belajar sesuatu: sila jangan minum red bull banyak2, walaupun yang less sugar tu. serious, tenaga tak ingat punya.

aku belajar sesuatu: laksa kat R&R tak sedap sangat. mahal je lebih. pastu macam lori garam tumpah ke apa. baik makan angin. lagi kenyang dan puas hati kott.

aku belajar sesuatu: aku pandai masak spaghetti. saper nak try, meh arr... hehehehe

aku belajar sesuatu: aku rindu kat family aku and sangat cemburu ngan keadaan sebab aku takde cuti. aku pun nak gi jogging kat lake sama mereka. waaaaa!!!! huhuhuh

2 comments:

Tiara said...

yes..me pun dh belajar sesuatu..
jgn buat keja smbil lewa..nnti gagal!!
nasib baik leh repeat paper..harapkan peluang kali kedua

Tiara said...

yes..me pun dh belajar sesuatu..
jgn buat keja smbil lewa..nnti gagal!!
nasib baik leh repeat paper..harapkan peluang kali kedua