Tuesday, November 17, 2009

perkenalkan, boyfriend aku, Hussain

hari tu aku ada propa nama Hussain kat dalam mukabuku. wah... kecoh kejap la. semua nak tahu saperkah jejaka idaman aku yang bernama Hussain ini. meh, aku nak kenalkan.

Hussain ni pandai la sangat masak. aku memang setiap minggu berdating ngan Hussain. kalau tak pergi jumpa dia, tak lengkap minggu aku itu....huhhuh....

Hussain punya ABC is to die for mengikut kata kawan aku. aku tak suka ABC, so aku tak tahu la. but we all dah merata tempat, and dia cakap mmg ABC yang Hussain buat is da bomb!


ni masakan kegemaran aku, Hussain pun tahu. tandoori chicken. sangat lembut didalam, rangup di luar. and yang paling best, the tandoori chickens are made fresh petang tu juga, bukan stock brought forward dari hari lepas. ni aku sendiri yang tengok ok.


agak-agak la sket. apa ke hal la senget pulak gambar neh??? adoiyayy.... ok ok, tandoori set dia comes with nan. kau pilih la nan apa, cheese ada, plain ada, kashmir ada, dan macam2 ada. aku pilih plain aja. kuah dal dia best, aku memang boleh makan kuah tu macam minum soup, seyes!!


kuah ni kalau makan, kena hati2 sebab dia ada "the magical seeds" in it. boleh high 3 hari woo lepas makan ni. kuah ni dihidang sama capati. capati dia ok, tebal dan besar. tapi aku tak suka sangat kuah ni. it feels too heavy for me.


the golden strings: ni mmg da bomb! roti jala dia. aku tak pernah tengok arr hidang macam ni. tak berminyak langsung and sangat crispy! dihidang sama kari ayam. aku tak makan pun kari tu. aku rasa the roti jala je. sangat sedap ok.


ok, sekarang dah kenal saper Hussain kan? nak jumpa dia pulak ke? dia ada satu je. dekat ngan kawasan Billion kat Sungai Petani. datang arr. tapi jangan ngorat dia ok. aku yang punya :P. kim salam sayang sama Hussain kalau korang gi jumpa dia.


p/s: harga dia sangat berpatutan ok. mamak lain memang takleh nak tanding harga. and dia adalah kawasan larang merokok and they don't sell cigs. siap ada WiFi lagi. best!

5 comments:

@xiM said...

amboih..terliur aku tengok pepagi nih..ish ish ish..

apei said...

kedai mamak nama husain ke? cit!

Heidi Shafiq said...

fuh.. merangsang perut ni..

redSeptember said...

@ @xim: sedap tau. meh arr datang sp.

@ apei: habis tu takkan nama boyfriend aku hussain kot. hang dah kenen sama mr G tak? aku nak kenal ngan dia neh.

@ heidi: terangsang sudah?

Anonymous said...

Hussain Nasi Kandar?.....dengan bangganya aku boleh kata akulah first customer Hussain pada 2001


bossnya nama Farouk, dulu dia supply buku teks kat aku setiap tahun