Monday, January 26, 2009

hey nasi goreng!

tadi masa on the way balik from BCSA, yah cakap kat aku: "kaklin, nanti balik you masak kan i nasi goreng ek?"

see, yah ni is a chef-in-training. dia leh masak benda benda yang aku kalau nak nyebut nama pun aku tak reti. and masakan dia memang sedap la. jadi, bila yah soh akak dia ni masak kan dia nasi goreng, bukanlah bererti yang dia malas nak masak, tapi bererti yang nasi goreng kaklin masak memang masyuk!!

yes, i make a mean nasi goreng. ni "mean" bukan jahat, tapi "mean" maksudnya sedap sangat sehingga menjilat kaki meja la kata orang.

aku pun bertanya: "you nak nasi goreng apa? nasi goreng garlic? chinese? kampung? USA?"

yah: "ala, yang you selalu masak untuk amal tu"

REd: "ooo... garlic fried rice la. ok ok"

pastu aku terfikir: hoishh!! banyak gila ni jenis nasi goreng!! dalam banyak2 tu kan, yang aku tak tahan nama dia tu, tau dak apa? 'nasi goreng USA'. aku tanya yah, dia tau dak naper nama dia macam tu, apa yang buat ia dapat nama macam tu padahal, rasa dia sama je dengan nasi goreng kampung, cuma takde ikan bilis. nasi goreng USA mendapat nama biol itu disebabkan ia disaji dengan sebiji telur mata kerbau. adoiyayy, ko goreng nasi macam biasa aja, ko letak telur goreng sebiji atas tu, jadi terus nama dia 'nasi goreng USA'. sape yang bijak pandai kasi nama ni?

tapi, kalau kat hotel, korang tgk menu tu, dia tulis nasi goreng kampung. bila the food sampai, korang akan tengok that the nasi goreng is served with satay dua tangkai, keropok udang dua keping, and telur goreng sebiji. haaa... naper la pulak tak jadi nama dia nasi goreng USA? pelik la pulak. pastu harga dia takyah nak cakap la. padahal apa je bahan dia, sama ngan nasi goreng yang korang leh jumpa kat kedai mamak ke mana ke.

bercakap pasal kedai mamak, kalau korang mintak nasi goreng, segala apa leftover yang dia ada, dia akan letak dalam nasi goreng tu. kadang, tengah ngap nasi goreng tu, tetiba terwujud la pulak kentang. kalau makan cebisan ayam dia, terasa macam makan kari ayam la pulak. sayur dia, bukan setakat sawi aja, kadang bendi pun ada. tu nasi goreng ke tong sampah?

haa...apa pendapat korang pasal nasi goreng ni? meh debat ngan aku meh....

p/s:lepas aku masak nasi goreng untuk yah, dia cakap: "ni kalau amal ada ni mesti dia suka"... hehehe... mesti la, kakak lin dia yang masak maa... ;)

9 comments:

afizah said...

not only nasi goreng USA
nasi goreng singapore..
nasi goreng Hongkong and even..
nasi goreng SABANANJUNG (mix of sabah n semenanjung) pun wujud..ahem.. dun ask me the difference.. me dunno.. huahuahua..

redSeptember said...

omg!!! are you serious ada nama2 pelik/biol tu?

xde difference pun agaknya...

djambu puadovich said...

nasi goreng USA tu sepatutnye nasi goreng (U)dang (S)otong (A)yam...tp xtau sbb pe, ada yg taruk lauk daging merah dgn telur mata kerbau la, ape la. lagi satu, sbb nk bg USA/amerika pny pasal, letak kacang pis dgn mixed vege yg beku tu...apa hal???

haha

redSeptember said...

owh really?

tak pernah pula nampak yang vrsi tu

nadia said...

masakkan utk i babe!

redSeptember said...

i'll b glad to ;)

Adz Ariff said...

usually bila pegi kedai makan, i'd ask for nasi goreng daging merah. but yesterday i was super hungry so i asked for an extra telur mata kerbau to be added as well.

waiter: emm..jadi abg nak nasi goreng USA lah?

me: huh? nasi goreng USA?

waiter: klu ada daging merah + telur mata kerbau, tu nasi goreng USA lah.

me: erm..ok, nasi goreng USA lah camtu.

Blurred time tu. Tu rupanya nasi goreng USA. Haha. Tapi rasa sama je.

Agak2 kat USA ade ke nasi goreng ni, hehehe.

redSeptember said...

see! see! kan ke REd dah cakap. it is the blahdy telur goreng bullseye yang jadikan dia 'USA' sangat.

what the eff?

adz, you shud know better, you were born there. but masa i frequent sana, tak pernah la i nampak nasi goreng. burger, fries, and fizzy pops ada la..

djambu puadovich said...

org USA: "owh, i have this nasi goreng in USA, but over there we call it 'fried rice'..."

haha!