Friday, December 26, 2008

Air mata ini sudah lama kering untuk mu

BUZZ!

yahoo messenger aku bergegar. lagi lagi mamat ni. nak chat ngan aku. bukan aku kenal pun. hmm, apa yang dia nak? asal chat aja, tanya khabar. asal chat aja, tanya sihat ke tak. aku pun curious ni. layan la kejap.

matasepet (12/26/2008 9:22:06 AM): hi
september_alia (12/26/2008 9:24:20 AM): morning
matasepet (12/26/2008 9:24:33 AM): morning
matasepet (12/26/2008 9:24:44 AM): tido la ker cuti2 nie
september_alia (12/26/2008 9:24:54 AM): tido apa
september_alia (12/26/2008 9:24:58 AM): tgh study


lepas itu, chat tentang perkara2 rutin la. tanya khabar la, di mana la, tengah buat apa la. tetiba....



matasepet (12/26/2008 9:28:21 AM): lame x sembang ngan u
september_alia (12/26/2008 9:28:28 AM): tu la kan
september_alia (12/26/2008 9:28:29 AM): heheh
matasepet (12/26/2008 9:28:31 AM): makin cantik
september_alia (12/26/2008 9:28:36 AM): huh?
september_alia (12/26/2008 9:28:47 AM): bila pula awak tgk saya ni?
matasepet (12/26/2008 9:29:14 AM): avatar

"siapa pula ni?" hatiku berbisik. memang terkejut aku ketika dia berkata begitu. aku press on, aku bertanya, siapakah gerangan mamat ini. bukan main susah dia nak kasi tahu aku siapa dirinya. dia takut aku marah sama dia. dia takut aku tak nak chat sama dia.

aku sebenarnya tengah marah pun masa tu. iye la, kau dah buat aku curious macam tu, kau tak nak kasi tau aku siapa kau. mana la aku tak membara. tapi aku act cool. aku tetap nak tahu saper dia. dengan kuasa persuasion aku, dia start bagi clue. sikit demi sikit, aku ungkai siapa dia. last2 satu clue yang dia kasi, memang sah. cuma dia seorang sahaja yang panggil adik aku "nana".

benak aku pause sekejap. sudah berapa lama tak contact, mengapa kini?

iye, ada kisah diantara kami. pernah saling suka menyukai. masa tu, aku baru habis highschool. selalu lepak sesama. dia la ajar aku naik scooter. dia tau chocolate apa yang aku suka masa tu (cadbury blackforest). tapi sekarang aku tak makan chocolate dah, bukan sebab apa, aku takut kena diabetes. keluarga aku sangat prone. memang kiranya kami bahagia la masa tu. bahagia aja, tapi takde apa yang serious. mungkin kerana aku belum bersedia. atau mungkin kerana aku belum ada rasa sayang padanya.

setelah lama, rasa itu mula berubah. rasa itu menjadi ketara, aku mahu bersamanya. kami tetap in contact walau aku jauh mana. walau dia dah bertukar2 uni. tetapi, malam itu, taatkala aku call dia, dengan hajat ingin beritahu dia yang aku juga sayangkan dia, balasan yang aku terima memecahkan hati ini. air mata aku mengalir tanpa ku sangka. aku menangis menahan perit di jiwa. aku sudah kehilangan dia pada yang lain.

salah aku. aku tak mature masa tu.

berapa lama, aku diam. aku tak nak tunjuk pada dunia aku kecewa. aku biarkan masa makan kesedihan aku. bagai phoenix bangkit dari abu, aku became stronger. aku lupakan kisah silam. aku lupakan dia. biarlah, asal dia bahagia.

sekarang, dia contact aku balik. dia ingin tahu keadaan aku. dia masih dengan kekasihnya. alhamdulillah. aku? aku masih single, aku menjawap soalannya. dia mahu keep in touch. aku tak nampak apa yang salah. biar kawan beribu bak kata orang.

perasaan aku? tiada apa. aku tak mahu mengambil kebahagiaan orang. yang nyata, air mataku sudah lama kering untuk nya.

4 comments:

ap4dite said...

dear red..
good to hear that u are ok.
u must proud to be urself
good girl like u deserve a good man.i am sure that u will get ur 'Edward Cullen' someday..

djambu puadovich said...

pergh!
so touched...
so moved...

*meng'google' Edward Cullen*

ahaks!

redSeptember said...

2 athena: thanks babe. yes, i am proud. proud that i could let go of the feelings that i had for him. as they say: you snooze, you loose, eh?

2 djambu: moved kemana tu djambu? :P hmmm.... google Edward Cullen? kenapa ekk? *curious, curious....

djambu puadovich said...

moved to sumwer la...tp xtau ke mana...hehe :P

"Edward Anthony Masen Cullen was born the son of Elizabeth & Edward Masen on June 20, 1901. In 1918 at age seventeen, having lost his mortal family to a particularly deadly strain of Spanish Influenza, Edward found himself at death's door. Whilst recieveing treatment in Chicago, he came under the care of the enigmatic Dr. Carlisle Cullen..."

hasil drpd IMDB.com