pernah tak korang menghadapi masalah: "haishh... mana la aku nak buang/beri kucing aku ni??" mesti ada kan? lain la kalau korang mmg tak bela kucing kan. kadang2 tu, bukan korang bela pun, dia pulak yang rajin nyinggah kat umah, al-maklum la, dapat makan free kan. pastu, pandai jual muka murah lak. tu yang kesian tak sanggup nak halau kan.
tapi, bila yang datang jadi penghuni tetap tu membawa perut yang macam laby sayung, aku pun dah mula la pening. sure punya, akan beranak pinak. mana la aku nak jaga kan. sedangkan aku pun hidup makan betik, ni nak jaga anak2 kucing la pulak. mana boleh nak hidup.
kisahnya macam ni, nenek aku kat kampung nun, dia ni takde la bela kucing per se. tapi, kucing rajin naa bertepek kat umah dia. dia ni lak baik hati. asal kucing datang, kasi makan. asal kucing buat muka kesian, diberi tempat tidur. pastu, kucing tu bawa pulak sedara mara dia semua. haisshh.. nenek aku tu kan ke dah tua. mana la larat nak melayan. ngan atuk aku lagi, ngan ayam2 dia lagi, ngan kebun paya dia lagi. so, terpaksa la dia let-go some of the cats. tapi masalahnya, kalau korang mmg dah tahu la kan, macam mana jauh kita buang kucing pun, somehow dia pandai cari jalan balik.
maka, nenek aku tu devise la satu method macam mana nak buang kucing dan gerenti bahawa kucing tu takkan pulang ke rahmatullah atau pulang ke rumah.
ni kisah benar ok. aku tak buat2 ni!
nenek aku amik la kucing yang dia nak buang tu. mana la larat nenek aku nak tinggalkan kucing kat kedai makan. duduk kat kampung kan. dia hanya mampu nak buang kucing tu kat kawasan dekat2 situ je la. so, dia amik la kucing tu (yang from herewith aku panggil "polan"). dia amik plastik bag. dia dukung la si polan dan berjalan ke arah kawasan paya yang sejengkal dua tu. sebab kalau ikut titi, seberang paya yang kalau melompat tu pun boleh lepas, mmg ada kawasan kampung lain. ini menandakan nenek aku memikirkan kebajikan polan juga.
asal sampai kat paya tu, nenek memasukkan polan dalam plastik bag. kendian dengan sepantas edward cullen (character dari "twilight") berlari, nenek aku pusingkan plastik bag tu macam kipas angin kat ceiling. dah puas 30 saat, nenek aku lepaskan la si polan di tepian paya itu. polan pada mulanya berjalan ala2 orang mabuk todi. selepas beberapa minit, polan kembali normal. dan pada masa yang sama, nenek aku dah takde di sisinya. nenek aku memerhati dari jauh. mmg iye, polan sudah hilang orientasi, dia tak tahu mana jalan balik umah.
maka, dengan skill mata2 yang nenek aku belajar dari atuk aku yang dulu kerja ngan british army, nenek aku mengintai. kelihatan si polan meniti titian dan pergi ke kampung seberang. jadi tamatlah kisah si polan di umah nenek aku.
lepas ni sure PETA cari nenek aku. habis la....
1 comment:
hahaha best2
Post a Comment