Wednesday, December 24, 2008

adikku sangat unik

From Drop Box


adikku sungguh unik
mula2 dia tido atas katil
lepas tu dia beralih ke atas lantai
kendian dia naik katil balik

kadang2 dia berjalan ke ruang tamu sambil tido
dan dia akan tido di atas lantai di ruang tamu
pagi esok, bagai tiada apa berlaku
dia tido di atas katil

bila diberitahu
dia kata "ye ke?"

dulu masa aku berumah di kota damansara
aku pun macam ini
aku lagi teruk
mula2 tido atas katil
lepas itu turun tingkat bawah, tido di atas daybed
kemudian ke ruang tamu pertama, tido atas carpet
kemudian ke ruang tamu kedua, tido atas kerusi malas
kadang kadang masuk ke bilik solat, tido sana
kemudian bagai dijanji, menjelang subuh
naik semula, tido atas katil

tadi masa aku tangkap gambar adikku
tergelak aku tengok dia
dan sejenak aku berfikir
"dulu aku macam ni juga"

inherited disorder ke apa?

3 comments:

nadia said...

'scary'nyaaa

Peeps said...

hahahhaha..kejam tul apa yang u perlakukan pada adik u. kejut la dia. ni dak..p amek gambaq.

sib baik red tak bangun, p umah sebelah, masuk bilik anak laki dia, tidoq sebelah..hahahahahah..

payah ni..cheq kena kunci pintu aih lepaih ni...

redSeptember said...

tak guna nyer peeps. cek kalau kejut dia, dia mamai lagu mana pun cek tak tau la. letak bom katak bagai kat sebelah telinga pun belum tentu dia akan bangun. macam macam jawapan dia. tere ke tak tere, masa tido leh menjawap tu.

uishh.. umah kami dulu ada alarm. kalau cek buka pintu, mampuih menjerit alarm tu. dari cek elok2 tengah berjalan dalam tido, jadi mati terkejut dalam tido nanti.

emmmpphh... tak payah buang duit hang nak kunci bagai umah hang tu peeps. jauh naa. belum sempat sampai, dah bangun dah cek tengah jalan nanti :P