Sunday, December 14, 2008

hang pi mana tu?

lama gila kan tak pergi penang? korok mu!! bukan ke aku baru balik dari penang selasa lepas? ni pergi lagi. haish...



tapi kali ni pergi, lain sket. sebab apa lain? sebab aku ke island naik ferry. wah!!! dah ancient bangat tak naik ferry. sebab apa kami naik ferry, sebab kononnya nak elak jam kat bridge yang dah dua jam tak surut tu. sekali tgk, kat muka pintu nak naik ferry tu, sama je jamnyer. takpe arr. at least tak stuck kat atas jambatan. stuck atas ferry lagi best la kan.



asal sampai atas ferry tu, apa lagi, berbekalkan nasi ayam, eh silap, CHOKIA 93i aku, terus aja aku turun kereta, pergi jadi shutterbug. iye la kan, mesti le aku nak blog pasal experience aku ni. aku kan ke jakun.



kereta yang parking atas ferry ni, rapat bangat. aku rasa, antara kereta depan ngan kereta belakang, kalau kentut, ada juga tempias bau tu. abang yang usher kereta masuk tu, soh rapat lagi, rapat lagi. kang kalau dah GEDEGANG! mesti dia buat muka selamba poyo punya: "not my fault...la la la..."



haa... kereta ni. kereta ni tak biol, tapi driver dia, yes. bukan setakat biol, siol pun ada juga. kenapa? sebab, dia ni agaknya nak terkucil ke apa. gila tak sabar. cut cue kami macam ferry tu abah dia yang punya. last2 dia kat belakang kami juga. ntah apa2 ntah. agaknya mesti dah terkucil dalam kereta tu, tak kuar pun....



REd dengan muka gembira. sebab apa gembira? sebab dapat naik ferry, sebab esoknya tu ada event best, sebab..... macam macam lagi la... (maksud tersembunyi).


REd sangka dapat la dok lama atas ferry tu, sekali tgk 15minit aja lamanya. kira lagi cepat dari nak drive atas bridge tu. dah la save minyak naik ferry ni. i mean, kalau naik bridge, kena bayar tol, pastu nak kena tekan minyak lagi. lagipun, naik ferry ni berhenti kat heritage bay, dah kira heart of the town pastu dekat ngan feringghi and gurney. baik naik ferry kan? at least dapat amik angin laut. naik bridge dapat makan asap ada la.

pastu tunggu arr abang usher tu buka gate ferry. nanti dia akan usher secara systematic dengan menggunakan penakulan mantik (critical thinking), kereta2 yang ada kat atas ferry tu.



sampai2 aja, kami rush pergi batu ferringhi. hati dah libang libu. sebab apa? sebab pakcik dia dah call ada la dalam 231 kali. adoiyayy....
adakah REd nak naik ferry lain kali?
sudah pasti.

7 comments:

Fazrulls said...

Salam Red,

Amboi mai penang tak habaq noo.. hang mai buat pa? ada tugasan ka apa ka? atau jalan-jalan cari makan..?? heee..

Nak tau kat Butterworth tu lah rumah nenek saya..

kira dekat lah juga ngan Jeti tempat feri tu berlabuh hahahaha.. :)

Orait.. apa pun selamat berjalan2 di Penang...

redSeptember said...

saya pi penang sebab ada starwalk ahad tu. sambil tu, jalan jalan la kan. mana la cek tau hang ada kat penang. kalau cek tau lagu tu, cek dah contact hang awai2 dah.

mesti nak suruh hang bawa cek jalan2 punya. lagipun, cek dekat aja. cek la ni ada dok kat kedah aja. maklum la belajaq kat sini kan.

Fazrulls said...

oo macam tu.. masa ada starwalk run tu ka heee... orait.. rajin no...masuk acara tu.. so hang belajar kat mana? kat sintok ka?

Orait.. lain kali kalau mai bagi tau la yerrkk..orait..

redSeptember said...

dok aih... cek belajaq kat sungai petani. hang tau ka? hang penang kat mana?

kalau hang mai sini, habaq noo. bleh melepak sama.

tapi rasanya baik lepak kat penang kan? lagi hebat sana.

Fazrulls said...

Ooo.. belajaq kat UITM ka? kalau kat SP tu bukan ada kolej sangat ada pun kolej swasta ja banyak... tapi UITM kat merbok tu tau lah..

Saya dok permatang pauh..selalu gak pi SP kat Pakson tu hee pi mengurut badan kat pakcik buta tu.. bila rasa lenguh. maklumlah dah tua kan.. heee...

ni YM.. id saya - fazrulls

redSeptember said...

nope, bukan UiTM. tapi dekat dalam 10min la ngan UiTM tu.

hang urut pakcik ka, pakcik dok urut kat hang? hehehehe

bila mai, habaq la. tapi kira kawasan parkson tu jauh juga dari tempat REd ni.

Fazrulls said...

insyallah no halnya.. kolej apa kat situ? cosmopoint ka? atau kolej segi? tak pun hasani? heee..

Hang segan kot nak jumpa maklum lah pakcik ni dah tua.. hee..

orait RED apa pun goodluck..ngan study tu..