Thursday, December 25, 2008

surat rasmi

kalau at this moment orang sibuk tulis surat kepada santa kelaut kelaus, REd pun sibuk menulis surat cinta rasmi juga. tapi bukan kepada encik santa. tetapi kepada ahli nujum. maklumla, tahun 2008 dah nak berakhir. rasa gatal pulak hati ni nak tau apa predictions untuk next year. jadi ini adalah draft surat rasmi REd kepada ahli nujum:

ke-arah nujum marangkerapukepundenparangsekeper,
assalammualaikum (tak jawap dosa)....

pak nujum kabare? wesmangan? sehat walafiat hendaknya bersama keluarga tersayang. macam mana sambutan hari gatal natal? eh, silap kita tak sambut hari natal ekk... maaf ye, REd tersasul.

tujuan REd karang surat ini untuk pak nujum adalah kerana REd nak tahu akan predictions pak nujum untuk REd pada tahun 2009. iye, REd tahu bahawa tilik2 nasib ni tak elok, malah, kalau tak silap REd la, berdosa jika dipercayai. kerana Qada' dan Qadar itu ditangan Tuhan. tapi sekadar nak membunuh curiosity ini, kasi tau la kat REd apa cer untuk VIRGO pada tahun 2009?

berapa ye pak nujum charge untuk predictions ni? jangan la mahal naa. saya bukan nyer beruang (saya manusia), tapi sekadar rezeki yang mencukupi, alhamdulillah. ada la REd baca, yang carrier, rezeki, serta simpanan VIRGO pada tahun 2009 memang up la kata orang. tapi kan, semua bintang pun hampir sama aja. cuma yang tak sama, bulan mana yang kena lottery, bulan mana yang kena ikat perut. nampak naa mereka tulis horoscope sekadar nak memenuhkan ruang. rasa REd, formulanya simple:

kerja kalu = gaji masuk
usaha kalu = rezeki datang
melepak kalu = makan pasir la. takkan makan tony romas @ the pavilion kott

equation ini sangat senang difahami.

lagi, pasal topik hangat tu: C.I.N.T.A K.I.T.A sampai bila..... (eh, maaf, termenyanyi pula. lagu oldies yang sangat fofular tu). kononnya mengikut apa yang REd baca, dalam 9 bulan pertama tahun 2009, kalau REd bebetul suka pada seseorang, REd perlu pursue orang itu kerana jika tidak, REd akan menanggung kesedihan. prediction ni bukan personal ye, tapi generally untuk semua VIRGO. adoiyay pak nujum, macam mana la REd nak pursue, REd ni dah le penyegan dalam hal ni dan REd takde keyakinan diri la. REd rasakan, kalau tak diberi signal, walau macam mana REd suka pada orang itu, takkan jadi apa punya. dan for sure REd tak mungkin akan memulakan apa2 dulu. malu maa.. macam mana ni pak nujum, kamu ada jalan penyelesaian kah?

pak nujum, katanya dari segi kesihatan, takde masalah apa la untuk VIRGO ni. alhamdulillah. tapi mana la tau kan, kalau2 ada epidemic demam malaria tapioca ke (ni pak nujum sendiri yang sebut masa berlakon cerita 'seniman bujang lapok' tu kan?), demam kure-kure ke (demam apa ni? tak pernah aku dengar dalam medical journal), kalau dah ditakdirkan sakit, sakit la jua kan? tapi pak nujum berdoa la ye agar REd sihat aja. insya'Allah.

alamak ai pak nujum, kalau ikutkan liver, macam macam ada lagi yang REd nak tanya ni. ada la barang 3 mukasurat A4 lagi yang nak ditulis. tetapi, REd faham, pak nujum ni very the busy man. jadi, tak nak tamak dan bebankan pak nujum dengan surat REd sorang aja. mesti pak nujum ada banyak lagi surat hendak dibaca kan? (surat saman, surat pajak, batu bersurat)

apa pun, terima kasih bebanyak la pak nujum kerana ambil masa terluang untuk baca surat ni. harap pak nujum baca ini ketika happy tengah pekena kopi 'kaw' yang mak nujum buatkan tu ye. bukan ketika sedang 'meneran' dalam tandas nun (gurau aja. jangan marah aaa...). baiklah la pak nujum. kirim salam sayang pada anak teruna hensem belakang rumah kamu itu family. saya akan nantikan reply pak nujum berkenaan predictions untuk VIRGO tahun 2009 kelak.

jangan reply lambat2 ye. tahun 2009 ada enam hari aja lagi.

XOxO,
REd

3 comments:

Peeps said...

kehadapan red,

kabare? aku waras. aku sebuk menjawap banyak sorat, jadi maaplah aku lambat jaweb.

iya. menurut tilikan aku, 2009 untuk kamu beghini yah.

a) masih akan di sound oleh dekhter yang cemburu dengan fashion kamu yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaat up to date itu (ya, aku pun bisa spekin)
b) kalau rajin tentu dapat uang. banyak sikit masih samar.
c) cinta aku tak dapat tolong karena cinta kamu hanya tiba 2019.

iya. sekian saja. taun depan tulis lagi ya.

daaa!

redSeptember said...

sah hang ni peeps! emang betul kamu ni pak nujum ya?

soalan: hang rasa cek punya n3 ni lawak tak?

cakap yang benar peeps. tipu dosa, mati seksa nooo :P

bai (roti) the way, mana hang buat avatar hang tu? amira kata comey betul, cek kata kool. tahi lalat lekat nooo...

Peeps said...

soklan no3 yang mana? pening den.

avatar itu boleh di lakukan di sini

http://www.faceyourmanga.it/faceyourmanga.php?lang=eng