Tuesday, November 11, 2008

he is back, stalking me.

hari ni pagi2 lagi aku dah dapat call from jo-ee, ada berita tak sedap didengar. aku dah risau, hati tak menentu. assesment friday ni, otak ke mana, aku ke mana. mula2 aku ingat tak nak clerk patient langsung, but arul ada ajak, so gi la buat satu kes: post dated pregnancy (40 weeks + 6 days). then, sebab friday ni, aku pun pergi la library hospital, pergi baca something and merembat yesterday punya cut out from the star (metro northern ed). sebab apa aku merembat? sebab aku masuk paper la kan!!! hehehe

but then, by 1030hours, aku naik tangga la dari tingkat 3 nak ke tingkat 7. kat tingkat 4, ada suara setan menyapa aku dari belakang :"awak ni tak reti pakai elok2 ka?" wtf?!!??! dialog ni lagi, suara ni lagi, setan ni lagi???

mr. pelik: he is on my back, yet again.

padahal, aku bukan dari ward dia pun. nevertheless, aku pakai cuodroy pants yang mak aku beli khas untuk pakai kat hospital, aku pakai blouse putih lengan panjang yang plain, and aku pakai labcoat yang buttoned up, aku pakai court shoes yang aku beli. salah lagi ke? untuk mr. pelik, mmg salah pun. kali ni, apa yang salah? seluar aku. dia balik2 kata aku pakai jeans. aku pun nak le defend myself kan, aku cakap ni bukan jeans, ni cuodroy. dia terus melenting bila aku bersuara.

dari the staircase, dia soh aku kuar pergi corridor, nak bersemuka ngan aku kat situ. ke nak malukan aku sebenarnya? tak habis2 lagi. semua orang macam biasa la pandang aku. dia cakap kononnya dia kesian kat aku la sebab aku ni anak melayu. kalau tak, dia dah hantar nama aku kat director general of health of malaysia, biar aku kena buang uni terus. dia balik2 sebut pasal nak tangkap gambar aku dengan seluar tu. aku tak cakap ye, aku tak cakap tak. kau nak tangkap sangat kan? kenapa tak tangkap aja? naper nak tanya2? aku tak salah. tapi tak tangkap juga. dia siap cakap lagi kat aku, takyah la nak jumpa pengarah hospital, sebab dia bukan under pengarah, dia tu consultant kat hospital tu, pengarah yang dengar cakap dia. dia cakap lagi kat aku, takyah la nak cakap kat my lecturers or my school about what he is doing to me because he is much more superior.

siap cakap lagi yang dia selalu nampak aku kat tesco, tapi dia tak kisah aku nak pakai macam mana (bukan aku bogel ke apa. aku tau la ni tempat orang kan, aku pakai seluar panjang, t-shirt biasa), tapi kat hospital pakai aku tak sesuai. eh, hello, aku pakai semua benda yang mak aku beli yang dia kata mmg pakaian professional. tetap salah juga. seriously, dia mmg stalking aku. padahal, aku pakai depan HOD pun, dia tak kata apa. kenapa si setan yang consultant ni aja, nak bising macam bangang?

macam biasa la aku kena halau. siap cakap lagi "awak jangan nak tipu saya. saya tau dalam masa 15 min, awak keluar dari hospital ni, ikut jalan depan. saya akan suruh staff saya tengok awak. kalau awak tak keluar, saya akan hantar satu email kat DG, awak akan dibuang uni terus". dalam masa dia cakap ngan aku tu, dia tak pandang langsung mata aku. dia pandang kaki aku ada la. pastu dia ada cakap lagi, dia tak nak jerit kat aku hari ni, maknanya hari lain dia nak jerit kat aku la? gila.....

sumpah, takde saper lain dalam hospital ni yang kecoh pasal apa aku pakai kecuali dia. macam mana aku pakai simple pun, tetap salah. ok fine la, mak aku kata jangan nak compare ngan orang lain, betulkan diri tu dulu. tapi masalahnya, bila student lain, pakai jeans, mmg bebetul jeans yang ketat2 tu, sama high heels, orang lain tak nampak ke? kenapa aku ni, semua orang nampak? really, dia mmg pasang mata2 untuk stalk aku. dia benci sangat aku ni kenapa?

aku dah bosan la macam ni. aku pakai semua salah.

mesti le aku sedih + marah + sakit hati kan, aku tahan diri aku tak nak membuak. aku diam. then, aku baru nak cari ketenangan, dah kena bashing lagi. i mean, please la, in this moment, i need support, at least just make me feel ok. bash me later when i am stronger, not when i am vulnerable.

and then, i can't control myself, i cried....silently.....discreetly.

ya Allah, hanya engkau yang Maha mengetahui.

5 comments:

djambu puadovich said...

y dun u ask him straight up.

"wut do u want me 2 wear, kind sir?"
"if i wear it, can u please get off my back?"
"if i make u happy, can u make me happy?"

hope it helps :)

AB said...

red dearest,

rasanya dah sampai masa utk tanya balik kat dia. if dia btl2 nak malukan u dpn org ramai, tanya balik nicely dkt dia psl dresscode tu. tanya dan tanya smpi dia x boleh jwb yg mane boleh memalukan dia sendiri.

klu setakat consultant nk ngadu kat org atas, by that time, u jemput si bongok tu skali dpn head u tu and u ask dpn head u tu. is it ape yg u pakai tu salah sngt or whatsoever..

i know it sounds easy but it was worth trying kan?

truely said, bace ape dia buat kat u selama ni, buat darah mendidih je. ni la org jenis xde pasal duk carik pasal.

take care and be strong ;)

Lang Legar said...

damn,ku rasa macam dari dolu lagi aje die mark kamu..
pakai2 ape2 pn salah nie..
pelik aje..
dendam kesumat ke hape nie..

Anonymous said...

sejak bila rashidee jadi consultant, haridass dah retire?.....jadik general surgeon pun specialist kat alor setar gelak kat dia, dulu ada rumour pesakit dia selalu dapat Iatrogenic infection

Anonymous said...

Grrr.... kalau kat UK, this goes down as harassment tau. Boleh sangat you heret dia masuk court, malukan dia kat suratkhabar. But because this is Malaysia... tak payah cakaplah. I baca your story pun dah naik darah. I think secretly, he's got some kind of a sick sexual attraction towards you. Maybe kalau you daring enough, ask him straight in the face. Tak gelabah? Seriously, he's being a real asshole to you. Isn't there any way for you to resolve this issue once and for all? Nampak sangat he's picking on you. It's becoming personal. And we all know getting personal in a workplace, such as the hospital, is unethical.