Thursday, February 12, 2009

nasihat untuk mat pit

sebelum masuk gua tempurung hari tu, eliea cakap dia ada borak ngan encik kat gua tempurung tu. encik tu kata, nak masuk gua ni, pakai kasut buruk aja sebab tapak kasut nnt senang tercabut. so ok la, semua pun pakat nak pakai kasut buruk (lama). macam biasa aku ngan aku punya Diamond-Blackfan, eliea pakai Skechers, Ain pakai Dunlop, and Rozel pakai her old pair of Adidas.

masa kami masuk gua tu, banyak juga kami nampak tapak2 kasut yang tercabut dan dibiarkan di dalam gua. jalan sikit lagi, kasut yang terbiar pun ada juga, tapi tinggal sebelah je la. kami pun pelik la. macam mana leh tercabut kan. apa rough sangat ke pathway dalam gua ni.

the first part of the journey, semua ok aja. semangat bapak tak ingat la. but after the start of the second part, muka ain dah semacam je. tanya kenapa, dia kata tapak kasut dia dah nak tercabut. cek tengok, mmg iye pun. so, dia cabut terus arr sebab susah dia nak jalan. then we continued on. makin lama, makin ramai lagi group members yang dah start buka kasut and tapak derang tercabut. rozel pun kena juga. dia punya lagi teruk, dua2 belah ok!. habis hancur. in the end, ada yang jalan barefeet je dalam gua tu. gila tere! ada yang jalan ngan stokin je. aku takleh bayang rasa sakit pijak batu2 dalam gua tu. sian kat derang.

From Drop Box


as for me and eliea, kasut kami ok aja. aku rasa aku nak jadi duta untuk CROCS arr. dah berapa banyak tempat aku bawa Diamond-Blakfan, dia ok je. masuk hutan la, masuk laut la, masuk gua la, masih elok lagi. eliea punya skechers pun hidup lagi.

pada mat pit yang suka curi kasut kat umah orang/masjid, sila lah masuk gua tempurung tu, gi kutip semua tapak2 kasut tu and kasut2 yang terbiar pastu korang modify la kan kasut2 tu, tampal balik ngan tapak yang korang jumpa tu. then boleh la jual balik. kan ke kurang sikit dosa korang dari mencuri kasut orang. tapi kena ada modal sikit la. bayar rm22 sekepala untuk masuk gua tu (trip 4). tapi untungnya berbalik. kira ok la tu kan....? hhehehehe... haa... jangan lupa bawa plastic bag untuk kutip tu nnt k.

:D

9 comments:

Nadia said...

still tak phm kenapa senang tcabut. ganas sgt ke guanya?

btw i pon suke crocs :)

dr itu! said...

haha...

best tol nasihat neh...

mesti berbondong2 mat pit g gua tempurung neh!!

redSeptember said...

hotmess, i rasa dia cepat tercabut cause the stream is limewater la. kan ke menda tu alkali. very strong plak tu kan. so, react ngan gam kasut, yang acidic, apa jadinya? i pun tak tahu :P

tu la qimi. jap g mesti penuh mat pit kat sana. takpe arr kan. janji nnt gua tu bersih maa... :P

mrblind said...

weh..kat mana gua tempurung ni..gila ganas gua tu..

merahitujambu said...

bagus gak idea cik red ek..hehe

redSeptember said...

kat perak arr mr. blind. gopeng kott.

merahitujambu, semestinya idea REd mmg bernas tahap tak guna punya :P

ana said...

go go CROCS!

Anonymous said...

alia....
pandai la ko kasut aku cap Dunlop...
POWER arrrr brand dia....
tu sbb tinggal sblh jer, kalau tk power dah lama dah hilang dua2 blah...aku ingat nak kempen kat mat pit idea ko ni....nanti lah aku jalan2 kat KL bw flyers gua tempurung...=)- ain best

redSeptember said...

owh, POWER ke? sowiee arr... nampak naa kasut ko tu penipu arr. tak kemana pun power nyer.

ko nak buat campaign kat mat pit. wahai ain, sangat mulia kau punya idea tu. aku sokong. sebab aku tak nak arr orang hilang kasut kan macam rozel. sian dia kasut kena curi kat masjid bangsar, boleh?

orang kat bangsar pun kaki menciloks ka?

malu wehh!