Sunday, February 1, 2009

the past that walked into my present.

aku tak tahan nak dok umah hari ni. rasa macam nak gi jalan. jadi, aku decide nak berjalan ke one utama. atas alasan nak tengok tarian singa dan juga nak beli buku untuk baca. so aku pun bersiap la. tepat pukul 1345h, aku memulakan perjalanan aku ke one utama. yes, aku berjalan kaki dari umah aku. sebab apa, sebab dekat sangat dan juga tak menyusahkan otak aku untuk cari parking pada tgh hari sabtu.

sesampai kat OU, aku start la aku punya browsing. adoiyayy, nak terkeluar biji mata aku ni tgk all the four letter word yang terpampang almost everywhere. rasa macam nak jalan blinfolded je. tapi kang terlanggar lak ngan orang ramai kan. macam mana aku nak tahan. the word S.A.L.E is like calling for me. tapi nasib la berbekalkan will power yang ada, aku takat survey je la.

aku suka pergi kat kedai 'payless books' tu. you can actually find alot of useful books sana. aku nampak ada buku text paeds NELSON yang berharga RM56! huissh. gila kagum. iye, mmg la publication year dia tahun bila ntah. but still, masa aku posting kat paeds ward tu, aku refer kat NELSON yang lama juga and it helped me throughout. aku tau la medicine ni kena revise selalu kan. but sometimes, the older books tu ada info berguna yang takde dalam current publications. eh, tapi aku bukan nak cakap pasal buku medic ni. ni pehal dah tersasul lak ni? haishh....

aku jalan lagi. balik2 aku tgk jam. nak timing diri supaya tak miss the lion dance. just a few minutes before the dance started, aku pergi la MPH (branch yang paling dibenci oleh Eliea. sejarah hitam tu!) kejap.saje tengok buku apa yang boleh dibeli. wah!!! banyak new titles yang aku nak ni. sure masuk dalam wishlist aku la tahun ni. especially from marian keyes and cecilia ahern.

sementara aku tgh browsing buku2 tu. aku ternampak seorang laki ni berjalan menghala ke mana aku berdiri. aku tgk cara dia jalan, perculiar sangat. aku pandang dia bebetul. sah! aku kenal dia. kenal sangat. dia pakai baju crew bookcafe. aku ingat dia pun saja2 je cari buku. aku tengok dia dua tiga kali lagi. aku tak doubt mmg dialah orangnya. aku nak tegur dia. dah lama sangat aku tak nampak atau contact dia. saje je la. bukan apa pun. nak tengok dia ingat aku ke tak. bila aku cari dia, dia berjalan ke arah staff room kat MPH tu. eh, dia bukan cari buku, dia mmg kerja situ. ok, aku tunggu dia kuar. but when he came out, he was with another guy and they look like they were going off for break. tak sampai la pula hajat aku nak tegur dia.

ex aku masa aku sekolah menengah rendah dulu.

dia kira beberapa tahun senior dari aku. masa kita date dulu, aku tau dia budak IT. terkejut lak bila tgk dia jadi crew bookcafe. i mean what happened to his studies and his carrier? pelik arr... tapi alhamdulillah la. dia nampak sihat aja. apa pun yang dia buat, janji dia bahagia tu, ok la kan. mungkin ada sebab naper aku tak dapat nak tegur dia tadi. segalanya ada reason kan?

nota kaki: aku berjalan dari kul 1345h sampai le pukul 1815h. aku langsung tak duduk bercangkung ada la. eh tapi buat apa aku nak mention ni?? isshh... kaber la sikit oii!. sekarang, lutut rasa macam siot, esp my bad knee...adoiyayy

12 comments:

mrblind said...

fit lu ni..jom main bola dengan gua..tengok camne lu round satu padang..hahaha..

redSeptember said...

fit? hang buat lawak ke apa?

F.A.T ada la.

sedih cek macam ni.

main bola? adoiyayy, dah lama tak melangkau ke bidang tu. dah jadi kaki bangku dah cek ni.

round satu padang? jom....

ZuLis said...

you...must certainly take better care of ur knee...nk pakai lama lagi tu

redSeptember said...

tau.
semalam balik mmg rasa dah teruk sangat.
hari tu dah jumpa ortho. dia cakap posterior ligament ada tear.
padan muka REd kan?

:~(

moral: masa buat lari hurdle, jgn lari the opposite direction.

farhana said...

n the other moral is do knee strengthening exs!

redSeptember said...

macam mana tu nurse?

farhana said...

do quadriceps strengthening exs...oh btw im not nurse..im physio-the-rapist :)

redSeptember said...

oooppsss....
sorry ana.
iye, baiklah physiotherapist ;)

Lang Legar said...

ei u pi jumpe ortho mane eh?
mo pi check juge la my knee ni..
btw, i too like to go hunting at pay less book tue..

redSeptember said...

my ortho kat damansara specialist. kenapa ngan your knee lang?

pay less books tu kalau ada sale lagi best barang dia actually.

Lang Legar said...

i'm nt sure pn what's wrong with my knee but after every outdoor activities and games musti saket,esp my left knee..
right one OK je..
after men futsal, the day after musti tetibe rase sakit when driving or climbing stairs..
i just don't know what's wrong la.

redSeptember said...

sama la kita.

i pun kena my left knee juga.

gi arr jumpa. take care k.