Thursday, February 5, 2009

tangga-tangga kehidupan

tangga kat rumah REd.

tangga kejayaan: iye, semua orang sibuk race naik tangga ni. semua mesti nak berjaya dalam hidup kan. saper nak melingkup iye tak? even mat pit pun nak berjaya meng'high'kan diri tahap langit ketujuh ye tak?

buat masa kini, REd masih lagi mendaki tangga ni. dah 2/3 ketinggian tangga ni REd conquer dengan jayanya. dengan kepercayaan dan support family REd, especially mama, yang tak pernah doubt kebolehan REd dalam bidang ni. insya'Allah. sikit je lagi, REd jua akan join rakan seperjuangan yang lain dalam dunia kedoktoran ni.

lepas tu, mesti la nak daki lagi. takkan nak stop kat sana. nak buat specialization lagi. nak branch out buat benda lain lagi. buat masa ni planning nak specialize in general surgery, alah, macam Dr. Bailey tu. walaupun Mr. Pelik dah buat REd ni macam sampah, itu tak membunuh semangat REd. infact, he will see that i can be better than him, God willing.

tapi, byk parents kepada patients REd masa REd kat paeds posting tu cakap that i should specialize in paediatrics. simply because the children are comfortable with me and i know how to handle them. i didn't even realize that. i never actually liked the posting. but i guess because tak suka punya pasal, i tend to put more effort into it and it made me better towards the end.


rumah tangga: erkk... yang ni susah sikit nak cakap. kalau pergi wedding mana2 je, soalan wajib: "you bila lagi?". e eh, kalau la aku ni pak nujum, mungkin aku boleh jawap soalan tu. no, wait. kalau aku ada calon dah, boleh juga aku jawap: "tanya dia".

"dia" pun tak wujud lagi, macam mana la aku nak jawap soalan ni. haisshh... gila tak suka k. kadang rasa macam geram lak bila kena tanya. kalau ko nak tgk sangat aku berumah tangga, ko gi la cari untuk aku, ok? siap buat alasan lagi: "sementara kaki nek lang ni elok lagi, cepat2 kan la temu jodoh. boleh nek lang datang". aku ngan muka selamba baba menjawap: "haa... takpe nek lang, marlyne kan ke doktor. nnt marlyne treat nek lang ok. insya'Allah ok punya. jgn risau"

asal aku buka facebook, ada je jemputan. asal aku masuk email, ada je jemputan. haishh... seru derang dah sampai kan. takkan nak halang lak. tapi yang sedih pasal kahwin muda ni, ada yang tak pasti sebenarnya. just did it out of the blue. blom sempat aku nak hantar kad congrats, tau2 dah cerai. tu lagi la parah. nasib takde anak. kalau tak, sian kat anak tu kan.

sebelum nak amik leap of faith ni, kena la fikir bebetul dulu....



rukun tangga: ni sama ke ngan rukun iman, rukun islam, atau rukun negara? tak sama ekk? atau rukun tu sama dengan buah sukun yang orang buat jadi kuih makan petang tu? alamak.... tak sama juga ke?

REd rajin tengok cerita P.Ramlee kan. biasa tgk ahli rukun tangga tu pergi rounding kampung la, cuba cari penyamun la, apa la. macam best je. tak pernah lak aku volunteer jadi ahli rukun tangga. nak juga merasa. tapi masalahnya kat sini takde rukun tangga. kat sini ada security guard je. lalu sebelah pondok dia: "adik manesssss" adoiyayy.... mau lari naik tangga jadinya.


anak tangga: anak tangga tu siapa sebenarnya mak apak dia? selalu tak orang tanya dia: "anak sapa la ni?". rasanya kalau REd buat specialization dalam paediatrics, boleh tak REd practice merawat kat anak tangga? macam tak boleh jekk....

REd takut juga ngan anak tangga ni sebenarnya. especially yang licin dan/atau yang narrow. iye la, dah la kaki aku ni besar macam sampan. kalau salah pijak tak ke naya? kalau yang licin tu pulak, takyah cakap la. masa winter kat russia dulu, sampai kematu bontot arr sebab jatuh je.

serious, aku ngan anak tangga bagai sworn enemies.


P/S: cuba korang sebut tangga banyak2 kali. macam pelik kan jadinya. silap2 haribulan jadi sifu dan tongga (nabil, kenapa la kau berlakon dalam citer ni?? sedih REd tau...) pun iye juga. ni suggestion je.

4 comments:

ZuLis said...

sebenarnye nak cakap yg Alia gi tengok Sifu & Tongga di pawagam kn? kn? kn?

haha :P

nadia said...

serius ni tangga rumah ye?! klo btol mmg i xbole naik la. hihi :P

redSeptember said...

zulis, mana ada!! REd tak tgk k. tak sanggup nak tgk....

hotness, serius la (rumah i yang future la tu :P). mesti boleh punya. you jgn risau. :)

hzwn said...

byk btol jnis2 tnge eh?
haha!