Saturday, May 2, 2009

kubur siam


bukan aku terlupa. tapi aku takde connection je. jadi, sebelum aku bebetul terlupa, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI minyak cap BURUH" pada semua-semua warga kerja, tak kira la kerja apa. so, apa je yang korang buat semalam? takde kerja? cari kerja? kena buang kerja? ahhh... apa2 je la. macam aku kisah korang buat apa. +_+

so, apa la aku punya kerja pada hari pekerja ni? patutnya, ada plan. tapi kena cancel la kan, atas sebab2 yang tertentu. so plan, nak tolak plan tadi pada hari sabtu. ok la... so, aku pun pagi2 pergi hantar basikal ke kedai, nak baiki. aku ingat pergi sana, dia akan buka sana, pasang sini, bengkok situ ke apa ke. sekali, aku cakap apa masalah basikal tu, yang aku tengok, dia cuma longgarkan screw, betulkan allignment, pastu main pusing2 roda basikal tu. pastu, dia cakap "ok siap". aku pun mention la pasal gear basikal tu kan, dia kata, owh, takde apa, gear ok. aku test drive la basikal tu. sama je keadaan nya sebelum masuk kedai. ok apa? ok kepala lutut dia. ahh... malas la aku nak gaduh, aku pun kayuh la basikal tu balik dalam keadaan yang sama.

berpeluh2 aku dibuatnya. mana tak, basikal tu jadi berat tau. aku tau mmg aku sedia berat, tapi ni berat lain, macam ada benda halus lak dok carry kat basikal tu. padahal masalahnya lain, masalah mechanical, yang sememangnya aku tak tahu menahu. aku park basikal tu kat umah, aku pun start arr buat chores. kemas bilik yang dah seminggu tak berkemas tu, buat laundry (separuh je la, separuh lagi nak buat jap g), tengok series yang ada arr barang 13kali aku ulang, baca buku. last2, aku nap kejap.

bila dah petang, aku rasa nak pergi mengayuh lagi. so, that was what i did. this time, aku main kayuh je la. pasang radio kat fon ni, bertemankan PREM from RUSH HOUR, aku kayuh. takde tujuan. aku baca arr signboard. dalam hati aku nak lepak kat Tupah Reserve. tapi fikir2 balik, takut lak. tempat tu covered kan. lagi2 aku sorang. malas arr aku nak handle situation, takde mood. kalau kena kejar beruang boleh terima lagi, kalau kena kejar orang... uisshhh... tak sanggup aku. so, kayuh2, aku take in the sceneries. sekarang tak lawa sangat, padi blom naik. baru nak tanam. tetiba, aku tgk, depan sikit, macam ada kumpulan batu2. aku ingat apa la, Tok Pekong ke apa, sekali tgk, adoiyayy.... kubur siam empat kerat. serious, agaknya satu family kott. ada 6 je kubur kat tepi jalan tu. rasa macam disturbing sangat masa aku tgk tu. aku kayuh lagi, ada makam sultan muzaffar shah lak. ingat nak pergi usha, tapi sebab dia masuk kawasan terpencil kan, tak beran arr...lagipun dah petang.

kayuhan aku, ada la dalam 20km lebih semalam. tak gi mana pun. saje je. hari ni patut mengayuh lagi, as according to plan la. tapi hmmm... mana nya?

adoiyayy... aku nak sambung panjang lagi ni tapi takleh lak. bukan aku ada thought block ke apa. tapi library closes at 1pm on sats. aku dengar pun derang dah tutup A/C (aksi2 yang dilakukan untuk menghalau student). tapi aku masih melepak sini sebab ada ah beng kat belakang aku ni tgh buat concert sambil tgk youtube. selagi ah beng ni masih berconcert kat sini, selagi tu la aku akan lepak kat library. bukan sebab suara dia best, tapi sebab aku nak guna net :)

4 comments:

aloy_paradoks said...

bagus bile lu kayuh basikal tu mcm berat je... kalori akan terbakar lebih...

redSeptember said...

ah ye... mmg pun. cek rasa cek macam baru lepas lari 4km. padahal baru kayuh dalam 3km je. hehehe

baguih jugak noo...

tapi yang tak baguih nye, mana tau, kalau bebetul ada ju-on dok carry atas basikal cek... adoiyayy

aloy_paradoks said...

kalau ada ju-on itu juga sudah bagus... rasa mcm dah letih suruh die kayuh lah.. leh gilir gilir.

redSeptember said...

hehehehe

hang ni... tersedak cek tau. nasib tak makan cili. kalau tak, terbakar tekak dah...