Wednesday, May 27, 2009

saved by the Xero

kelmarin lepas grand rounds (yang aku leh tertido actually. bukan salah aku ok. aku tak tahu kenapa, 2 hari dah, aku akan bangun pukul 2pagi and tak tido sampai le aku ke hospital. padahal sebelum tu, aku tido kul 2330hours. gila arr), ada sesi assesment untuk end of post (aahhh.... finally!!). masa tgh grand rounds tu, nampak lak si Xero datang sama family dia for follow-up (Xero sekarang on home leave untuk makluman semua).

mula2 masa dia masuk ward tu, tgk dia ok je. aku happy la tgk patient dah stable. macam dalam remission state kan. dia baca paper. pakai kemas. cakap elok. aku pun macam kagum arr.

pastu, lepas grand rounds tamat, aku tunggu la untuk patient aku datang because i am the first person to be assessed. aku tunggu dalam bilik seminar. Xero ada kat luar. nampak gaya macam dia dah start buat perangai. tetiba dia buat bising la. jalan menapak kuat2, buka payung la (orang kata kalau buka payung dalam rumah, nanti ular masuk. kang kalau ular dah masuk kang, kena lak panggil team exterminator [Nenek sama Abah aku] lak untuk halau ulat tu. kan ke banyak kerja tu.... haishhh). all his antics that he did while he was warded, he started doing again.

patient aku sama Dr. Cantik pun datang. we all were in the seminar room. aku clerk patient aku sambil Dr. Cantik assess aku nyer clerking skills and the questions that i asked. of course la darah gemuruh aku ni mula membuak2. dari soalan flowing out of my mind, aku terhenti, dah kalut, tak tahu nak tanya apa lagi.

kat luar bilik seminar, Xero dah makin menjadi2. makin kuat dia memekak. muka pun dah merah macam baru kena sepak ngan mr.blind (heheheh). tetiba je, masa aku tgh cakap ngan patient aku, Xero dari luar, hentak the glass pane. aku punya la terkejut!! nasib tak melatah depan2 patient and Dr. Cantik. kalau tak, buat malu kaum aja.

Xero jerit2 ketuk pintu and glass pane bilik seminar tu. dia kata tu bilik dia and dia nak kami semua keluar. Dr. Cantik terus bangun and lock pintu tu. aku nyer sesi assessment tergendala. patient aku lak dah menggigil, bukan sebab takut, tapi sebab sejuk. dia kata kaki dia ada besi, tu sebab dia sejuk. ooooookkkkk....

Dr. Cantik cakap dia nak kuar, nak tenangkan keadaan tapi dia risau kalau dia buka pintu, Xero akan terjah masuk. so she told me that as soon as she goes out, lock the door. aku pun ikut la instruction dia. dari glass pane tu, aku tgk Xero makin mengganas. jerit makin kuat. muka makin merah. hentak2 kaki, hentak2 dinding (apa dia ingat dia rockers ke mau buat head banging??).

sementara aku tgh tunggu keadaan settle, hati masih libang-libu, otak masih ingat yang aku ni dalam assessment lagi. bila Xero dah kena tarik sama orderlies, Dr. Cantik masuk balik bilik seminar untuk continue the assessment. aku dah jadi blur. satu sebab aku kalut, dua sebab aku preoccupied sama Xero punya 'show' tadi. but Dr. Cantik sangat understanding. dia tahu yang gangguan Xero tadi mmg kacau aku nyer flow. and dia juga tau yang aku ni tgh kalut.

so, she went easy on me.

hehehhehe.....

assessment macam mana? pass la kott. dia tak kata apa2 yang tak membina semangat pun :P

terima kasih Xero~~ (ni yang nak belanja hang makan aiskrim potong ni!!)

2 comments:

@xiM said...

erkkk ada nak kasi hadiah kaa red?

amerbourdon said...

uuhuh..kemsalam kat xero tuh ehh..huhuhu