Monday, April 14, 2008

S.D.R.A.W.K.C.A.B


Nombor pin ATM yg diterbalikkan (is this for REAL?)
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin (bukan fon number ayah pin ye, harap maklum) anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa (macam tak logik je. sedangkan kalau letak salah pin code pun, mesin tu tak nak layan), tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis, bukan kesatria baja hitam atau ultraman taro ye. bukan juga doraemon) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV (TV mana? kat Ghana ke kat selatan Namibia?) baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain (dan juga perompak, agar mereka devise cara baru untuk merompak. gila takde kerja seyy....)
siapa dah try nnt, kasi tau red apa citer arr :P

No comments: