Friday, September 5, 2008

bangun la sahur woii!!



pada yang liat nak bangun sahur tu, ni haaa... ada tips nak kejutkan derang. kalau tak, jangan kejut la senang. biar dia lapar satu hari. saper soh tak nak bangun kan :P

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..kalau x bangun jugak
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak
5. tutup kipas/air cond..

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...kalau x bangun jugak
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit..kalau x bangun jugak
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang..x bangun jugak
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam..x bangun jugak
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami! ...x bangun jugak
6. jerit api! api! api!...x bangun jugak
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit...

tapi kalau still tak ada effect gak kannnn
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...kalau masih x bangunnnn...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya..amin....

SELAMAT BERPUASA!!

No comments: