Friday, May 9, 2008

CERI-ing myself

tadi, dalam pukul 1030hours, aku naik beskal. tapi bukan beskal dalam gambar ni la. beskal dalam gambar ni, jo-ee hadiahkan kat aku sebab aku takde beskal, tapi aku nak beskal, especially beskal BMW yang aku nampak hari tu. tapi kalau aku dapat beskal biasa pun aku tak kisah. janji ada gear, janji aku boleh kayuh untuk bergerak from one place to another, aku dah happy dah. so sebenarnya, aku naik beskal yang jo-ee tinggalkan untuk kegunaan aku. beskal tu aku tak guna selalu, so dia dah buat bunyi (sorry babes. mmg takde masa nak gi kedai uncle untuk baiki. either that, or i am afraid to kayuh sorang2 to his kedai). tapi masih boleh guna. aku pernah "curi" beskal orang untuk aku guna kat langkawi. tapi aku amik tu, aku pulang balik, keadaan dia better dari sebelum aku amik beskal orang tu. aku baiki tayar dia. see, aku takde niat jahat. nak minta dari tuannya, takde pulak. jadi pinjam la dulu pastu pulang kan. aku siap ada tinggalkan footnote lagi untuk tuan dia tau.

ok, entry ni bukan pasal basikal. lagi sekali, aku berjaya melalut jauh dari sasaran n3 ni sebenarnya.

mula-mula tengok macam redup je kat luar. jadi, aku kayuh le beskal nak ke kedai nak beli buah and my array of beans ( i LOVE beans!). tapi just for precaution, i wore long sleeved shirt la, takut gelap (tapi mmg dah gelap pun sebab tinggal kat sini punya pasal). cuaca ok aja at first. sekali kayuh punya kayuh, dia jadi panas lak. aku dah risau dah ni. spf +50 aku tak sapu lagi. haiiishhh.....redah je la.

sampai kedai (aku tak pernah pergi kedai ni waktu pagi. selalunya pergi waktu petang lepas gym), tengok byk juga suri rumah, bebudak, membeli belah (cewaaahhh.... gaya bahasa macam cakap pasal mall la pulak). aku sibuk le cuci mata (see, i am very simple. kedai buruk macam ni pun boleh cuci mata. that is just me. i like to look at things), cari buah and at the same time, thinking of what else to topup for myself.
tengah tengah beli tu, terdengar lak the housewives of taman melinjau lane (macam desperate housewives of wisteria lane le, but they are not desperate) complaining about the price hike. the rice sack of 5kg was rm22 a week back and now it is rm27!!! wahhh..... naik rm5 tu!!! aku sendiri terkejut. nasib la aku tak makan nasik, jadi aku takyah nak risau about the price hike. WRONG!!! bukan setakat beras je, other grocer items pun naik juga.
take for eg. keropok bodoh ni. aku suka keropok ni. and the last time i remembered, it was rm1.40 per pack. then, about 3 weeks back, dia naik rm1.50, takpe lagi. tadi aku tengok, dia dah jadi rm1.60. wah wah wah....suka hati nenek dia je dia nak naik harga barang. ni nak kena panggil pegawai untuk check ni. tapi bukan salah derang pun kan? salah siapa? tolong la kasi aku jawapan.


as i am done with my topping up, i saw that the sky was gleaming at me. the sun decided to come out of its hiding place. ahhh.... hangus juga nnt. lantak la. kayuh je la.
kayuh kayuh kayuh
la la la la la la......
sekali ada pokok ni yang mengingatkan aku pada zaman kanak2 ribena aku dulu. aku dan pott akan naik boyan yang mama and papa bought me for my birthday, and we will try to petik the red berries from this tree that we named "pokok ceri malaysia". we will then, without even washing the berries, eat them and enjoy our time.

berries ni, kita makan aja tanpa tau apa risk dia. but if you want to know if we can eat the plant or not, tgk pada semut atau burung yang makan. if ada these creatures makan, means, 88% it is safe for our consumption.

sekarang, susah nak cari pokok ni kat kawasan rumah aku. ada pun, takde yang ada red berries. i wanted to teach nana about this tree and let her taste the berries. it smells really sweet, like honey and the inside is very tender. takpe la, nnt ada rezeki, i will show her. berries dalam gambar ni pun, aku petik tadi, sementara melepak bawah pokok ceri malaysia sebab terlalu terik. every bite i took, i had a burst of memory from my past. good memories, sweet memories, priceless memories that i shared with my brother.

dia ingat ke tak?

3 comments:

ap4dite said...

i love ceri kampung nie.. ade kat kg i kat melaka... kalau balik selalu hurung pokok nie... sampai lupe nak salam nenek dlu..hahha.. sedap...sedap..anyway red.. bila mau buat makan2... i on je... :D

redSeptember said...

wah, you oso know arr? bagus! ingatkan no1 else knew.

makan2? sabtu depan macam mana? kita kena ada team utk organize...

ap4dite said...

yerp.. one way to know sape2 lagi yg nak join kita, ape kata u tolong buat kan new post bout the gathering.. and from here we can get the rough number whose gonna join us.. then we can think venue mane kita nak buat.