Sunday, May 25, 2008

Anjing dan Alia

Pada suatu pagi (pagi tadi la sebenarnya), macam pagi pagi yang lain, Alia akan berjalan keluar dari kawasan kampus menuju ke arah kawasan perumahan untuk menaiki kereta rakannya BBP, untuk ke hospital. Setiap pagi, sebelum Alia memulakan perjalanannya ke luar kampus, dia akan memakai headphones nya dan hook it up to her phone untuk mendengar radio sambil berjalan.
Setelah berjalan keluar dari kampus, Alia akan melalui sebuah kawasan rumah kedai. Memang di situ ada banyak kucing atau anjing yang tidak mempunyai tuan, berkeliaran. kadang2 Alia tergelak melihat gelagat kucing2 sedang bergaduh la, sedang mating la, sedang mengiau secara mengada la. dalam fikirannya, macam-macam hal pula binatang ni kan?
walaupun Alia is hooked on her headphones, dia masih boleh mendengar bunyi kucing2 atau anjing2 yang berkeliaran di situ. Alia ni nampak je cool (eh, mmg kool pun kan?), tapi dia sebenarnya amat takut dengan anjing (kecuali Coffee, anjing perliharannya di campus. sekarang dah takde dah. ntah mana management bawa Coffee pergi).
Pagi itu (pagi ni la), ketika sedang melalui kawasan rumah kedai itu, Alia terdengar bunyi anjing sedang menyalak (more like whining la, but i don't know the BM equi to this word). pada mulanya, Alia ingin disregard aja bunyi anjing itu, tapi ntah bagaimana, dia terasa hati hendak mencari dari mana datangnya bunyi anjing itu. Alia mencari2 arah bunyi itu, dia melihat di bawah gerai burger, celah sofa lama, dan juga di dalam longkang yang agak kotor. iye, anjing itu berada di dalam longkang yang agak kotor (macam takde tempat lain la nak lepak kan).


longkang ini memang la kotor. ada seekor anak anjing telah terjatuh dalam longkang itu. dia basah dan dia mmg memekak. Alia berfikir: "macam mana ni? kesian pulak anjing ni. nak pegang, nnt nak kena samak, leceh la pulak. nak biarkan, tak sampai hati. haiisshhh.... susah betul la".
Alia keluarkan phonenya yang terletak di dalam poket belakang seluarnya dan berhajat untuk sms BBP supaya bawa kain buruk untuk alas tangan Alia ketika mengangkat anjing itu tadi. tapi, kalau nak tunggu berapa punya lama la kan. lantas, Alia berfikir lagi. dia tengok kelilingnya dan cuba mencari benda yang boleh mengalas tangannya. Aha!! Alia ternampak plastic tersangkut di gerai burger (alah, orang gerai kan ke selalu sangkut plastic untuk bungkus tu). Alia rasa macam salah pula nak ambil harta orang kan, tapi dalam keadaan terpaksa, takpe kott. Sorry abang burger!!
Alia pun ambil dua helai plastic. dengan akal nyer yang tajam (ceeewaaahhh!!!), dia membalut kedua belah tangannya. pada masa yang sama, mak anjing tu pun datang dengan anaknya yang lagi satu yang nampaknya pun macam pernah jatuh dalam longkang juga (sebab badan dia macam basah and kotor aja). mak anjing tu cuba nak rub against Alia, dia siap buat muka kesian lagi, tanda meminta tolong untuk menyelamatkan anaknya. Alia usir mak anjing itu dengan lembut (sebab takut dan sebab malas nak samak).
setelah tangan nya protected, Alia masuk ke dalam lubang longkang itu walaupun ia kotor. eh, don't play play arr.... longkang tu dalam ok. sebab masa Alia masuk, sampai ke aras pinggang nya and Alia ni tinggi orangnya (ceeet!). dia cuba mencengkam kulit di bahagian belakang leher anak anjing itu. setelah beberapa cubaan, barulah anak anjing itu berjaya dikeluarkan tanpa Alia got in contact with the wet puppy. tapi mungkin air longkang tu ada terkena Alia la sket kott (ieewwwwww!!).

setelah keluar dari longkang, mak anjing itu terus mendakap anaknya. anak anjing pun jalan macam drunken gait aja sebab dia kesejukan (wondered how long it has been in the drain). dengan mother's instinct yang kuat, mak anjing cepat2 membersihkan anak nya itu. mak anjing memandang Alia dengan mata yang sayu, tanda terima kasih kepadanya.


sambil mereka dalam keadaan berjumpa setelah sekian lama berpisah (ala2 scene dari jejak kasih), anak anjing yang sekor lagi (yang datang dengan mak anjing tu), memang la takde adab betul. bukannya dia nak bermesra sama adik dia tu, dia sibuk pula nak hisap susu mak anjing itu. haiisshh, macam binatang betul!

Alia sangat berpuas hati setelah dapat keluarkan anak anjing itu. tapi sekarang dia ada masalah lain: habis armpit dia basah sebab berpeluh semasa kerja menyelamatkan sedang berlaku, dah la dia nak kena pergi hospital......

(-_-")

*nasib tak busuk*

F/N: Alia ni memang wangi orangnya. ahaks!

12 comments:

ap4dite said...

what a kind heart u have..

Anonymous said...

My darling angel, I am always so proud of you, but remember what Shadi pesan, do not risk yourself in saving others. I love you.

Adzrul Ariff said...

bravo...*clap-clap-clap*

Roti Kacang Merah said...

WELL DONE!!!

sangat-sangat bangga!

redSeptember said...

well ma, i don't think i will be able to live my life if i know that i could have saved a life. i don't think i can go thru that. that was why, when i started to walk away, the guilt that i had in me ate me immediately.i had to do everything in my power to save it.

thanks for the compli every1.

hehehe... apa la nak bangga pun :P biasa biasa aja

djambu puadovich said...

alhamdulillah...
ingatkan cerita pengembara bani israel yg memberi anjing minum di pdg pasir tu dah xlaku dah zaman ni...
masuk syurga pengembara tu...

Peeps said...

eleh..baru save anjing dalam longkang nak kecoh..ntahapahapantah...kecoh ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

sebenarnya nak puji..tapi semua dah puji saya kutuk la pulak..

ok tenkiu.

HAHAHAHAHAH..

redSeptember said...

ahhh... peee... bukan red kecoh le. saje je nak kongsi pengalaman. ermm, i think i did what i am supposed to do as a human being, so nothing to it.

kesian juga ngan binatang ni, depa takde akal kan. so, kita kena help le.

Anonymous said...

Child, I do believe there's a spot for you in heaven.

redSeptember said...

mun sugar,
everybody has a place in heaven :)

Anonymous said...

bgusnye kamu...=D

redSeptember said...

thanks (^^)