Tuesday, June 23, 2009

habis semua cerita dalam kain boleh keluar bila guna TWITTER, sampai orang yang suka jaga tepi kain orang lain pun dah takde kerja.

semalam aku dengar radio. ada orang dah kena assault, physically. mengikut cerita sampai injured dan berdarah la. whoa!! tu memang dah kes emergency la namanya tu kan? tapi yang peliknya, sambil2 darah dia mengalir dan mungkin dia akan kehilangan banyak darah yang akan membuatkan dia bertekanan darah rendah, dia boleh lagi TWIT kat page dia. dia kata kat semua "folowers" dia yang dia baru kena assaulted by Will.I.AM dan keadaan dia sangat teruk. dia meminta followers dia tolong panggil polis dan emergency rescue team untuk datang merawat dia. orang yang aku maksudkan ini adalah Perez Hilton, celebrity gossip monger. tgk arr zaman la ni, jadi tukang gossip pun boleh buat duit woo...

kan ke bingai. dari dia sibuk TWITTING tu, kan ke lebih afdal kalau dia cuma perlu call 911 dan minta bantuan? serious attention seeker. or maybe, just plain STUPID.

aku pelik la. sekarang ni macam2 jenis social networking website yang wujud kat alam siber ni. mula2 dulu MySpace, lepas tu datang pulak Friendster. kemudian FaceBook, dan yang paling terkini, TWITTER. mungkin ada lagi la other websites yang aku tak mention kan. aku mana tau, tak ambil port sangat pun.

berbanding dengan yang lain, kira TWITTER adalah yang paling advance la. apa benda yang anda buat setiap saat, anda boleh TWIT and announce kat anda punya "followers". biar la masa tu anda tengah makan ke, jogging ke, melepak ke, bercucuk tanam ke, masa mandi pun kau boleh nak TWIT. adoiyayy...

seriously, perlu sangat ke nak beritahu orang apa yang kau lakukan setiap saat? please la, kau ingat kau tu hebat sangat ke sampai semua orang pun nak tahu gerak geri kau? habis gossipers nanti sampai takde kerja la. dah semua melekat punggung kat atas kerusi mengadap komputer nak baca TWITTER. tak ke naik bill letrik nanti? kalau kat office ke, kat sekolah ke, kat Makbul ke, takpe la juga. ni bantai on komputer 24/7 kat umah. hmmm... jawapnyer makan kertas la hujung bulan kan.

kalau ada orang sibuk nak jaga tepi kain kau, kau kata la macam2 pasal orang tu. kau cakap invasion of personal space la, kau cakap kau punya privacy dah dicabul la, apa la. tapi apa beza kalau kau TWIT your life on the web every second. silap2 berapa kali kau bernafas pun kau nak kasi tau sama orang.

please la, get a life.

buat masa sekarang ni, the only www yang aku active is FaceBook. Friendster aku pun dah berabuk. hari2 aku dapat mail ada orang add aku la, ada birthday la, ada kenduri kahwin la, kat Friendster tu, tak pernah pun aku nak buka. kalau aku buka FB pun sebab aku nak tengok gambar2 family aku kat sana. iye la, dah aku solo kat sini, mesti la rindu kat derang kan.

lepas ni, akak2, abang2, makcik2, pakcik2 yang dok melepak mengutuk sana sini, mesti kurang dosa derang kan?

bagus juga ada TWITTER ni kalau difikir2kan balik.

5 comments:

Unknown said...

cube ko bace metro arini..
pasal sosial network..
aku xpenah caye pon berita dlm metro tp tajuk muke depan arini klaka tul..

alhariesz said...

metro mmg suke wat cite sensasi camtuh...ngan header skali...putar belit ayat... semalam yg dia kata ida nerina hampir lumpuh tu pun abih kena tibai kat sokkabar lain arini... bukan social network je yg cam 'cancer', media pun lagi teruk rasenye... apo nak jadik... kekadang smpi cerai berai umah tangga org...

tapi kalo red tanya pasal si 'parit eton' tu, i'd say....he's plain STOOPID...

kebebasan media yang diagung2kan, dan diperjuangkan....it comes with a price.... but, how much is actually too much? xde orang yang bleh jawab soklan tu... sigh...

redSeptember said...

@ heidi: err... REd tak baca metro, hell, REd tak baca paper pun. kalau baca, tengok comic sama lumba kuda je (ini tak betul ye). hehehehe cuba hang cerita sikit, apa ke hal nyer sama ida nerina tu?

@ alhariesz: hang pun rasa perez hilton stupid? you are person number 2, after me. mari kita cari followers yang fikir sama dengan kita? heheheh

Peeps said...

abang anda lah org yang memang tersangkut ngan twitter ni.

eh harizal pun ada di sini..huhu

13may said...

dah lama tak layan twitter :D