Thursday, April 30, 2009

berkebun bersama Pak Lah

hari ni, aku jadi "gadis Kuala Lumpur" la pulak. *Razif mmg suka tgk aku datang gamaknya. asal dia nampak aku: "gadis Kuala Lumpur, gadis Kuala Lumpur, hari ni lawa la". "ah, ye.. terima kasih", habis tu nak jawap apa lagi kan?

kejap kang, Razif panggil aku lagi. aku dah lah tengah sibuk masa tu duduk kat meja interview. bukan sibuk interview patient, hari ni bukan turn aku, aku cuma dok sana, assist aja. tapi aku sibuk tengah tengok TV yang gambar dia pun bergegar-gegar membuatkan aku macam nak kena seizure la pulak. tapi sebab kat umah sini takde TV, aku pon layan je la apa yang ada kat TV tu. Razif tak henti2 panggil aku. "ye, kenapa?".

"Gadis KL, saya sama *Touchu nak jadi askar" (Touchu adalah "teddy bear" Razif. tapi sebenarnya, Touchu tu, manusia betul. malah lagi besar saiz dia dari Razif. tapi, apa je Razif buat, Touchu ikutkan. macam takleh nak pisah la mereka ni. pada pandangan aku, "alololololo....tomeynyer".)

"haa.. bagus la. nak jadi sekarang ke?"

"eh tak. sekarang kena pergi mencangkul dulu. pergi tanam pokok"

"owh, hari ni ada berkebun ye?" (berkebun adalah salah satu aktiviti yang mereka buat selain dari carwash, saje nak isi masa mereka supaya mereka tak dibelengu idea yang bukan2)

"ahh ada. kat wad 6"
"Gadis KL, Gadis KL" (adoiyayy... aku depan dia je. tu pun nak panggil ke? cakap je la)
"saya sama Touchu pandai. kepala tak jam"

"owh, pandai ye. tak jam ye. bagus la..." (kalau tak jam, kamu buat apa kat wad ni... haiiishhh....)

nasib la aku hari ni ada hal sket. leh la aku ronda satu hospital. kalau tak, merangkak la aja dalam wad tu. sangat la bosan tahap ketua kampung.

semalam, aku dapat khabar berita (bukan khabar angin). ada budak ni, suruh budak lain ni, beritahu aku suatu perkara. tapi budak lain ni tak nak berinteraksi ngan aku sebab dia tak nak aku blog pasal dia. adoiyay... first of all, kamu tu interesting sangat ke untuk aku blog pasal kamu? ni orang kata, delusion of reference. baik aku blog pasal Razif sama Touchu lagi seronok. takede hal nyer aku nak blog pasal budak lain ni.

please la...

1 comment:

djambu puadovich said...

gadis KL?

hehe...klasik sungguh! :D