Sunday, April 12, 2009

jangan tegur

...tapi sorry arr pierre, REd nak kena tegur gak arr pasal filem hang ni. REd harap hang baca la REd nyer review yang sangat ikhlas dari hati tentang filem terbaru hang ni.

hang nasib baik tau pierre, REd sokong industri perfileman tempatan. REd tak beli pun pirate, REd tgk filem hang ni kat punggung panggung. sebenaqnya REd nak tgk cerita "TALENTIME" (yang sure pasti best sebab yasmin ahmad punya kan), tapi tak showing lak masa tu. so bantai arr... REd dengaq kat radio, macam seram jek bunyi cerita hang ni, so i gave it a go.

REd faham, hang punya style, hang nak tiru style horror jepun/korea kan? dapat tangkap arr hang nyer pattern cerita tu, jadi takyah la nak deny. tapi kan, REd tgk, REd kasi B- la for the effort. cara penyampaian hang yang nak buat cerita tu seram, last2 jadi kelakar pun ada, tau dak? bukan REd sorang yang gelak, satu panggung bantai gelak. sorry to say pa pierre, cerita ni cerita seram ke cerita sequel raja lawak?

pastu pierre, hang tak cukup buat homework la. ada ke hang buat scene, satu jenazah melepak tengah laman rumah tu. mana ada weii. at least ada round-the-clock team bacaan yaasin for jenazah tu. hang nak kata apa, maksu sama paksu nyer umah jauh dari yang lain? tak juga... rumah depa dekat je ngan rumah jiran kan? lagi satu scene yang REd kurang sedap tgk. yang kat hospital tu. si natasya nak gi toilet, pehal la pulak jauh naa toilet from room dia? hospital kerajaan pun tak kejam macam tu la pierre. toilet tu patut dekat aja. and kenapa kosong je spital tu masa dia jalan kat corridor ke ward ke? pelik arr... REd yang kerja oncall ni pun nampak banyak je orang lalu lalang kat kawasan dalam spital. hang nak loqlaq pun, biar logik la.

hang takde idea ke apa pierre? naper scene yang sama hang suka repeat? sumpah REd tertido masa tgk movie ni. REd lepas tgk "jangan pandang belakang", REd dah bantai gelak. but i gave you benefit of the doubt, maybe this might be better than the last. "congkak" tu kira resurrection arr untuk hang. tapi "jangan tegur", total FLOP la...

pierre, samada pas ni hang buat elok2, atau hang just belakon filem orang je la. sayang arr hang buat kerja nak tak nak macam ni. len kali, REd beli pirate, baru hang tau.

pada yang belum tengok filem ni, nasihat REd : jangan bazir duit

7 comments:

@xiM said...

hahaaha..sib baik aku tak tengok citer nih...baik layan movie he just not dat into you..:)

Peeps said...

hahahahahhaha

Eliea said...

saya sgt setuju dgn review saudari!! saya juge seakan tertipu dgn iklan yg seolah2 mcm best tapi sebenarnya takkkkk

nadia said...

lwk la u red! ini bg komen ke apa ni. bunyi cam merajok pon ada. hahhaa.

u dh tgk muallaf? i xsuke cite tu. ngarott

redSeptember said...

el, serious rasa macam nak gigit je kepala si pierre tu kan?

hawtness, tak best ke mualaf?

nadia said...

citenya ok. tp i xphm nape dia nak setarafkan agama or maybe i kot yg xphm cite tu or mayb i tlalu emo or mayb i tlalu pikirkan yg berat2. ntah la u tgk sendiri la.

btw i tgk cite tu dh lama. january 2008 xsilap. i ada original copy yg blum cut. i dpt from my frens utk berlin film festival. klo u nk i bole bg tp kene tunggu june la. hehe :)

redSeptember said...

omg!!!

i nak! bila pun i leh tunggu.

thanks! :)