"selamat pagi. macam mana keadaan puan hari ni?"
"hari ni elok sikit la" *senyum*
"ok. puan, kami nak tanya sikit soalan, boleh tak?"
"boleh, tanyalah"
*alhamdulillah.... not a difficult patient*
*name. age. occupation. address.*
"puan, masuk kelmarin, ikut kecemasan atau masuk biasa?"
"tak, masuk biasa. hari tu dah masuk dah, nak buat pembedahan. tapi darah naik. keluar dulu. ni masuk balik untuk pembedahan la ni"
"owh....."
*write write write*
*sekali, pandangan aku terlekat pada satu menda yang sedang merangkak rangkak manja atas lantai hospital TERCANGGIH tu. tebeliak juga la mata aku tengok nya kerana saiz nya agak luar biasa. agak2 ada la besar setengah tapak kaki baby*
soalan: apa menda yang RED nampak tu kan?
jeng jeng jeng........
ni la dia.... KIPAS LIPAS. RED mana ada takut menda ni, siap leh tarik sesungut dia lagi. tapi yang ni macam evil la. ntah kenapa RED rasa macam ni....
"jadi puan, dah berapa lama sedar ada ketumbuhan ni?"
"agak dalam 7 tahun lepas la"
"aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!"
*patient aku terkejut. aku... lagi la terkejut!!!*
soalan: kenapa RED terkejut.
jawapan: lipas anak haram tu, masuk dalam seluar RED!!! terlompat macam kera kena belacan pun ada.
*ekkekekekke.... patient RED gelak tersipu sipu kat situ*
*dalam hati: aku harap ko mampus cepat la lipas oiii!!! jatuh keprofesionalan aku ni*
...itu lah dia alkisah hari pertama masuk hosp lepas cuti.... (-_-")
No comments:
Post a Comment