Sunday, July 5, 2009

nasib baik aku disuruh jadi camerawoman. at least boleh aku cari sebab untuk lari dari makan durian.


hari tu abah aku dari kg. hilir call. dia dah peasn suruh datang kampung sebab ada hari "sepetang di dusun". apa yang aku faham, ini adalah program antara keluarga angkat dan anak angkat, kira orang2 kampung nak belanja kami makan buah2 dari dusun derang la. aku ingat ni small-scale event. mana tau, sekali dengan tan sri la, dato' la, RTM 1 buat coverage la bagai.

masa mula2 sampai tu, cuma ada aku sama BBP je yang mewakili uni kami. yang lain tak nampak batang hidung, especially our doctors. tapi, orang2 kuat UiTM merbok semua dah datang isi tempat kosong. even dr. jamilah yang head the klinik kesihatan merbok pun spared her time to be there.

takde la besar2 sangat actually. but the main thing was the fruits. omg!! sangat banyak ok. berapa ramai yang datang tu, boleh tak habis tau buah2 yang drang hidang. durian tu, siap sorang boleh bawa balik sebiji lagi, kecuali aku la kan sebab aku mmg tak nak pun. tapi apa yang aku pelik tu, cara orang sini makan durian. sangat2 heavy ok. durian tu dimakan dengan pulut dan ditambah santan, gula. itu opsyen 1. opsyen 2 pulak, still the same, tapi gula tukar kepada ikan masin (dabel yu ti eff??). opsyen 3 pula, sama gak, ikan masin tukar kepada inti kueh koci. i was like "whoa!!", tak ke rasa sangat jelak makan macam tu punya heavy?

aku tgk semua bantai makan durian like there is no tomorrow. aku tgk pun aku takut. tak ke panas rasa badan derang? walaupun kemah tu open, bau durian tetap menusuk lubang hidung ku yang macam serombong kapal ni. orang yang tgk aku berdiri tercegat sambil amik video tu, semua tanya "dah makan?". "errr.... saya tak makan durian". tapi sebab aku bz masa tu, jadi aku terlepas la dari soalan yang sama yang datang dari orang yang berbeza.

ada juga cempedak, rambutan, manggis, dan yang paling rare, cucur durian. aku rasa la kan, kalau boleh buat cakotiaw masak durian pun, mesti derang buat. kopi campur durian ke, minyak wangi durian ke, apa2 je la. semua neh derang nak buat dari durian.

masa jalan2 kat area tu, aku tgk geng akua sibuk makan buah dari pokok. aku pun terjah la. sekali tengok derang dok bantai makan langsat. wahh!! aku pun join sekali la. iye la, tgk pokok pun tak berpagar, so, kami tak segan langsung untuk ambil kotak and start petik langsat sampai hampir penuh kotak tu la. iye la kan, nak bawa balik la. sekali tgk, pokok tu bertuan daa!!! adoiyayy... bukan salah kami ok. kami serious tak tahu. buat muka innocent bagai, pastu, pass... leh bawa balik langsat tu :P

nasib aku takde selera nak lunch. punya kenyang makan buah aja.

**bbbuuurrppppp

[sila jangan risau. takde bau durian ok]

5 comments:

djambu puadovich said...

all that said, baru tadi mkn cucur durian kat skola adik djambu, sambil mengajar matematik moden...huhuhu

nadia said...

saya baru belajar buat tempoyak di perth td! haha~

btw djambu mengajar matematik moden? di skola? djambu must be so terer! kamu slalu tipooo sy!

djambu puadovich said...

siakap senohong gelama ikan duri,
cakap bohong lama2 mencuri...

*mencuri hati. cewah~~

redSeptember said...

@ djambu: kira cucur durian tu adalah perkara biasa ekk? tak pernah tahu sampai la hari tu.

@ nadia: i used to LOVE tempoyak!!

@ djambu: owwwhhh.... baru tau, rupanya orang yang "bengang" dalam blog djambu adalah nadia ekk... huhuhuh.... mencuri hati hawtness :P

kantoi!

djambu puadovich said...

cucur durian tu exklusif gak sebenornye. setaraf mcm fish n chips...haha!

mcm ne nk curi hati nadia. nadia kan ke 'a girl with no heart'...gi cek kat blog dia klo xcaya ;)