Wednesday, July 15, 2009

aku rasa takut sangat sampai aku tak boleh nak buat apa-apa, hanya mampu untuk buat-buat tak nampak dah buat-buat tidur.

aku terjaga awal pagi tadi, dalam pukul 0430hours rasanya. macam biasa, aku melepak, menginternet, dan sewaktu dengannya. bila aku mula buka nota untuk dibaca, mata aku terus rasa macam ada batu belah batu bertangkup di atasnya. rasa berat ke arah nak tido balik. by then, it was already 0550hours.

aku tutup lampu bilik aku. aku punya bilik, master bedroom, maknanya, bilik yang paling depan sekali. lampu porch aku on, terang benderang. aku punya langsir pulak, jenis yang dan dan je tutup tingkap aku, so, masa aku baring nak tido balik tu, aku leh nampak la kat luar tingkap.

sebelum aku nak tido balik tu, dalam gelap bilik aku, aku check fon aku. korang tau la kan, bila activate fon, cahaya dia kan ke terang. so, leh nampak la reflex cahaya tu kat muka kan. sambil2 aku check fon tu, aku tengok la luar tingkap, saje je. sekali aku ternampak sesuatu yang pelik. betul2 kat hujung tingkap. aku ingat sidaian baju housemate aku ke apa. but aku tengok lagi sekali because aku ingat, derang dah bawa balik masuk baju derang.

i was trying to figure out apa yang aku nampak tu. aku perhati bebetul. alangkah terkejutnya aku bila aku nampak, it is actually kepala orang. dia tengah menyorok kat kawasan hujung tingkap tu. sebab masa tu aku baru tutup lampu kan, aku tak tahu dah berapa lama dia ada kat situ, menghendap aku. masa aku nampak kepala dia, dia tgh tunduk, kononnya tak nak aku nampak. but i was so scared, i didn't know what to do. nak jerit takut, nak acknowledge dia pun takut. takut kalau dia buat lagi teruk. aku continue check fon aku, just to let him noe that i am awake because dia boleh nampak cahaya fon aku. then, aku pura-pura tido. hati aku tak tenang. tak sampai seminit aku baring, terus aku bangun balik, aku buka lampu and keluar dari bilik.

i was so scared, and still am.

aku nak sound alarm. aku intai dia, tengok dia masih ada kat luar ke tak. but i cannot see him. mungkin dia menyorok bawah kereta aku, or mungkin dia dah blah. either one, he is still around kawasan rumah ni.

aku tak tahu kenapa yang dia suka sangat target rumah ni. walaupun lampu terang macam tu, dia boleh lagi panjat masuk kawasan dalam pagar and menghendap bilik aku.

help me. i am so scared. i finally saw the sex psycho.

11 comments:

qq said...

jerit je la lenkali. biar dia lari...

alhariesz said...

whoa...sick & psiko...

kena report polis ni...mintak depa round depan umah once in a while...

simpan2 la apa2 yg boleh digunakan utk self-defence dalam bilik....careful there...

Cursive said...

bahay tuh.. lenkali call je laa polis, jangan memain woo benda-benda macam ni..

nadia said...

btol tuh! jerit je biar dia tkejut. haha~

CHEDEM said...

Mesti Red ni hot...kalo tak xde nyer dia nak susah2kan diri mengintai...

Lang Legar said...

lau jerit pun pastu tatau nak watpe pun xguna jugak..u should remain calm and at the same time figure out the best way to deal with the situation.

rasenye lau call polis adalah langkah yang terbaik sekali la.

redSeptember said...

@ qq: senang la hang cakap. kalau dah tergamam masa tu, nak bernafas pun kena fikir dua kali tau.

@ alhariesz: dah lebih dari report dah. this is not the first time that this had happened. but this is the first time i saw him for real. selama ni, cuma my friend je yang nampak dia.

@ cursive: ni kawasan kampung. bila call polis kampung, harap la dia nak datang. by the time dia datang, sex psycho tu dah habis puaskan diri sendiri dah pun.

@ hawtness: when you are in my situation, i don't think screaming is an option.

@ chedem: mana ada hot. nak tengok hot, sila tgk nadia ok. dia hawt!!!

@ lang: REd takut apa tau, dia ni jenis yang memerhati and i am sure he is very smart. because kalau tak, dia mesti dah lama kena tangkap kan? the thing is, in the morning, i usually walk to the campus. mana tau kalau dia tag me because i did something to him and then dia dendam and nak balas? that is even worse.

i am just trapped.

hasni said...

red
tkutnya
lenkali amik air panas,simbah je dia.bru padan muka

nadia said...

omg red! statement u bole buat djambu pengsan. haha :P

redSeptember said...

@ hasni: blom sempat REd nak masak air, dia dah "masak" REd neh... huhuhuhh....

@ hawtness: eh, mmg iye pun, you are hawt!! :P djambu bukan setakat pengsan, coma terus :P hehehehe

cik embun said...

scary la babe...u shud do something!