Thursday, December 17, 2009

mengikut kata pendekar bujang lapok: "cobaaaaannnnnn...."

seperti semua sedia maklum, hari ini bermulalah second wave exam aku: Professional Exams. ntah apa sampuk aku, sebelum cleaner sampai campus, aku dah sampai dulu. on the way ke campus, masa aku tengah jalan tu, macam-macam benda bermain dalam otak aku, tapi satu pun takde kena mengena dengan exam yang aku bakal duduk pagi tadi. doa ada, lagu lady gaga ada, muka dia ada, sms dari mak aku ada, feeling of guilt ada....tapi fakta medical, semua ntah ke mana.

seperti biasa, aku adalah orang pertama dalam barisan periksa tu. biasalah, kalau nama start dari A, memang menjadi lumrah alam semenjak aku tadika lagi la yang aku akan berada di hadapan barisan. exam slip yang aku ambil kelmarin, dah aku serahkan awal2 kepada saras, sebab dia gerenti akan bawa punya. kalau aku, boleh nak terlupa. ingat tak kisah dulu?

then, semua answer booklets dengan soalan dah dapat, aku pun dengan tekun mengisi ruang2 kosong dengan benda2 yang perlu seperti course code, title of paper, date, personal index number.

and the exam begins....

dia ada 3 phase. phase pertama kena jawap dulu then hand in, then phase kedua and ketiga jawap together. so, selepas aku selesai dengan phase pertama, aku hand in my paper and aku terus start phase kedua. aku baca soalan, aku jawap apa yang aku tahu.

tetiba, invigilator datang, tunjuk aku paper yang aku hand in tadi. dia tanya, "is this yours?"

aku pun tengok la. sah!! mistake yang sama aku buat setahun lepas, aku ulang balik. instead of writing my personal index number, aku tulis aku punya identification number. bengong!!! lepas tu, kelam kabut la aku jadinya. setiap paper aku, yang aku dah isi sebelum periksa mula, untuk save masa, aku kena betulkan. dah buang masa aku.....haishhh....

tu cobaan pertama.

then, tengah best2 menjawap sambil berfikir, perut memulas. hari ni second day aku period. period pain tak ingat punya. jangan cakap period pain je. aku boleh rasa macam empangan pecah pun iye juga. aku memang dah nak bangun pergi toilet untuk menyelamatkan keadaan. tapi aku tahan sebab aku tak nak kehilangan masa lagi. apa nak jadi, jadi lah... tapi alhamdulillah, nothing major happened. empangan aku masih kukuh sehingga ke minit terakhir exam itu :P

tu cobaan kedua.

aku ni ada habit, aku suka baca benda sekali pintas.aku tak reti nak baca dengan detail. soalan tu ada sepuluh untuk phase kedua. cuma kena wajib jawap LAPAN, dan LAPAN SAHAJA. aku pergi jawap SEMBILAN. bijak kan? last2 aku buat pertarungan antara dua soalan, mana yang aku rasa boleh score lagi best, yang tu la aku biarkan. yang lagi satu, aku CANCEL.

tu cobaan ketiga.

p/s: exam slip aku kini berada di dalam tangan arul. dia pulak pegang untuk monday's exam.

2 comments:

aza ni said...

salam alia, bauat yang terbaik dan semoga berjaya.

djambu puadovich said...

http://www.youtube.com/watch?v=LWOqqrXnFIs