Sunday, December 6, 2009

che'gu bahasa melayu, sila tolong.

*sila lihat contoh-contoh ayat di bawah:

kucing itu berjalan di tepi rumah, sambil berfikir bagaimana cara untuk memanjat bumbung rumah buat kali ke-3 nya.

kuda itu berlari di tengah padang bola sepak sekolah menengah kebangsaan tamil, sambil tercirit.

sepandai-pandai ikan parang berenang kuak rama-rama di dalam laut china selatan, akhirnya sampai juga ke dalam mulut mama, setelah dimasak kuah asam pedas melaka.

kenapa burung kepunyaan encik rashide tidak boleh terbang? pelik. sakitkah? tenatkah? atau.... burung apakah yang dimaksudkan?

*sila isi tempat kosong dengan perkataan bahasa melayu yang BETUL:

mak peah mengerang terguling-guling di dapur setelah perasan bahawa senduk yang dicapai untuk mengacau kuah lodeh masakannya adalah sebenarnya seekor ular senduk yang telah ______________ masuk ke dalam rumahnya, pada hari jumaat, 27hb november 2009 lepas.


p/s: aku serious tak tahu apakah pergerakan ular sebenarnya.

5 comments:

nazrin zaidi said...

mengengsot.

lebih cool.
yeah!!!

djambu puadovich said...

*tersesat

klo betul brpa markah ni?

AZANI said...

macamana burung nak terbang...dah lah kena ikat, kena kurung lagi....

redSeptember said...

ok serious, serious.... ular MENJALAR ke MENYUSUR ke?

djambu puadovich said...

ular menyusur akar, tak hilang bisanya...