Thursday, October 29, 2009

Sardine masak Bodo

aishh... susah betul mak macam ni nyah. baru je mak post gambar lauk mak masak, dah berkoyan2 email serta pm serta fb msg (padahal takde pun. saje je aku buat cerita dongeng rakyat ni) yang minta mak resipi masakan zaaasss mak tu: "Sardine masak Bodo".

baiklah nyah-nyah sekalian. mari sini mak nak ajar macam mana nak masak lauk itu iye. 6....7....8... lapan lagi!! (eh, eh, silap... tu program lain daa)

bahan2:
-cili boh yang telah mak bohkan 3 bulan lepas dan kendian disimpan dalam freezer
-2 biji baby terung yang dibeli dari 99mart
-sebiji tomato sebesar penumbuk sulung mak, yang dibeli dari Tesco Mutiara Damansara
-sebiji bawang merah sebesar buku lali mak, yang dibeli dari Tesco Sungai Petani
-setin besar sardine yang mak dah buka 2 bulan lepas kendian mak simpan dalam freezer sebab tak habis
-sedikit sos tomato keluaran Tesco
-garam bukit beruntung organik (jangan main nyah, mak pakai yang organik aja tau!) secukup rasa pesakit hypertension ward k8
-pak aji (ni la buah hati mak sampai forever and ever....) secukup rasa tekak mak
-sebiji Equal sweetener tablet yang dibeli di Tesco Sungai Petani.

p/s: nyah, kau perasan tak mak tak list-kan MINYAK dalam bahan2 tu? haa ikut suka kau la nyah kau nak pakai minyak ke tak. mak tak pakai minyak (kita kan ke healthy living). safe duit mak, nyah!!

cara2:
-tumis kering cili boh tu dalam non-stick pan jenama Tefal (alah nya, kuali bontot hilam pun boleh juga. saje je mak nak menunjuk mak pakai Tefal :P)sehingga cili boh tu jadi macam rangup sikit.
-masukkan sedikit air reverse osmosis (mak guna air paip je) untuk masak kan lagi cili boh tu.
-terung yang dipotong kecil2 tu dimasukkan dalam kuali dan diabiarkan masak sekejap (sekejap je nyah. kang hangit pula masakan kau).
-tomato dipotong dadu judi casino dan dimasukkan sekali.
-kemudian masukkan sardine yang masih frozen tu walau mak dah keluarkan sejam awal lagi. jangan pecah2kan sardine tu. biar je dia berenang kuak lentang dalam kuah tu ye.
-bawang merah tadi potong bulat2 macam gelang emas yang penuh sarat kat lengan mak ni dan leraikan. campakkan secara manja dalam kuali.
-biar dia reneh sampai kuah jadi pekat sikit.
-tambah garam, pak aji my love, Equal, dan sos tomato. sukatan bahan2 ini bergantung pada tekak masing2 ye. mak letak: segenggam garam, pak aji 2 gantang, sebiji tablet Equal, sos tomato satu tangki trailer minyak petronas.
-ok nyah, siap. kalau nak hias2 pun boleh. letak gubahan bunga dari florist belakang rumah tu ke, letak buah tembikai yang belum diukir ke, ikut suka kau la nyah. mak letak je dalam mangkuk dan terus hidang dengan senyuman manis mak ni.

selamat mencuba.

p/s: kawan2 aku yang datang malam tu, blom ada lagi yang kompelin sakit perut, kira ok la tu kan. plus, habis ni lauk aku masak tu. sedap la kott? ;)

5 comments:

apei said...

oh mudah ajer. patut la bini gua boleh masak sambil dokong orked sebelah tangan.

Djambu on mobile said...

Hidup sehat dgn pak aji. Mcm ada xkne je...

hasni said...

huhu
sedap apa pak aji

Anonymous said...

menyelerakan!!!! nk kena coba resepi nih..tp x boh pak aji kot..huhuhuhu
~ichigo~

Anonymous said...

kalau cicah dgn capati sedap nihhhh...nyum3
~teywowais~