Monday, August 17, 2009

mooooo..... kau dengar tak bunyi lembu tu?

hari tu, lepas interview entrepreneur kat jalan sekerat, aku dan geng aku pun berangkat ke ananda bhavan, kedai makan india kat jalan ntah apa ntah, aku pun tak tahu. aku punya tahan perut hari tu pasal nak makan roti naan dan ayam tandoori kat AB malam tu. mengikut kata kawan2 aku, the tandoori chicken and roti naan di sana memang THE BOMB!!

sesampai kat kedai, aku pun order apa aku nak. minum pun air limau ais kurang manis, nak budget la juga kan. kang minum air kosong, tak standard pulak. si arul kawan aku neh, dia memang suka dairy products. macam2 minuman ke, makanan ke, yang dibuat dari susu lembu, dia memang pasti akan lahap punya. jadi, sebagai minuman dia untuk malam tu, dia order susu lembu segar.

dia suruh aku rasa, aku pun rasa la. mmm.... got milk? sedap juga la susu segar ni. pastu arul dok cerita la yang kat belakang kedai AB tu, derang ada bela lembu. so, bila customer nak, derang akan perah susu lembu tu freshly from the cow, panaskan susu tu untuk bunuh bacteria and serve it straight away to the customer. aku punya la tak percaya. aku rasa dia nak kelentong aku. siap dia soh aku bet lagi, kalau betul ada lembu kat belakang kedai AB tu, aku kena belanja satu table (mind, satu table tu ada 5 orang, makan pun boleh tahan). kalau tak, aku punya makan, derang belanja. mula2 aku dah nak amik bet tu, tapi bila arul macam dah nak panggil anne yang kerja kat AB tu and nak tanya pasal lembu tu, aku dah mula cuak. mau kopak poket aku kalau aku kalah bet. aku tak amik bet tu, aku yakin, memang ada lembu kat belakang kedai AB.

itu adalah 2 bulan lepas.

weekend lepas, masa encik tetamu aku datang, aku bawa dia pergi makan kat AB. punya la risau dia yang tempat tu tak halal. adoiyayy encik, takkan la aku nak bawa kamu pergi makan tempat tak halal kott. chillex lerr... so, anyway, lupakan kisah tu. aku pun cerita kat encik pasal apa yang arul cerita kat aku, pasal lembu tu. encik punya la gelak kat aku, kononnya aku kena tipu la apa la. aku cakap mana ada, memang iye, ada lembu kat belakang ni, derang bela untuk susu segarnya. encik pun ngada2 perli aku: "eh, awak dengar tak?"

REd: "apa?"

encik: "bunyi lembu"

REd: "blah la!!"

lepas makan, kami pun pulang. aku masih yakin kat belakang kedai AB tu ada lembu.

-------------------------------------------------------------------------------------

hari ini: pergi town ngan geng baru, tapi arul masih ada dalam geng tu. aku pun buka mulut tanya budak2 lain, betul ke ada lembu kat belakang kedai AB tu.

memang jadi bahan gelak la aku tadi.

jaga kau arul!!

9 comments:

apei said...

lu ni mudah sgt percaya...

redSeptember said...

tu la pasal. benda2 bangang macam ni, cepat je ceq percaya tapi bila benda tu serious, macam2 persoalan yang ceq tanyakan.... adoiyayy....

djambu puadovich said...

moooo~~

kah3!

redSeptember said...

eleh... gelak2 pulak....

po-po!!

djambu puadovich said...

klo 'mooo' tu lembu...

bunyi 'po-po' tu binatg ape plak? :D

redSeptember said...

po-po tu bukan bunyi binatang. tapi hantu... hantu pocong.

djambu puadovich said...

nasib baik bulan posa...hantu setan dh kne ikat...:D

redSeptember said...

sakit tak kena ikat??

muahahahahhah....

djambu puadovich said...

po-po-po...