Tuesday, August 11, 2009

langsir yang bersifat langsuir. takde kena mengena dengan lang legar. sila bertenang.

aku punya langsir yang menutup tingkap yang menjadi tempat hangout stalker tu, memang sejak aku pasang sampai weekend lepas, aku tak pernah basuh (read: ada 6 bulan atau lebih rasanya). jadi, dengan rasa terlebih rajin (dan juga sebab dah sangat berhabuk), aku turunkan langsir tersebut dan mencucinya.....

masalah langsir tersebut adalah dia menutup tingkap aku cukup-cukup aja, tu sebab bila buka kipas, angin akan meniup nya dan kemudian dia akan terselak membuatkan bahagian bawah tingkap itu ter-exposed untuk kemudahan stalker gila itu.

sekarang masalah besarnya....

lepas langsir tersebut dah wangi dan dah bersih, ia menjadi semakin senteng (it effing SHRUNK!!!) dan membiarkan gap sebanyak 3cm di bahagian kaki tingkap aku. wahh... lepas ini sure kenduri besar la stalker tu.

untuk menenangkan otak aku, aku amik some thick papers, aku tampal kat bahagian kaki tingkap tersebut. nnt2 bila aku ada masa, aku akan cari material and buat langsir yang custom. lebih labuh dah yang takkan shrink lepas cuci.

biol punya langsir!

1 comment:

Lang Legar said...

haha memang tiada kaitan sama saya..
but the material memang begitu ka, shrink after each washing session eh..
nanti makin senteng makin galak lak si stalker tue skodeng ni..