Friday, February 12, 2010

Seriously, buat apa tu semua?

Semalam is the first day of pesta pantai kat Tanjung Dawai. Aku tak pernah pergi ke event2 macam ni. So dengan gatal ketiaknya, aku pun mngorak langkah ke Tanjung Dawai untuk merasai suasana pesta pantai tersebut.

Masa aku memula sampai tu, tak banyak orang. Barangkali sebab it is the first day and ramai orang tak tahu or, maybe sebab masa aku datang tu, awal lagi. Malam masih muda la katakan. Aku jalan slowly tengok benda2 yang dijual and gelagat orang-orang di pesta tu, sambil menikmati angin pantai yang menyegarkan. Maklum la. kat sini sekarang musim panas and walaupun dah mandi, basah rambut semua, aku masih boleh berpeluh bagai lepas jogging seround dua.

Benda2 yang dijual kat sana, banyak yang repeat benda2 sama. Ada juga kedai2 yang jual lebih murah dari kedai lain. So kena la pandai cari barang. Ada pakcik tu aku tengok dia jual aiskrim goyang-goyang. OK, bunyi macam pelik kan? Dia buat aiskrim tu tanpa menggunakan eletrik ok. Dia duduk je depan bendalah tu, dia goyang-goyang (bukan dia yang goyang, dia menggoyangkan benda tu la) then, tak sampai 10mins, jadi la ice lollies. Murah pun. 5 kupang aja. Tapi aku tak beli la. Nampak macam tak sedap je.

Then jalan2 lagi. Tetiba ada sesuatu yang caught my attention. I mean, aku dah biasa nampak dah situasi macam ni, tapi aku tak pernah suarakan rasa pelik aku terhadapnya. Sekarang ni, aku ambil peluang untuk kongsi bersama apa aku nampak.

Kalau setakat awek pakai tudung, then pakai ketat2 and then pakai cap-sleeve (yang dah nak hampir sama dengan sleeveless), itu adalah perkara biasa kat Kedah ni. Setakat pakai seluar slim-fit atau seluar carrot and low cut digandingkan dengan tudung bawal, atau tudung Ekin, kadang2 tudung Yuna pun ada juga.... itu adalah norma disini. So, aku malas la nak cakap pasal tu kan. Ada sekali tu, aku nampak ada awek ni, pakai tudung, baju ketat, seluar ketat, and dada lapang....dabel-yu-ti-eff?

OK, OK. Dah tersasar jauh lak ni. Apa yang aku nampak adalah, seorang awek bertudung, rambut panjang. Macam mana aku tahu rambut dia panjang? sebab dia pakai tudung, tapi rambut dia yang panjang tu, dilepaskan di bawah tudung dia. Jadi persoalan aku disini, buat apa pakai tudung pun? I mean, bukan aku nak cakap jangan pakai tudung, tapi kalau nak pakai pun, tutup la rambut tu bebetul at least kan? Ni rambut berjurai2.... macam tak fit the purpose je?

Apa2 pun, sila jangan salah faham. Aku tak kutuk mereka yang bertudung. Malah, Alhamdulillah kalau yang dah bertudung tu. Cuma aku kurang PASti la, orang2 kat sini memang ada sikit pelik kan?

1 comment:

hasni said...

red
kat kelantan n ganu rmai awek pakai tudung rambut terburai ni
aritu pergi ganu
adik saya gelar dorang minah tudung
hehe