Saturday, December 17, 2011

Puteri Diyana


Puteri Diyana, nama mu indah sekali. Sering disebut-sebut teruna yang ingin menjadikan diri mu milik mereka. Suara mu bang buluh perindu, di mimpi-mimpi. Cerah gebu kulit mu, bagai sang puteri rembulan yang menghiasi bumi. Mata mu menambat jiwa yang menenungmu.

Bertudung litup, kamu ayu dipandang. Gerak geri mu lemah longlai walau kamu dalam kesibukan kerja. Kamu masih tetap mampu mengekalkan sifat kewanitaan kamu itu. Kamu menjadi idaman sang teruna dan menjadi contoh si dara.

Tapi bukan aku. Maaf Puteri Diyana,aku tak ingin langsung menjadi seperti kamu.

Mengapa?

Kerana hati mu. Hati mu begitu hitam Puteri Diyana. Kamu tidak malu mengata benda yang kamu sendiri tidak tahu, tidak mengenali. Kamu mengata pasal aku. Tapi Allah itu Maha Adil dan Saksama. Kamu telah memberitahu kawan kamu tentang aku. Tetapi kamu tidak tahu bahawa kawan kamu itu, adalah kawan ku jua.

Kamu kata aku sombong? Kerana aku tidak menegur kamu sewaktu kamu baru masuk ke department itu sebagai seorang first poster. Puteri Diyana, aku tak semestinya perlu tegur semua orang. Itu bukan tugas aku. Tugas aku adalah menyelamatkan pesakit, bukan menegur kamu. Tapi aku tak salahkan kamu kerana memang ramai yang kata aku sombong. Kemudian, mereka mengaku bersalah dan meminta maaf kepada aku kerana apa yang mereka sangka, jauh berbeza dari diri ku yang sebenarnya.

Kamu kata aku malas. Puteri Diyana, aku tak pernah sama ward dengan kamu. Bagaimana kamu tahu aku malas? Tidak mengapa. Kamu sendiri pandai menilai. Jika aku malas, dalam mata mu, malaslah jadinya. Tapi aku cuma mahu kamu tahu bahawa, jikalau betul aku malas, mengapa boss2 dari department lain, amat percaya pada aku jika aku sendiri beritahu mereka bahawa aku akan attend patient dahulu atau buat procedure itu dahulu, tanpa perlu mereka datang. Kerana Puteri Diyana, mereka percaya pada aku. Kerana aku telah banyak melakukan procedures and attend to patients STAT. Malah, apa plan aku untuk patients sekarang, boss continue sahaja, tanda setuju.

Aku kesian pada kamu Puteri Diyana.

Amat kasihan pada kamu.

3 comments:

Anonymous said...

tak habis2 mengagungkan dirimu..arrogant sungguh

redSeptember said...

oh anonymous, jika betul aku arrogant di mata mu, arrogant lah aku. Aku tidak perlu buktikan apa2 pada dirimu kerana kamu sendiri seorang penakut dah berselindung dengan nama Anonymous.....

Anonymous said...

kah kah kah rilek rilek je redseptember, orang macam puteri diyana berlambak dekat mana-mana office. buat pekak je. sebab ada yang kata, jangan argue dengan orang bodoh sebab mereka akan tarik kita ke level bodoh mereka dan kita akan jadi bodoh macam mereka jugak.

so rilek-rilek je.

:)