perasan tak, when you are wide awake at night ( i don't have a choice really), you become more sensitive to your surroundings. masa ni la kau akan dengar macam2 bunyian yang pelik. kadang bunyi macam orang berjalan la, bunyi serangga yang tak pernah kau dengar la, bunyi anjing menyalak tak pasal lah, bunyi kucing nak gaduh la, macam macam.....
owh, talking about bunyian, ni cerita betul ok. this happened when i was little. aku tak berapa nak ingat la umur aku masa tu. tapi apa yang aku lalui masa tu, mmg aku boleh gambarkan lagi dalam memori aku. ini cerita dia:
masa tu cuti sekolah rasanya. macam biasa la, geng kazen mazen semua pakat balik kampung. bila kat kampung, walau ada 11 buah bilik pun (saje je buat bayangan ni), kami semua tak suka nak tido dalam bilik. instead, kami akan chop tilam, and bentang kat ruang tamu kedua. standard arr kan. kat ruang tamu ada TV, saper la tak nak tido sana kan.
dalam lebih kurang subuh,aku terjaga. aku terjaga sebab aku dengar bunyi bising sangat kat luar. bunyi tu macam bunyi yang bercampur. macam bunyi kucing nak gaduh ada, macam bunyi bayi menangis pun ada. tapi, kat kampung kami takde bayi pun masa tu. kucing mmg banyak la. aku masa tu tengok lampu tengah dah terbuka. kazen aku yang lain sama abang aku, semua nyenyak tido. aku pelik, takkan derang tak dengar kot. gila bising ok bunyi tu. then, aku nampak atuk aku datang. dia jalan gi ruang tamu pertama. aku tengok dia tengah nak solat subuh masa tu. aku pun heran, takkan aku sorang je dengar bunyi ni sebab atuk aku selamba aja, terus nak start solat. sekali tengok, sebelum atuk aku angkat takbir, dia berhenti. dia jalan gi buka pintu rumah yang opens to verandah. bunyi yang aku dengar tu makin kuat. tambah lagi bunyi macam benda kena hambat ngan penyapu lidi. masa tu, aku mmg nak sangat bangun pergi kat pintu tu and tengok apa atuk aku buat and bunyi tu bunyi apa sebenarnya. tapi macam ada something yang telling me at that time: "jangan bangun, tido aja". lepas beberapa minit, atuk aku tak masuk lagi. mata aku dah makin kuyu. ntah macam mana, i dozed off.....
esok tu, bila semua dah bangun, standard arr gi dapur cari benda nak mencekik kan. nenek aku obviously dah buat sarapan yang kalau makan, boleh sampai tahap menjilat dinding la (sebab sedap naa). lepas b'fast, kazen lain semua mulakan aktiviti harian : main sampai tak tau apa lagi nak main. aku dok lepak ngan nenek aku jap. then aku tanya nenek aku:
REd: "nek, pagi tadi marlyne dengar bunyi pelik arr nek. ada kucing gaduh ke?"
nek: "marlyne dengar juga ke? bukan la lynn, tu bukan bunyi kucing gaduh"
REd: "habis tu, bunyi apa tu nek? sebab dia makin lama makin kuat pulak"
nek: "takde apa la. marlyne mesti tak nak tau punye"
REd: "alah kasi tau la. kalau tak i tak tanya"
nek: "tu bukan bunyi kucing. pagi tadi abah (atuk REd) halau 2 ekor pontianak kat verandah tu. pontianak tu tengah mengilai. yang you dengar tu, bunyi pontianak la"
REd: "haaa?...."
aku terus tergamam. tak tau nak cakap apa. lepas sesi melepak ngan nenek aku, aku ciao gi depan, join kazens main. aku tak kasi tau derang, nnt risau derang takut. mmg betul kata something yang kasi tau aku supaya jangan bangun tu. kalau aku bangun, sure aku nampak pontianak tu kan. sampai sekarang, aku curious sangat, apa something yang kasi tau aku tu?
sambil type ni, meremang bulu roma aku. sekarang aku dengar bunyi suara orang menyanyi coming from next door...
4 comments:
fuhhh!!!
next time it happens, u shud go la REd. mesti pengalaman yg xdpt dilupakan.
yg menyanyi kat bilik sebelah tu, nyanyi lagu ape? joeee ke?
jo-ee dah confirm dah tido masa tu.
plus, it is a guys voice
guy's voice ke?
ooo...
in dat case, it was me. hehe :P
heeeeeeeeee......heeeeeee......heeeeeeeeee
la, naper tak jemput masuk. leh REd buat akn kopi-o-kaw satu.
rugi je....
Post a Comment