Friday, January 30, 2009

jumaat

pernah tak korang terfikir pasal mati? mesti pernah kan. kalau tak, macam pelik la pulak. mak REd cakap kita wajib fikir pasal mati ni. at least 7 kali sehari, agar kita membaiki diri kita dari segi aqidah dan menyediakan diri kita untuk menghadapi mati yang bakal tiba tanpa diduga.

masa REd kecik2 dulu, REd takut pada mati. takut sangat sampai ada sekali ni, REd nangis. REd tak berani nak berada sorang2 dalam liang lahat nanti. REd gerun dengan kehadiran malaikat maut. masa tu, memang kalau sebut aja pasal mati, rasa macam kalau boleh, nak hidup sampai bila2. tak nak hadapi mati tu. tapi macam tak logik kan. semua orang akan mati. nak, tak nak. cuma yang akan membezakan kita dalam menghadapi mati ni ialah: macam mana kita akan mati?

kalau boleh, semua nak mati dalam tidur. kononnya paling peaceful. dalam hidup REd ada 2 orang yang REd kenal yang actually mati dalam tidur mereka: Allahyarham Pak Andak REd dari singapore, and Allahyarham bapa kawan baik REd. ada yang REd kenal, mati accident, ada mati suicide, ada mati sebab sakit. macam2 keadaan mereka.

of course kita nak mati dalam keadaan yang beriman. and of course kita nak mati dalam keadaan berjihad. orang kata ibu yang meninggal ketika melahirkan anak tu dikira jihad kecil. orang yang mati dalam solat pun dikira jihad kecil. jihad kecil ni macam lepas dari seksaan kubur la. REd pernah dengar la satu tape ni masa REd kecik dulu. tape tu macam bayangkan keadaan bila kita disoal dan diseksa dalam kubur nanti. REd punya la takut. sampai meleleh air mata.

sekarang baru REd faham. kita mmg tak boleh nak lari dari mati. macam mana michael jakson nak hidup dalam kotak yang kedap segala2nya supaya roh dia tak dapat kuar dari badan dia, itu memang idea bangang bin bahalol. aku pun tak tau la macam mana aku boleh minat kat MJ. nasib aku tak jadikan dia idola aku la kan. bodoh nak mam!

sementara kita masih hidup ni, kita toksah la nak beban otak kita ngan soalan: macam mana la kita akan mati nanti ek? kita get ready je la. buat benda baik. jaga diri. tambahkan pahala. semua semua yang positif la. iye, mmg sebaik2 manusia, mesti ada dosa punya. but, takyah la nak tambah benda yang negative kan.

persoalan yang jauh lagi penting sebenarnya adalah: DAH SOLAT?

nota kaki: hari ni hari jumaat. tapi aku tgk masa waktu solat jumaat, ada juga segelintir kaum adam yang masih "online". tere arr!

1 comment:

dr itu! said...

huhu...

menyentuh keimanan betul n3 neh!!

thanx sebab mengingatkan!