lepas aku cakap ngan ah soh kat kedai runcit semeling pagi kelmarin, aku balik rumah. lepas aku balik rumah, aku tak bercakap ngan sesaper. satu, sebab mmg takde saper kat rumah. dua, sebab telefon aku tak bunyi. ada la bunyi, SMS masuk, tapi aku diam je. aku pun tak tahu kena sampuk apa ntah, aku terus diam je semalam.
pagi ni aku dah risau dah. sampai barang pukul 0930hours, aku masih tak bercakap ngan sesaper lagi. mana tau, sekali aku terus takleh cakap ke apa. nak test drive, takkan nak cakap kat cermin kott? malu dowh, kalau jiran sebelah dengar (iye, dinding umah ni sangat la nipis).aku diam lagi, macam lesung batu.
sekali, masa kat library tadi, ah beng yang tengah concert kat belakang aku tu, tegur aku. dia soh tgk sth kat computer dia. aku pun tak kenal ah beng tu. aku pun layan la. sekali dia tanya aku something. aku dah takut dah, aku ni dah la tak bercakap dari semalam. nak guna sign language, aku mmg tak reti. so macam mana ni? ahhh....redahhhh.....
dulu orang kata, suara aku mcam ning baizura. orang kata la... aku menyampaikan aja apa kata orang.
sekali aku buka mulut nak jawap.... yang keluar, suara hamid gurkha daa....
adoiyayy.... terbeliak mata ah beng tu. aku clear my throat sket, baru stable balik. kembali ke suara aku yang sebenarnya, yang kini, dah macam suara radio rosak, bukan suara ning baizura.
lemah dowh.
3 comments:
sakit tekak ye dr.kuala lumpur??
siannya dia..
jg kshtn dear
bukan sakit tekak sayang, sakit hati ada la :P
*pada mereka yang terasa, bagus la, sila terasa. ini membuktikan anda ada perasaan rupanya.
hoho...
*baru tau yang akibat xbersuara selama beberapa hari rupanya boleh mengubah suara. adoiyaiii~~
Post a Comment