Tuesday, May 5, 2009

LimaBelas kasihan

aku pernah tengok tag ni, atau mungkin ada orang pernah tag aku kat MukaBuku. cuma aku je malas nak membuatnya. ni, sebab aku takleh tido balik punya pasal, aku buat arr.

ini adalah acara men'tag' diri sendiri. sila layan dengan keadaan santai....

  1. masa aku kat tadika dulu, sebelum pergi tadika, mama suka belikan aku nasi lemak bibik yang dijual di tepi longkang monsoon, berdekatan dengan rumah arwah nenek aku kat Kelana Jaya. sangat la standard nasi lemak aku tu, sambal, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun. standard punya standard, tapi sedap dia, tahap jilat kaki meja punya sedap. tak tahu la sebab apa yang sedap naa. sebab bibik punya air tangan atau tempias dari air longkang monsoon tu.
  2. aku ni dulu2 sangat la gullible (sekarang pun ye juga actually). apa orang kata, semua aku nak percaya. kalau Dharul, kawan aku masa darjah satu dulu cakap dia adalah anak Michael Jackson, mungkin aku akan percaya juga. masa aku darjah satu, aku ada kawan ni, nama dia Chandra (bukan yang dalam cerita HEROES tu). dia kata dia nak belikan aku macam2 present untuk birthday aku, jam tangan la, beg la, menda la. malah bukan untuk aku sorang, tapi untuk satu keluarga aku sekali!! aku punya percaya kat dia, sampai sekarang aku tunggu. takde pun... dah kena tipu ke apa neh?
  3. aku tak suka menulis atas kertas yang ada line. aku suka menulis atas kertas yang kosong. kalau kertas tu ada line, aku rasa janggal untuk menulis. lagipun, aku rasa, aku tulis dengan lebih lurus dan elok kalau aku tulis atas plain paper. ini menandakan otak aku centre, tak senget macam sesetengah orang yang akan tulis senget bila tulis atas plain paper.
  4. aku tak suka makan nasi. panjang ceritanya. bukan sebab aku diet ke menda. tapi sebab lain. so, kalau korang tgk aku makan lauk je, tolong la jangan tanya "eh, tak makan nasi ke?". cuma kadang2, aku akan makan sushi, atau bubur. kadang2 ok... sebab, AKU TAK SUKA MAKAN NASI.
  5. aku kalau tengah stress, atau marah, aku akan berjalan untuk vent out perasaan tu. and masa aku berjalan tu, aku akan kira langkah yang aku amik. aku tak tahu kenapa. aku rasa aku buat macam tu, aku berjaya divert kan pemikiran aku ke tempat lain, dari berfikir tentang perkara yang membuatkan aku sakit hati in the first place...
  6. aku pernah jatuh motor 2 kali: satu kali masa aku cuba nak bawa motor dan dicoach oleh adik sedara aku, satu kali masa aku balik sekolah sambil papa aku yang bawa. masa aku balik sekolah tu, actually, aku tertido atas motor, boleh? nasib baik jam masa tu, kalau tak, aku tak tahu la apa jadi. bapak aku siap marah aku lagi. aku harap dia nak simpati ke apa. nasib arr ada abang ni tolong aku angkat barang2 aku. pastu, bila dah settle, dah jalan balik, bapak aku toleh belakang, tengok muka aku pastu, dia gelakkan aku. apa punya bapak la....
  7. aku pernah jatuh atas lutut aku masa buat hurdle kat high school dulu. sekarang ni, lutut aku sakit. tapi aku masih boleh gagah. aku kan ke macam lady gaga. tere maa...
  8. aku punya lubang telinga kecik, aku punya kaki besar. nak pakai earfon pun susah, nak beli kasut (wanita) lagi la susah. adoiyayy....
  9. aku cukup tak tahan sama orang yang makan tak reti nak tutup mulut. mengunyah sambil nampak isi mulut tu. weii... saper nak tengok?!??! takde manners betul arr... serious. rasa nak lempang je bibir dia supaya makan elok2.
  10. aku ni dah banyak kali la juga kena jahit akibat luka. tapi setakat ni, aku sudah melalui 3 operations: 2 under general anaes, satu under local. masa under local anaes tu, aku rasa nak gigit je lutut doctor tu. dah la dia letak local yang tak adequate, lagi dia cauterize aku nyer operation area tu. aku dah menggigil bawa scrubs tu, dia selamba je: "nurse, i rasa tak cukup la local dia ni. prep satu dose lagi, i nak besarkan area operation ni". kepala paip dia!
  11. aku suka tengok sesame street, walaupun sampai sekarang. aku tak malu untuk mengaku ni.
  12. aku kalau keluar rumah (kecuali masa bersukan) tak pakai jam tangan, itu bukan aku la namanya. aku cukup particular about masa. and very punctual. pada saper yang tak reti nak punctual, sila jangan kasi waktu yang korang memang dah budget takkan sampai. sila kasi waktu yang korang mmg dah ada di tempat itu. oh ye, aku pakai jam kat tangan kiri.
  13. aku pernah handle orang kena sampuk, one-on-one. masa tu aku takde experience pun macam mana nak handle. but sebab keadaan terpaksa, aku berjaya juga. alhamdulillah....
  14. masa darjah 2, aku menang hadiah tempat kedua untuk kuiz agama peringkat sekolah. tere kan aku? aku pun tak sangka aku leh menang. dah la aku ni jahil. aku harap aku menang set kaler pensel yang mega besar dengan warna2 yang menarik (sebab aku suka design baju masa tu). sekali tengok, aku menang ayat Qursi yang dalam frame tu... alhamdulillah....
  15. aku kalau shopping, korang jangan ikut la. aku akan jalan satu mall, survey dalam round pertama. compare dalam round kedua. round ketiga baru aku beli, tu pun kalau aku rasa betul2 baloi la. so, kalau pergi OU tu, aku leh dok barang 4 jam dalam tu, berjalan aja..... dari old wing ke new wing and then back. pastu singgah kat jusco beli pepsi max sebab aku terlupa yang aku lom makan lagi. haishh....

2 comments:

Nadia said...

i pon pakai jam tgn kiri & i tak bole kuar rumah tanpa jam kecuali klo ke kedai runcit yg ambik masa hanya 15min.

i tak bole tulis atas kertas plain sebab mungkin i senget kot. mungkin ye tobey! mungkin..

btw u ni mmg lwk la red! hehe~

redSeptember said...

heheheh

trimas hawtness!!