ok, kalau korang datang kat kampung aku kat Segamat, Johore, korang kena ready sikit la ye. sebab kampung aku tu macam mini zoo pun ada. macam2 jenis binatang yang ada kat sana, sama ada dibela atau diternak atau yang tak diundang pun ada juga. setakat ayam, kucing, ikan dalam aquarium tu, sangat standard la untuk kawasan2 kampung kan. ni ada biawak la, ular la, kalau dekat2 paya tu, ntah apa lagi jenis binatang yang ada. tak silap aku, babs hutan pun ada kott? kalau nak tengok mawas pun ada gak... haa... cucu2 dia yang balik tuh (termasuk la aku sekali)... haa tu la dia :P
pastu, nenek aku ni, petani tak registered yang sangat la berjaya. dulu masa dia kuat lagi, korang bayang arr.. kat belakang umah dia aja, boleh ada ladang koko dowh! dia sendiri kendali sama atok aku tau. ada, pokok kelapa la, cili la, limau purut la.... ieee... kalau aku nak list, mau tak mau penuh blog aku neh. sampai cili warna purple pun ada. haaa... don't play play.
tapi, kat sini, bukan aku nak cerita pasal tanaman atau belaan nenek aku, tapi aku nak cerita pasal kisah benar yang nenek aku telah lalui pada suatu malam. biasa la, orang tua2 kan, kejap2 mau pergi toilet malam2 nak buang air kan. so, satu malam tu, atok aku sudah pergi toilet daa. dia buka pintu tandas tu, dia terkejut beruk la bila nampak ada seekor ular tengah melepak sana. dia pun termenjerit la kejap. nenek aku terjaga.
atok aku pun pergi la cari parang ke kayu ke, nak katok kepala ular tu. iye arr... takkan mau kasi ular tu berholiday lak dalam toilet kan. kang kena batu karang lak atok aku sebab kena tahan nak buang air. sementara atok aku sibuk cari benda nak dibuat senjata, nenek aku selamba aja. dekat ngan toilet tu ada gerobok. kat gerobok tu, ada la barang2 macam toilet cleaner la, floor cleaner la, macam tempat storage for poisons la kiranya.
dengan berbekalkan idea yang ntah datang dari mana, nenek aku amik RIDSECT, pastu dia spray je muka ular yang tengah tercongok buat muka macho nak lawan ngan nenek aku tu. apa lagi, menggelupur arr ular tu. ular tu pun tak budget akan dispray ngan ridsect kan. dia ingat dia mau attack la kalau nenek atau atuk aku dekat. tapi dia lupa, nenek aku lagi tere maa....
sesampai je atok aku sama parang, ular tu dah nyawa2 ikan dah kat situ. aku takde kat tempat kejadian. tapi aku bayangkan yang nenek aku, lepas dia spray ular tu, dia pun buat ala2 cowboy kan, tiup muncung spray tu, sambil mangsa dia mati kejung sana.
Abah (atok aku) sama geng dia. jgn main arr
derang ni macam Godfather punya geng taw.
kerja atok aku dalam kejadian ni: clean-up crew sebab nenek aku geli sama ular....
2 comments:
wahh..dulu my dream to be a surgeon..last2..tak tercapai..takpe..capai benda lain jer..huhu
owh.... suka surgery ekk? sama la kita. REd mmg nak specialize in surgery pun nnt, insya'Allah
Post a Comment