Thursday, November 5, 2009

ok la tu....

ah ye, memang ok je, yang tak ok sebenarnya adalah engkau, harap maklum ye.

siapa yang aku maksudkan di atas adalah S/N batuapi (pada sesiapa yang tak tahu cerita, sila click pada tag "mr. pelik & s/n batuapi" kat panel kiri aku tu). hari ni dah genap 5 hari aku dalam ward surgery, second cycle. aku maintain dengan pakaian kemas, iaitu baju kurung dan kasut yang tertutup (kasut crocs apple green aku tu).

pada hari pertama, aku memang ada rasa kurang senang sikit. takut bertembung ngan mr. pelik dan s/n batuapi. aku tak boleh bayangkan apa lagi masalah mereka nak cari ngan aku. tapi, mr. pelik tengah cuti sekarang. honeymoon barangkali. yang ada hanya s/n batuapi. masa aku lalu kat nurses' station, aku nampak s/n batuapi, tapi aku buat bodo macam sardine masak bodo aku tu. dia pun tegur aku.

mak aihh... terkejut aku....

tanya aku bila aku habis la, apa la. yang paling best lagi, sampai driver taxi aku yang aku naik dulu pun dia kenal. siap dia cerita driver taxi yang sama hantar anak dia pergi sekolah la, cat kereta la, apa la. seriously, i don't want to know. tapi aku tak nak tunjuk kurang hajar. mak aku tak besarkan aku macam tu. aku layan dia ngan baik, walau macam mana hina nya dia buat aku suatu ketika dulu. then aku pun minta diri sebab aku nak jumpa doktor aku.

hari ni pulak, tengah aku sibuk clerk patient, dia datang dari nurses station. aku tak perasan dia datang ke arah aku. tetiba aku tengok kawan aku yang ada disebelah aku bergerak jauh dari aku. s/n batuapi berdiri sebelah aku dan tanya: "dah pandai dah ke pasal benda ni?"

aku senyum dan jawap selamba: "takde la pandai sangat. masih kena belajar lagi, medicine bukan senang"

dia pun continue and tanya bila aku habis la (bukan dah tanya ke hari tu?), next year aku kat mana la, dan macam macam ada.... seriously, what else yang dia mahu dari aku?

p/s: kawan aku kata: "i was shocked that she came looking for you. i thought what la she wants. i think she is feeling bad about what she did to you before. she wants to show that she is good"

whatever.....

6 comments:

djambu puadovich said...

it's all abt communications...hehe

alhariesz said...

dia insap tgk iklan "Through My Window" tu kot... Everyone Connects...

she finally got the enlightenment... :D

redSeptember said...

@ djambu: are you going to help me?

@ alhariesz: iklan tu mmg tiru iklan maxis kan. anyway, i don't want much, i just want her to leave me alone.

Anonymous said...

"wat goes around will come around"
bl kt bt baik..sure akn d balas baik

~ichigo~

djambu puadovich said...

i can try ;)

hasni said...

hehe
comel nama red bagi kat dia
hhaa