Tuesday, November 24, 2009
buah, membahayakan kesihatan
semua orang yang kenal aku memang tahu yang aku ini suka sangat makan buah. apa jenis buah pun aku suka. cuma buah yang paling aku tak gemar adalah buah durian sebab aku tak tahan bau dia, buah manggis pun aku tak berapa nak minat. buah yang paling aku anti sekali adalah buah mulut kaki penjaga tepi kain orang. buah yang aku paling minat, selain dari buah hati aku, cuba korang teka buah apa?
kisah ini telah berlaku 2 hari lepas ketika aku menghadiri majlis pertunangan kakak kawan aku di alor setar. aku tak pernah tengok majlis pertunangan orang india dan obviously, aku tak tahu menahu tengtang selok belok upacara tersebut. apa yang aku tahu, adalah ia mempunyai persamaan dengan majlis orang melayu, iaitu mempunyai hantaran.
kalau nak dicomparekan dengan hantaran orang melayu, hantaran mereka adalah sangat simple. hanya terdiri dari beberapa buah dulang yang berisi kuih-muih di dalam bungkusan, buah-buahan, dan beberapa kotak hadiah yang aku sendiri pun tak pasti ada apa di dalamnya. kalau majlis pertunangan melayu, hantaran dari kedua2 belah pihak diletakkan bersama2 ketika majlis tersebut berlangsung. tetapi pada majlis pertunangan orang india, hantaran mereka adalah satu pertukaran di mana hantaran pihak wanita hanya akan diberi ketika pihak lelaki ingin pulang.
aku takde la interested sangat pun pasal ini semua.
masa tu aku bersama raj dan saras sedang lepak di ruang legar. kelihatan ada buah2an di atas meja. kawan aku yang tuan punya rumah tu pun kata: "just help yourselves to anything". setelah mendengar itu, kami pun selamba je la. aku capai grapes yang ada atas meja. raj siap minta setandan grapes lagi dari aku. aku ambil dan beri padanya. tetiba, ada nenek ni datang, sibuk sungguh mengeluarkan barang2 hantaran dari pihak lelaki kemudian mengisi semula dulang2 tersebut dengan barang hantaran pihak perempuan.
sementara menunggu untuk pulang, nenek tu memang pandang macam nak makan orang je terhadap kami, especially aku dan raj.
p/s: apa kes tengok grapes dah tinggal sikit. nak dibuat hantaran pun tak cukup quota. mana la kami tahu. lain kali letak la label: "ini hantaran. sila jangan sentuh"
found under:
funny
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nice story babe.. hihi..
Post a Comment