Saturday, November 21, 2009

kisah setokin



tadi baru balik dari jogging kat taman jubilee. sangat best. berpeluh macam baru lepas mandi kolam air panas. habis rambut basah macam baru lepas kena cuci kat salun. sampai2 rumah, ingatkan nak melepak (tidur balik sebab ngantuk), tapi takde perasaan ke arah itu pula. jadi, sebab teringat ada kena buat laundry, aku pun mengorak langakah untuk pergi menyelesaikan masalah laundry aku tu.

sila ambil perhatian: sekarang ni aku hand-wash all my clothes diatas sebab2 tertentu.

macam2 aku cuci tadi: baju kurung, seluar sports, baju superman, setokin, baju luar, baju dalam, semua ada la. biasanya air bilasan tu, aku buat basuh tandas and basuh lantai toilet aku. iye la, kan ke nak save the environment. jadi buat apa nak membazir air, basuh sekali je la kan.

by the way, you all ada kenal sesiapa yang kudung kaki sebelah? rasa macam nak bersedekah pula pada mereka.

p/s: apakah nerakanya setokin yang aku basuh sepasang dah tinggal sebelah? sebelah lagi terjatuh dalam lubang tandas..... [T_T]

2 comments:

djambu puadovich said...

save the environment, waste a sock. in the toilet bowl that is...

ops, silap. mmg nk derma lagi satu tu kn...haha! :P

hasni said...

haha
lucu la red ni
hehe
kat spital xde ke y kudung ?
g sdekah kat sn la;-p
klik ur cik nuffi:-)