Saturday, August 15, 2009

kalau nak perut kempis, sila pergi tengok filem SETEM. tak payah nak bayar ribu2 kat sendayu tinggi. betul neh!

pernah tak dengar yang orang kata that laughing is a good excercise for the abdomen? tak pernah? well, sekarang korang dah tau kan, sebab aku bagitau ni kan.... tak caya? ok, baca ni.

ok... sila angkat kaki sesiapa yang ada perut boroi atau dipanggil dengan nama manja Roy, yang sebenarnya bukan sebab nama itu manja tetapi anda telah kerap kali ditanya, "bila engkau due?", sedangkan anda adalah seorang lelaki. sila... sila... jangan memalu (sambil angkat kaki belah kiri sendiri).

kelmarin, aku memang la bz tahap tan sri najib tun razak (alah, dia bukannyer bz pun, berlakon je tu). kejap2 aku pergi campus, kejap2 aku balik rumah, kejap2 kang aku pergi balik campus. kenapa aku berbuat kerja sedemikian? sebab aku ada 2 presentations, aku ada tetamu, aku ada translation, dan obviously, aku ada fun untuk dienjoy. so, lepas aku habis semua perkara kat campus, aku pun ajak la tetamu aku untuk pergi tengok wayang. sebenarnya nak tengok GI Joe, seperti yang dijanjikan. tapi, lepas dah tengok waktu movie kat internet, we decided to watch SETEM first, then maybe later tengok GI Joe. tapi bila sampai kat mall (kalau kat sini, central square tu dikira mall la ye. kalau kat KL central square tu orang panggil tahap kedai runcit je), kami beli tiket untuk SETEM je dulu. GI Joe, pending. sebab nak pergi pasar malam la konon lepas tengok movie tu.

mula2 macam skeptical juga la. sebab panggung pun tak ramai orang. we were like "eh, tak best ke apa? takde orang neh??". but as soon as the movie started, people start piling in.

aku tak pernah pun tengok trailer movie ni. cuma masa tu, aku nampak poster dia kat one utama and then, eliea ada mention nak tengok movie ni. tapi tak sempat nak tengok while i was in KL. so, semalam la yang sempatnya.

aku tak nak cerita panjang. sebab nnt korang tak pergi tengok. nnt saper nak beli tiket? nnt saper nak bayar these people for their great movie?? tapi kan, baik korang pergi tengok la. i was laughing even after the movie ended. teringat kat the scenes, aku boleh gelak tak henti ni. encik yang teman aku tengok movie tu pun dah ingat aku tengah high ke apa... huhuhuh....





tak tipu.... lepas aku tengok movie ni, perut aku rasa ketat macam baru lepas pakai tali pinggang getar2 daripada OSIM tu (atau mungkin perut aku ketat sebab aku lapar sebenarnya??).

kabir bhatia, if you are reading this, i am giving you a gazillion out of 10 for this movie of yours!!! kudis kudos!!!

7 comments:

Nadia said...

eh sejak bile najib dpt tan sri?!

i tgh jeles ni. kwn2 i kat kl suma kecoh kata cite tu best sgt! huuuu~

redSeptember said...

sejak.... ntah... i pun tak tahu bila... huhuh... i main letak je neh :P

takpe, nnt you balik, you beli CD original ok.... tgk tau, jgn tak tgk... sangat sangat la funny nyer!!

Lang Legar said...

haha betul..cite setem ni besh..
xley blah part pakcik tua xlarat nak kayuh beca pastu afdlin ley plak bg advice suh pakcik tue pi gym haha..

djambu puadovich said...

sendayu tinggi dgn alang sendayu tu adik beradik ke?

redSeptember said...

@ lang: pakcik bawa beca pun tere berlakon. ni yang REd nak mencuba nasib neh :P

@ djambu: owh... takyah nak po-po ok. tempat tu nama alang SEDAYU, bukan sendayu. **bweekk

djambu puadovich said...

djambu ialah alang sendawa...*burrrp~

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!